Friday, May 1, 2015

SELAMAT HARI PEKERJA 2015

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan "Selamat Hari Pekerja' yang di sambut pada 1 Mei 2015 (Jumaat) dan ramai mengambil cuti panjang. Kita di Jabatan Pertanian merupakan warga kerja yang membangunkan sektor pertanian negara dengan memberikan khidmat kepakaran kepada pengeluaran bahan makanan. Semua pegawaii terutamanya Skim Pegawai Pertanian merupakan golongan pekerja yang amat signifikan dalam pembangunan negara. Sama ada anda bertugas di Daerah, Cawangan Teknikal di Negeri, Pegawai Kader, Pegawai Pinjaman, Cuti Belajar atau yang berada di ibu pejabat Putrajaya, semuanya akan meraikan hari pekerja ini dengan penuh kepuasan. Pertama kerana diberikan cuti rehat, kedua kerana dapat fikir akan sumbangan kita kepada jabatan dengan penh komitment dan dedikasi. PERPETA akan terus bekerjasama dalam memberikan ruang untuk kita berpersatuan dalam menjaga kepentingan skim pegawai pertanian. Walau pun persatuan merupakan satu badan NGO tetapi peranannya untuk memperjuangkan skim pegawai pertanian adalah tetap signifikan. Semuga Hari Pekerja 2015 ini memberikan satu makna tersendiri kepada anda semua. SELAMAT HARI PEKERJA!.


Sambutan Hari Pekerja 2015 diadakan di Kucing, Sarawak oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengumumkan tiga penambahbaikan untuk kebajikan pekerja iaitu memperluaskan cuti tanpa rekod untuk kakitangan awam bagi kes kematian. Perdana Menteri juga berkata, PERKESO juga akan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma untuk pekerja swasta berumur 40 tahun ke atas secara bergerak ke premis majikan dan memperluaskan skim perlindungan kepada semua 6.5 juta pekerja tanpa mengira peringkat gaji. "Ketika ini cuti tanpa rekod tiga hari hanya dibenarkan untuk kes kematian suami atau isteri, ibu bapa atau anak kakitangan awam, tetapi kini ia diperluaskan kepada ibu bapa mentua, ibu bapa angkat dan anak angkat," katanya berucap pada majlis perhimpunan Hari Pekerja 2015 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sebentar tadi. Perdana Menteri juga menyifatkan sambutan Hari Pekerja 2015 sebagai sejarah baharu apabila buat pertama kalinya dianjurkan bersama dua kesatuan sekerja iaitu MTUC dan CUEPACS. Malah beliau turut kagum sambutan yang pertama kali diadakan di Sarawak itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 10,000 pekerja yang dianggapnya terbesar pernah dianjurkan setakat ini. Semuga kita mendapat faedah dengan pengumuman ini. Wasallam!.


Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(1 Mei 2015)

No comments:

Post a Comment