Wednesday, December 30, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Salam PERPETA!,

PERPETA mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU 2016' kepada semua warga Jabatan Pertanian khususnya ahli-ahli PERPETA disluruh negara. Pada tahun baru 2016 Presiden dan AJK PERPETA mengharapkan kejayaan yang lebih terserlah kepada Jabatan Pertanian dalam menjayakan wawasan kerajaan. Tahun 2016 merupakan tahun pertama perlaksanaan Rancangan Malaysia ke 11 dimana peruntukkan yang besar telah diberikan kepada sektor pertanian khususnya untuk pengeluaran bahan makanan. PERPETA yakin dengan kepercayaan semua ahli PERPETA untuk menymbangkan khidmat bakti dalam melaksanakan amanah kerajaan ini. Pada tahun 2016 juga akan dijalankan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan PERPETA dimana akan berlaku pemilihan AJK Baru yang akan memimpin seterusnya perjuangan sedia ada. 



Pada tahun baru 2016 akan berlaku ramai pergerakan dikalangan Pegawai Pertanian dan Penolong Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian kerana kenaikan pangkat dan sebagainya. PERPETA mengucapkan terimakaseh kepada pengurusan tertinggi yang cuba sedaya upaya memproses kenaikan pangkat dan pengisian jawatan kosong secara berterusan. Kepada mereka yang bertuker kerana naik pangkat diharap menerimanya dengan hati terbuka dan sanggup bertugas ditempat baru. Selamat Maju Jaya dalam tahun 2016!.



SELAMAT TAHUN BARU 2016!

Oleh,
Presiden dan AJK,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya, Malaysia.
(1 Januari 2016)

Thursday, December 24, 2015

SELAMAT HARI NATAL 2015

SALAM PERPETA,

PERPETA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL DAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA AHLI PERPETA BERAGAMA KRISTIAN TAHUN INI IAITU PADA 25 DISEMBER 2015. SEMUGA TERUS BERJAYA DAN MENYUMBANGKAN KOMITMENT YANG TINGGI KEPADA KERJAYA DI JABATAN PERTANIAN. SEMPENA CUTI PANJANG INI DIHARAP SEMUA AHLI PERPETA JUGA BERCUTI DAN BALIK KAMPONG ATAU MELANCONG. BERHATI-HATI DIJALANRAYA DAN SELAMAT BERGEMBIRA!.

SELAMAT HARI NATAL!

DARIPADA,
PERPETA
JABATAN PERTANIAN
PUTRAJAYA
(25 DISEMBER 2015)

Wednesday, December 23, 2015

SAMBUTAN MAULIDUl RASUL 1437 HIJRAH

SALAM PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan selamat menyambut Maulidul Rasul 1437 Hijran yang bersamaan dengan 24 Disember 2015. Tema sambutan Maulidul Rasul 2015 adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Ramai ahli-ahli PERPETA yang berpakaian serba biru turut hadir dalam perarakan dan sambutan diseluruh negara dan negeri. Diperingkat Persekutuan sambutan diadakan di Dewan A, MAEPS, Serdang, Selangor yang telah dirasmikan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri. Seramai 10 orang penerima anugerah disampaikan kepada penerima Tokoh MaulidulRasul dari seluruh negara.


Perbarisan kontijen Jabatan Pertanian bermula jam 8.30 pagi daripada pintu utama dengan liputan daripada TV1 dan TV3. Pengarah BPTIF En Halimi Mahmud telah ditemuramah pihak TV secara langsung dan ini menjadi kebangaan kepada semua ahli PERPETA. Ramai ahli PERPETA bersama kakitangan yang lain dengan bersemangat telah membanggakan Jabatan Pertanian. Semuga perpaduan dikalangan umah akan menjadi nadi kepada transformasi kepada Jabatan Pertanian khasnya dan Negara amnya. Wasallam!.



