SALAM PERPETA,
Presiden PERPETA telah membuat lawatan kerja ke Sabah selama 5 hari daripada 3 - 6 Mac 2015. Lawatan yang dibiayai oleh FELCRA ini adalah untuk cadangan pembangunan Pulau Banggi iaitu sebuah pulau terbesar di Malaysia dengan tanaman makanan sebagai pakar. Lawatan ini di ikuti bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan) iaitu Tn Hj Jabar dengan Pakar Kelapa iaitu Encik Christopher John Biai, 10 pegawai FELCRA serta Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Sabah serta seorang Pakarunding Swasta. Pembangunan dicadang dengan tanaman kelapa dan tanaman buah-buahan bercampur dalam konsep Pembangunan Agropolitan. Terdapat seramai 22,000 penduduk di pulau ini yang bergantung hidup kepada pertanian dan perikanan sebagai punca pendapatan. Pulau ini adalah bersebelahan dengan Pulau Palawan yang berada dibelakang foto penulis diatas.
Presiden PERPETA juga melawat program pembangunan kopi di Sabah iaitu pengeluar utama kopi di Malaysia. Timbalan Pengarah Sabah Encik Kaliwon mengiringi lawatan ini di sekitar Daerah Ranau, Tenom dan Taman Pertanian Tenom selama 2 hari. Rombongan ke kawasan penanaman kopi di 4 lokasi di Daerah Tanah Tinggi Ranau dan sebuah kilang membuat kopi terkenal di Tenom iaitu 'Kopi Tenom' memberikan peluang Jabatan Pertanian Sabah menyediakan RMK Ke 11 seperti yang di sediakan oleh DOA Putrajaya. Industri kopi negara menghasilkan sekitar kurang dari 10% pengeluaran biji kopi mentah tempatan dan selainnya adalah diimpot terutama dari Indonesia dan Vietnam. Industri penanaman dan pempprosesan kopi perlu dibangunkan dengan perancangan yang betul dalam RMK ke 11.
Presiden juga sempat berbincang mengenai cadangan Pegawai Pertanian Sabah sekitar 30 orang untuk menubuhkan persatuan. Ini kerana ada dakwaan di Jabatan Pertanian Sabah tidak ada Persatuan seperti PERPETA untuk memperjuangkan skim pegawai pertanian. Presiden hanya memberikan info bagaimana PERPETA berfungsi dalam MBJ dan menjalankan aktiviti. Beberapa Jurutektik Pertanian G17/G22 juga jumpa presdien dan telah pohon pencerahan presiden bagaimana perlaksanaan proses tukarlantik kepada G27 yang dijalankan di Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Lawatan 5 hari ke Sabah ini oleh Presiden memberikan banyak ruang untuk pembangunan pertanian dan NGO. Sekian.
Oleh,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(7 Mac 2015)

No comments:
Post a Comment