Friday, May 29, 2015

Selamat Hari Gawai 2015

Salam Perpeta,

PERPETA ucapkan 'Selamat Hari Gawai Dan Pesta Keaamatan' kepada semua ahli yang menyambutnya. Ramai diantara mereka akan balik Sarawak dan Sabah untuk cuti yang panjang bersama keluarga masing-masing. Ada yang saya tengok asyik memancing Udang di Sungai (Encik Lim) dan beliau tunjukkan hasil udang galah dan ikan ketutu. Kegembiraan ini disambut dengan penuh kegembiraan. Ini kerana ia bersambung dengan cuti sekolah selama 2 minggu dan pastinya akan digunakan sepehohnya semasa cuti panjang. 

Kepada rakan-rakan, Presiden dan AJK Perpeta ucapkan "GAYU GURU GERAI NYAMAI". 


By,
Presiden Perpeta,
Marco Polo Hotel Ortigas,
Pasig City, Manila,
Philipines.
30 Mei 2015.
(HAdir Mesyuarat Asean)

Wednesday, May 27, 2015

PENGIKTIRAFAN PENGAJAR PERTANIAN

Sebahagian penerima sijil Tenaga Pengajar daripada Johor dengan Presiden PERPETA.
SALAM PERPETA,

Satu Majlis memberikan Sijil Pengiktirafan kepada Pengajar Mahir Jabatan Pertanian telah diadakan pada 25 Mei 2015 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya. Seramai 36 orang tenaga pengajar mahir daripada Gred G27 - Gred G54 menerima sijil tersebut daripada TKPPP sebagai satu pengiktirafan kepada individu yang layak menerima. Mereka merupakan kumpulan kedua menerima sijil tersebut setelah 82 pegawai menerima surat tersebut pada tahun 2013. Mereka terdiri daripada pelbagai disiplin seperti Biakbaka, Sains Tanah, Tanaman buah-buahan, Biosekuriti, Pengembangan Pertanian, kejenteraan pertanian, kawalan kualiti, regulatori dan banyakk lagi. Majlis ini dihadiri sama oleh Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri dan peserta kursus Agrosains dan Teknologi Pertanian 2015.

Kepada semua ahli-ahli PERPETA yang telah layak untuk mendapatkan pengiktirafan ini diminta agar menghubungi Bahagian PSM, Jabatan Pertanian dengan mengisi borang. Mereka yang telah berkhidmat selama 8 tahun dan sering memberikan ceramah dan khidmat kepakaran kepada pelanggan boleh memohon sebagai Tenaga Pengajar di Jabatan Pertanian untuk tujuan ini. Selain itu mereka juga boleh mohon Pegawai Pakar (PIND) daripada Jabatan Tenaga Rakyat untuk mendapatkan pengiktirafan. Sekian.

By,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(27 Mei 2015)

SEMINAR AGROSAINS 2015

SALAM PERPETA,

Seminar Agro Sains dan Teknologi Jabatan Pertanian 2015 telah diadakan pada 25 Mei 2015 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya. Seminar ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pertanian yang diwaklikan oleh Tn Hj Jabar (TKPPP) dengan dihadiri oleh lebih daripada 250 peserta dari seluruh negara. Sebanyak 11 tajuk kertas telah dibentangkan oleh mereka yang pakar dan menghadiri kursus luar negara. Ini termasuklah beberapa teknologi baru dan peraturan-peraturan dunia dalam sektor pertanian. Beberapa perkara seperti penggunaan Mikrob Berfaedah di Jepun, Teknologi dalam kawalan penyakit dan perosak tanaman dan teknologi penggunaan baja telah dibentangkan.



Dalam ucapan perasmian sebelum itu, dinyatakan TKPPP memaklumkan bahawa pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian telah memproses untuk pengisian jawatan-jawatan kosong daripada Gred Jusa, G54, G52, G48, G44 dan lain-lain kategori. Beliau memaklumkan ia dijangka berlaku dalam bulan Jun atau selewat-lewatnya pada bulan Julai. Kini terdapat banyak kekosongan jawatan tertinggi di Jabatan Pertanian yang tidak diisikan semenjak lama dulu. PERPETA memang ada banyak kali bertanyakan kepada pengurusan Jabatan agar pengisian jawatan-jawatan ini disegerakan. Ini akan menjadikan mereka yang layak untuk naik pangkat tertunggu-tungu bilakah mereka mengisi jawatan kosong tersebut. Sama-sama kita berdoa agar proses tersebut berjalan dengan licin dan sempurna. Amin...