Oleh,
Presiden dan AJK,
PERPETA Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(12 RabiulAwal 1437H)

Friday, December 18, 2015

MESYURAT MBJ BIL 4/2015

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Jabatan Pertanian (MBJ) Bil 4/2015 telah diadakan pada 16 Disember 2015 di Bilik Bunga Raya, Aras 16, Jabatan Pertanian, Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato Ketua Pengarah Pertanian ini memenuhi keperluan kuota mesyuarat tahunan sebanyak 4 kali setahun seperti keperluan pekeliling MBJ. PERPETA diwakili oleh En Adli Salihin kerana Presiden dan SU Kehormat berada diluar Putrajaya dan Timbalan Presiden di luar negara. PERPETA tidak memberikan usul kali ini dalam mesyuarat kerana ahli tetap tidak hadir (Sebenarnya ada 5 usul dicadangkan dari Mesyuarat AJK PERPETA di Johor Bahru). Mesyuarat ini dihadiri sama oleh beberapa Pengarah Bahagian dan perwakilan daripada NGO lain. KPP dalam ucapan aluan menyatakan bakal Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Mesyuarat membincangkan usul daripada Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian dan juga beberapa perkara berkaitan MBJ. Mesyuarat di sambung oleh pemangku Timbalan Ketua Pengarah TKPP(O)  sehingga selesai.

By,
Presiden
PERPETA Jabatan Pertanian
Putrajaya
(17 Dec 2015)  

Thursday, December 10, 2015

KSU KEMENTERIAN PERTANIAN BARU

PUTRAJAYA, 9 Dis (Bernama) - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini mengumumkan pelantikan dan pertukaran empat pegawai perkhidmatan awam dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi menjawat jawatan kanan berkuatkuasa Rabu depan.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Dato' Dr Ismail Bakar (Foto diatas) dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggantikan Datuk Mohd Arif Ab Rahman yang sebelum ini dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. PERPETA mengucapkan selamat datang kepada KSU baru. Dr Ismail, 55, yang menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Pengangkutan mulai 18 November 2014 merupakan lulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ekonomi dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi serta perolehan menerusi peranannya sebagai Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan dan Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington mula memasuki perkhidmatan awam pada Januari 1986 sebagai PTD.



Berikut adalah Latar Belakang KSU yang baru:-

Maklumat Asas
Tarikh Lahir : 19 Januari 1960
Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor, Malaysia
Jawatan : Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Jawatan Sebelum : Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan


Pendidikan
Ijazah Kedoktoran Ekonomi, University of Hull, United Kingdom (2004)
Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan, University of Hull, United Kingdom (1995)
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya (1983)

Pengalaman
Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (16 Disember 2015)
Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia (18 November 2014)
Menerima surat pelantikan sebagai KSU Kementerian Pengangkutan oleh YBhg. Tan Sri KSN (14 November 2014)
Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan (20 Januari 2014)
Pengarah, Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan (1 Ogos 2013)
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan (Februari 2011)
Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington (2008)
Ketua Seksyen Teknologi MAklumat & Elektronik, Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan (2006)
Ketua Perancangan, Penyelidikan dan Dasar, Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan (2004)
Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Analisa Ekonomi & Antarabangsa, Kementerian Kewangan (1995)
Penolong Setiausaha, Bahagian Analisa Ekonomi & Antarabangsa, Kementerian Kewangan (1990)
Penelong Pengarah, Pasukan Petugas Anti Dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (1986)
Lantikan ke perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik (13 Januari 1989


PERPETA mengucapkan Selamat Datang kepada KSU kita. Selamat Maju Jaya!.

Oleh,
Presiden dan AJK
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(10 Disember 2015)
 

Sunday, November 29, 2015

KURSUS KEPIMPINAN PERPETA JOHOR

Aktiviti besama ahli PERPETA Johor dipantai.
SALAM PERPETA,

PERPETA Negeri Johor merupakan gabungan yang aktif dimana mereka telah menjalankan Kursus Kepimpinan kepada semua ahli-ahli PERPETA Jahor pada 1 Oktober 2015. Kursus ini dianjurkan olwh Jabatan Pertanian Negeri Johor dengan kerjasama AJK PERPETA Negeri Johor. Kursus yang diadakan di Tg Sepat ini melibatkan semua ahli-ahli PERPETA Johor dengan beberapa pegawai APK lain yang dijemput hadir. Timbalan Presiden PERPETA Dr Desa hadir memberikan ceramah kepimpinan menggantikan Presiden yang berada di Kuching, Sarawak untuk tugasan rasmi. Kursus ini memberikan ruang ahli-ahli PERPETA Cawangan Johor membuat satu pelan tindakkan dan beberapa resolusi untuk dimajukan kepada PERPETA Pusat dan pengurusan. Tahniah PERPETA Johor!.

