Wednesday, May 27, 2015

SEMINAR AGROSAINS 2015

SALAM PERPETA,

Seminar Agro Sains dan Teknologi Jabatan Pertanian 2015 telah diadakan pada 25 Mei 2015 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya. Seminar ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pertanian yang diwaklikan oleh Tn Hj Jabar (TKPPP) dengan dihadiri oleh lebih daripada 250 peserta dari seluruh negara. Sebanyak 11 tajuk kertas telah dibentangkan oleh mereka yang pakar dan menghadiri kursus luar negara. Ini termasuklah beberapa teknologi baru dan peraturan-peraturan dunia dalam sektor pertanian. Beberapa perkara seperti penggunaan Mikrob Berfaedah di Jepun, Teknologi dalam kawalan penyakit dan perosak tanaman dan teknologi penggunaan baja telah dibentangkan.



Dalam ucapan perasmian sebelum itu, dinyatakan TKPPP memaklumkan bahawa pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian telah memproses untuk pengisian jawatan-jawatan kosong daripada Gred Jusa, G54, G52, G48, G44 dan lain-lain kategori. Beliau memaklumkan ia dijangka berlaku dalam bulan Jun atau selewat-lewatnya pada bulan Julai. Kini terdapat banyak kekosongan jawatan tertinggi di Jabatan Pertanian yang tidak diisikan semenjak lama dulu. PERPETA memang ada banyak kali bertanyakan kepada pengurusan Jabatan agar pengisian jawatan-jawatan ini disegerakan. Ini akan menjadikan mereka yang layak untuk naik pangkat tertunggu-tungu bilakah mereka mengisi jawatan kosong tersebut. Sama-sama kita berdoa agar proses tersebut berjalan dengan licin dan sempurna. Amin...

By,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(26 Mei 2015)

Posted from:
Room 3205, Hotel Marco Polo, 
Pasig City, Ortigas, 
Manila, 
Philipines. 
(Hadir NFPWG offee and Tea ASEAN Meeting 2015)




No comments:

Post a Comment