By,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(26 Mei 2015)

Posted from:
Room 3205, Hotel Marco Polo, 
Pasig City, Ortigas, 
Manila, 
Philipines. 
(Hadir NFPWG offee and Tea ASEAN Meeting 2015)




Tuesday, May 26, 2015

THE POWER OF FACEBOOK - AKTIVITI DI MAEPS

SALAM PERPETA,

Kini kehebatan mengenai alam maya dibuktikan dengan 'The Power of Facebook' dalam Jabatan Pertanian didalam mengendalikan HARI JABATAN PERTANIAN di Laman Florikultur, MAEPS, Serdang Selangor pada 21 April 2015. Aktiviti ini diselaraskan oleh Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Putrajaya dengan kerjasama AJK PERPETA, Jabatan Pertanian Perak, Jabatan Pertanian Perlis, Hortikultur Serdang dan beberapa orang usahawan untuk bersama-sama menjayakan kemeriahan hari tersebut. Lebih daripada 12,000 telah klik 'likes' dalam facebook yang nyatakan teknologi menanam dan amalan agronomi tanaman anggur. Walau pun ia diadakan pada hari bekerja (Bukan Sabtu atau Ahad) seramai lebih daripada 500 peminat tanaman anggur dari seluruh negara hadir. Ini menunjukkan mereka adalah golongan peminat tanaman anggur yang tulen dan sanggup cuti untuk dapatkan ilmu menanam anggur.

PERPETA mengucapkan selamat berjaya kepada penganjur iaitu Jabatan Pertanian yang diketuai oleh Bahagian PTIF. Majlis seperti ini berjaya mengangkat kebolehan pegawai pertanian dalam mengadakan 'contact' dengan sasaran dan menjadikan Jabatan Pertanian menjadi lebih relevan. Penggunaan media sosial dapat memudahkan sistem penyampaian dengan lebih mudah dan berkesan. Satu Majlis Pelancaran Tapak MAEPS sebagai Pusat Agrotourism akan dilakukan oleh Menteri Pertanian pada 1 Jun 2015 di Tapak MAEPS Serdang, Selangor. Sama-sama ahli PERPETA untuk hadir majlis tersebut bermula jam 2.30 petang!. 
Wasallam.

Oleh,
PERPETA,
MAEPS,
Serdang, Selangor.  

Monday, May 18, 2015

PERSARAAN TKPP(O)

SALAM PERPETA,

Majlis persaraan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Operasi iaitu Puan Hajah Norma bt Othman diadakan pada 18 Mei 2015 di Dewan MAEPS, Serdang, Selangor. Lebih daripada 700 orang pegawai dan kakitangan Jabatan termasuk AJK dan ahli PERPETA telah hadir dalam majlis ini. Majlis Jasa-Mu di Kenang ini juga meraikan persaraan sermai 74 orang pegawai Jabatan Pertanian sepanjang tahun 2015 daripada semua kumpulan jawatan dari sekuruh negara. Persaraan beliau merupakan seorang pegawai di Jabatan Pertanian yang bersara awal mulai 18 Mei 2015 setelah bertugas dengan penoh dedikasi selama lebih 35 tahun di Jabatan Pertanian. Jawatan terakhir sebelum menjadi TKPP(O) adalah sebagai Pengarah Bahagian Hortikultur yang banyak melaksanakan projek TKPM dibawah EPP7. Seorang pegawai yang aktif dengan PERPETA dan menjadi pengerusi sementara beberapa kali dalam mesyuarat Agong Tahunan PERPETA semasa sessi pemilihan AJK. Beliau mempunyai pengetahuan teknikal pertanian yang amat tinggi dan sering memberikan kepakarannya melalui ceramah diperingkat nasional dan antarabangsa. Patut diocntohi oleh semua ahli PERPETA dan warga jabatan. Antara pesanan beliau adalah meminta agar semua pegawai muda lebih berani dan mempunyai sikap intergriti tinggi agar Jabatan Pertanian akan terus relevan.


PERPETA mengucapkan selamat bersara kepada Pn Hajah Normah Othman yang banyak jasanya kepada Jabatan Pertanian dan PERPETA khususnya. PERPETA sentiasa membuka pintu untuk beliau memberikan pandangan selepas beliau bersara melalui persatuan Alumni Pegawai-pegawai Jabatan Pertanian. PERPETA juga telah dapat memberikan cenderahati kepada beliau sebagai tanda kenangan. Semuga beliau beroleh kesihatan,  kebahagiaan bersama keluarga dan sentiasa diberkati Allah jua. Amin.

AMAT DEDIKASI ... NAMA HJH NORMA...
MASIH CANTIK.. KELANTAN ASALNYA...
JUSA B TKPP(O) ... AKHIR JAWATANNYA...
PERPETA UCAPKAN... SELAMAT BERSARA...

By,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(18 Mei 2015)

Tuesday, May 12, 2015

MESYUARAT PERPETA 2/2015

SALAM PERPETA,

Mesyuarat AJK PERPETA Bil 2/2015 telah diadakan pada 11 MEI 2015 di  Bilik Mesyuarat Garcinia, Aras 13, Bahagian Hortikulutr, jabatan Pertanian Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden PERPETA dan dihadiri oleh ramai AJK PERPETA dan beberapa perwakilan dari negeri-negeri dan kader. Mesyuarat kali ini ditumpukan kepada proses pengisian jawatan kosong, proses kenaikan pangkat, pengstrukturan baru di Jabatan Pertanian dan Penyediaan Akta Agrologist. Pengerusi dalam ucapan aluan menyatakan bahawa PERPETA telah berjaya membaharui pendaftaran kepada ROS pada 8 Mei 2015. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa pada tahun 2015 tidak ada Mesyuarat Agong sebaliknya akan diadakan pada tahun 2016 atau tahun hadapan. Bagaimana pun presiden memohon agar semua AJK terutamanya Ketua-ketua Biro menjalankan aktiviti dengan sebaik mungkin.