Oleh,
Presiden
PERPETA Jabatan Pertanian,
Putrajaya, 
Malaysia.
Posted from Gate F1 Swarnabhumi Airport
Bangkok

Friday, November 27, 2015

SEMINAR TEKNIKAL PTIF 2015

SALAM PERPETA,

Seminar Teknikal Bahagian PTIF 2015 telah diadakan pada 2-4 November 2015 di Bilik Ikan Tangelan, Aras 4, Jabatan Perikanan, Wisma Tani, Putrajaya. Seminar selama 3 hari ini membentangkan 20 buah kertas teknikal iaitu 5 kertas berkaitan padi, 12 untuk tanaman industri 3 berkaitan bunga. Kertas yang disediakan oleh Ahli-ahli PERPETA dari semua kategori daripada yang super senior, medium group serta pegawai junior dari Bahagian PTIF. Seminar Teknikal ini memberi peluang kepada Pembentang dan Peserta untuk menimba ilmu dan seterusnya meningkatkan kopentensi dalam teknologi pertanian terkini. Presiden PERPETA telah membentangkan kertas bertajuk "Gel Tanaman - Teknologi penggunaannya". Seramai 50 orang peserta hadir dan gembira dengan semnar teknikal kali ini. Peserta terdiri daripada pegawai Bahagian PTIF dan Jabatan Pertanian Negeri-negeri.
TKPP(P) memberikan ucapan perasmian seminar.
Seminar ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian PTIF yang baru iaitu En Halimi dan ditutup dengan rasmi oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan) Datuk Jabar Shaik dengan didahului oleh ucapan aluan Pengarah PTIF iaitu Encik Halimi. TKPP(P) dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Bahagian PTIF yang berjaya menganjurkn Seminar Teknikal ini dan berharap ia akan menjadi acara tahhunan. Seminar ini mampu memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta dan peluang membentang kertas teknikal untk diamalkan. Beliau minta supaya maklumat ini dibukukan untuk dijadikan bahan rujukan. 


Majlis Perasmian oleh TKPP(P) dan dari bahagian2.
Peserta seminat teknikal mendengar pembentangan.


By,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(4 November 2015) 

Wednesday, November 25, 2015

PENGARAH BAH PERANCANGAN BARU

SALAM PERPETA,

Pengarah Perancangan baru di Jabatan Pertanian adalah En Abdul Daut yang berkuatkuasa mulai 2 November 2015. Beliau sebelum ini memangku jawatan Pengarah Bahagian Pengembangan dan pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian bagi 5 orang Ketua Pengarah Pertanian. Berasal dari Alor Gajah, Melaka dan belajar di UPM dan Kiesetsart Bangkok, Thailand. Encil Abdul juga pernah bertugas di MIADP dan IADP Pahang Barat. Semuga perlantikan ini akan membolehkan Jabatan Pertanian lebih maju dimasa akan datang. Beliau kini adalah Ketua Biro Pembangunan Modal Insan PERPETA.
TAHNIAH dan SELAMAT MAJU JAYA!.

Oleh,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.

Tuesday, November 24, 2015

BENGKEL PENUBUHAN LBM

SALAM PERPETA,

Beberapa pegawai kanan Jabatan Pertanian dan juga Ahli PERPETA telah hadir dalam Bengkel Penubuhan Lembaga Buah-buahan Malaysia anjuran Kementerian Pertanian. Bengkel yang diadakan di RHR Hotel (UNITEN) Bangi, Selangor ini dibuat dari 5-6 November 2015 bertujuan untuk membincangkan cadangan kemungkinan penubuhan LBM. Pegawai daripada Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI, LPNM dan diurusetiakan oleh Bahagian ITTP ini membincangkan cadangan tersebut. 

By,
Presiden dan AJK
PERPETA
Putrajaya.

