Pengarah Bahagian PSM baru |
Beberapa pegawai kanan di Jabatan Pertanian telah bertukar ke Jawatan Hakiki yang penting mulai 2 Mac 2015. Mereka yang terlibat adalah Encik Hanawi bin Ahmad (G54) yang manjadi Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Putrajaya dan juga Pn Aeshah bt Ismail (G54) menjadi Pengarah Bahagian Kejenteraan Pertanian, Serdang, Selangor. Pertukaran ini adalah bagi pengisian jawatan hakiki untuk melicinkan lagi peranan dan pentadbiran bahagian-bahagian. PERPETA mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pengarah bahagian yang baru ini dan berdoa agar mereka akan dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap dan berkesan.
Beberapa pegawai kanan lain yang bertukar adalah Pn Fatimah Nasir (G54) yang mengisi kekosongan sebagai Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan Teknologi, Bahagian Hortikultur Putrajaya. Seterusnya adalah Pn Asmah Abas (G52) yang bertukar ke Bahagian Hortikultur Putrajaya. En Zainuddin (IP Lipis - G52) ke Bahagian Kawalan Kualiti Putrajaya. Pertukaran ini dijangka akan mengukuhkan lagi perlaksanaan tugasan dibahagian masing-masing. Selamat bertugas di tempat baru. Wasallam!.
Oleh,
Presiden Perpeta,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
No comments:
Post a Comment