Mesyuarat membincangkan panjang lebar mengenai pengisian Jawatan Kosong daripada peringkat pengurusan tertinggi sehingga kepada Gred G41. Ini kerana beberapa PPN masib belum selesai proses pengisiannya diikut dengan Gred G54 sehingga Gred G41. PERPETA akan sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan Jabatan Pertanian untuk memberi maklumat sesuai kepada ahli-ahli yang banyak membuat pertanyaan. Ketua Biro Modal Insan banyak membuat penjelasan menganai proses pengisian jawatan kosong dan proses kenaikan pangkat. Mesyuarat juga mengesyorkan agar pegawai-pegawai pertanian pada semua peringkat (terutamanya AO Persekutuan di cawangan Teknikal yang layak dicalonkan) mengisi borang pencalonan sebarang anugerah (setidak-tidaknja PJK, BKT, AMN dan sebagainya) kerana ini akan mengangkat martabat ahli PERPETA. 

Ketua-ketua Biro membentangkan aktiviti yang dilaksanakan dalam mesyuarat ini walau ada beberapa biro masih kurang aktif. Ia dimulakan dengan Ketua Biro Pembangunan Modal Insan, Biro Kebajikan, Biro Sukan dan Kebudayaan, Biro Ekonomi, Biro Publisiti dan juga Biro Pengaduan Awam. Beberapa perwakilan negeri memberikan laporan kemajuan aktiviti PERPETA di negeri masing-masing. Mengenai Akta Agrologist, Bahagian PSM akan menerajui Jabatan Pertanian untuk meneruskan usaha penyediaan Akta Agrologist dengan kerjasama AJK PERPETA. Ini kerana Jabatan Pertanian adalah yang paling sesuai untuk mrngangkat Akta Agrologist selaras dengan kehendak semua dan perundangan. Mesyuarat yang dimulakan jam 12.00 ditamatkan jam 3.00 petang.

By,
Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(12 Mei 2015) 

Friday, May 1, 2015

SELAMAT HARI PEKERJA 2015

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan "Selamat Hari Pekerja' yang di sambut pada 1 Mei 2015 (Jumaat) dan ramai mengambil cuti panjang. Kita di Jabatan Pertanian merupakan warga kerja yang membangunkan sektor pertanian negara dengan memberikan khidmat kepakaran kepada pengeluaran bahan makanan. Semua pegawaii terutamanya Skim Pegawai Pertanian merupakan golongan pekerja yang amat signifikan dalam pembangunan negara. Sama ada anda bertugas di Daerah, Cawangan Teknikal di Negeri, Pegawai Kader, Pegawai Pinjaman, Cuti Belajar atau yang berada di ibu pejabat Putrajaya, semuanya akan meraikan hari pekerja ini dengan penuh kepuasan. Pertama kerana diberikan cuti rehat, kedua kerana dapat fikir akan sumbangan kita kepada jabatan dengan penh komitment dan dedikasi. PERPETA akan terus bekerjasama dalam memberikan ruang untuk kita berpersatuan dalam menjaga kepentingan skim pegawai pertanian. Walau pun persatuan merupakan satu badan NGO tetapi peranannya untuk memperjuangkan skim pegawai pertanian adalah tetap signifikan. Semuga Hari Pekerja 2015 ini memberikan satu makna tersendiri kepada anda semua. SELAMAT HARI PEKERJA!.


Sambutan Hari Pekerja 2015 diadakan di Kucing, Sarawak oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengumumkan tiga penambahbaikan untuk kebajikan pekerja iaitu memperluaskan cuti tanpa rekod untuk kakitangan awam bagi kes kematian. Perdana Menteri juga berkata, PERKESO juga akan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma untuk pekerja swasta berumur 40 tahun ke atas secara bergerak ke premis majikan dan memperluaskan skim perlindungan kepada semua 6.5 juta pekerja tanpa mengira peringkat gaji. "Ketika ini cuti tanpa rekod tiga hari hanya dibenarkan untuk kes kematian suami atau isteri, ibu bapa atau anak kakitangan awam, tetapi kini ia diperluaskan kepada ibu bapa mentua, ibu bapa angkat dan anak angkat," katanya berucap pada majlis perhimpunan Hari Pekerja 2015 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sebentar tadi. Perdana Menteri juga menyifatkan sambutan Hari Pekerja 2015 sebagai sejarah baharu apabila buat pertama kalinya dianjurkan bersama dua kesatuan sekerja iaitu MTUC dan CUEPACS. Malah beliau turut kagum sambutan yang pertama kali diadakan di Sarawak itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 10,000 pekerja yang dianggapnya terbesar pernah dianjurkan setakat ini. Semuga kita mendapat faedah dengan pengumuman ini. Wasallam!.


Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(1 Mei 2015)