MESYUARAT PERPETA BIL 3/2015

Salam PERPETA,

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERPETA Bilangan 3/2015 telah diadakan pada 22 November 2015 di Aras 22, Hotel New York, Johor Bahru, Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PERPETA bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.50 tengahari ini telah dihadiri sama oleh Timbalan Presiden, Setiausaha Kehormat, Penolong SU, Ketua-ketua Biro dan Perwakian dari negeri-negeri. Presiden dalam ucapan aluan mengucapkan tahniah kepada beberapa orang Ahli PERPETA yang telah dinaikan jawatan kepada Jusa C, Gred 54, Gred 52 dan juga pengesahan jawatan kepada Gred G44, Presiden juga mengingatkan AJK bahawa tahun 2016 akan diadakan Mesyuarat Agung Pemilihan AJK BAru PERPETA yang mungkin diadakan di Pulau Pinang atau Kedah. Seterusnya presiden meminta semua Ketua2 Biro menyediakan laporan kemajuan untuk dilaporkan sehingga akhir tahun. Pengerusi juga maklumkan agar semua AJK dapat mendaftarkan semua pegawai pertanian menjadi Ahli PERPETA kerana ada beberapa AO baru yang masih belum mendaftar menjadi ahli.


Pembentangan seterusnya berkaitan dengan penyata kewangan dan laporan kemajuan biro-biro oleh Ketua-ketua Biro. Biro Kebajikan merupakan biro yang aktif sepanjang tahun 2015 dengan banyak membuat kutipan derma untuk bencana seperti Bencana Banjir Pantai Timur, Kutipan Kepada Tabung Palestin, Tabung Pelarian Rohingya, Derma Masjid, Kutipan kepad ahli-ahli yang ditimpa musibah dan sebagainya. Biro Modal Insan membentangkan isu-isu perjawatan termasuk Akta Agrologist. Taraf profesionalisma untuk AO juga dibincangkan. Biro Sukan membentangkan beberapa aktiviti sukkan seperti tenis, Suka MOA Inc dan sebagainya. Biro Ekonomi agak kurang aktif. Mesyuarat ditamatkan jam 12.50 tgh.


Oleh,
Presiden dan AJK,
PERPETA Jabatan Pertanian,
Hotel New York,
Johor Bahru, Johor.
(22 November 2015)

Monday, November 23, 2015

MAJLIS MAKAN MALAM DENGAN TKPP(P)

SALAM PERPETA,

Satu Majlis Makan Malam diantara PERPETA dan Persatuan Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian dengan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pertanian telah diadakan pada 21 November 2015 di Dewan Hall 2, Aras 23, Hotel New York, Johor Bahru. Majlis ini diadakan sempena Mesyuarat AJK PERPETA Bil. 4/2015 dan Kursus Kepimpinan Organisasi Jabatan Pertanian. Seramai 40 orang AJK kedua-dua NGO utama ini hadir dengan cara santai. Datuk Jabar dalam ucapannya menyatakan terimakasih kepada semua kepimpinan yang sentiasa mnyokong pengurusan atasan. Beliau seterusnya meminta agar PERPETA dan KPPPJB sentiasa meningkatkan komitment untuk memastikan Jabatan Pertanian terus relevan dalam pembangunan industri pertanian terutama dalam menentukan bekalan makanan negara.



Beliau juga nyatakan Jabatan Pertanian baru sahaja menyambut ulangtahun ke 110. Walau pun Jabatan Pertanian telah berusia 110 tahun dan banyak Jabatan dan Agensi baru ditubuhkan, kedua-dua NGO dibawah Jabatan Pertanian perlu melihat peranan DOA dirujuk kepada peranan USDA, DOA THailand, DOA Jepun dan sebagainya. Cara ini memerlukan kekuatan dan inovatif semua pegawai dan sokongan daripada PERPETA serta pihak lain. Beliau ada juga menyentuh cadangan penubuhan Lembaga Buah-buahan Malaysia yang akan memberi kesan terus kepada organisasi di Jabatan Pertanian (Bahagian Hortikultur, PTIF, Stesyen Pertanian Buah-buahan) serta carta fungsi.  
By,
Presiden,
PERPETA Jabatan Pertanian,
Ballroom 2, Hotel New York,

Johor Bahru, Malaysia.
(22 November 2015)

KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI


SALAM PERPETA,

Kursus Kempimpinan Pengurusan Organisasi Jabatan Pertanian Malaysia telah diadakan daripada 20 -22 November 2015 di Hotel New York, Johor Bahru, Johor. Kursus ini yang dikelolakan oleh Bahagian PSM dengann memilih semua AJK Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian (PERPETA) dan Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian (KPPPJP) yang melibatkan seramai 38 orang peserta. Turut hadir adalah Presiden PERPETA, Timbalan Presiden, SU Kehormat, Penolong SU, Ketua-ketua Biro PERPETA dan Perwakilan daripada semua negeri-negeri. Penceramah didatangkan khas daripada Bahagian Kaunseing Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Kaunselor Berlesen 0042 Encik Sadli yang amat berpengalaman. Beliau memberikan pendedahan kepada peserta mengenai Ciri-ciri Pemimpin, Personaliti, Cara Komunikasi, Watak Pemimpin, LDK dan banyak lagi. Kursus ini memberi banyak faedah kepada semua peserta kurus dengan cara latihan yang signifikan.


Setiap peserta diberikan informasi berguna mengenai bagaimana untuk mengendalikan pengurusan dan cara kepimpinan dalam berorganisasi (NGO) seperti PERPETA dan KPPPJP yang merupakan dua tunggak utama NGO dibawah Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Pertanian. Pendedahan kursus ini kepada semua AJK yang memegang jawatan ini amat relevan dan signifikan. PERPETA ucapkan ribuan terimakaseh kepada KPP, TKPP(P) dan Pengarah PSM yang telah mengaturkan kursus yang amat baik ini bertujuan untuk mengukuhkan peranan masing-masing dalam berorganisasi. Semuga kursus seperti ini akan diadakan dimasa akan datang. Wasallam!. 

Oleh,
Presiden

PERPETA Jabatan Pertanian,
Hotel New York, Johor Bahru,
Johor.
(22 Nov 2015)

Monday, November 9, 2015

PENGARAH BHG PENGURUSAN TANAH

SALAM PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Encik Zabidi Dun yang telah dliantik menjadi Pengarah Bahagian Pengurusan Tanah, Jabatan Pertanian Putrajaya mulai 2 November 2015. Beliau kini menyandang jawatan Gred Jusa C merupkan kelulusan Universiti Pertanian tahun pada 1981. Pernah bertugas dibanyak bahagian dan lama menjadi Pengarah Pertanian Negeri Sembilan amat luas pengalaman dalam bidang pertanian. Jawatan terakhir sebelum lantikan ini adalah sebagai Pengarah Pertanian Negeri Perak (Gred G54). Anak kelahiran Perak ini dilahirkan pada 21 Jun 1957 akan menerajui bahagian ini agar terus cemerlang dimasa akan datang. Tahniah!.



By,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(3 November 2015) 

Friday, November 6, 2015

PENGARAH HORTIKULTUR BARU

Salam PERPETA,

Presiden dan AJK serta Ahli PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Encik Zanil Abidin Yusof yang telah dilantik menjadi Pengarah Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian Malaysia mulai 2 November 2015. Beliau yang kini dilantik kepada jawatan Gred Jusa C pernah bertugas di Bahagian Pembangunan Komoditi, Pengarah Pertanian Perlis, Pengarah Perancangan Jabatan Pertanian dan Cuti Tanpa Gaji amat berpengalaman  dalam bidang Hortikultur. Anak kelahiran Johor ini dilahirkan pada 31 Julai 1956 ini mempunyai kelulusan Diploma Pertanian (1978) dan B. Sc. Resource Economic UPM (1980). Diharap bahagian hortikultur akan lebih ceria dan terus maju dibawah kepimpinan beliau. Tahniah!...

By,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia.
(3 November 2015) 

Thursday, November 5, 2015

PENGARAH BAH PENGEMBANGAN BARU

Salam PERPETA,

Presiden dan AJK serta perwakilan PERPETA mengucapkan "TAHNIAH" kepada YBrs Dato' Kamariah bt Ismail diatas perlantikan beliau sebagai Pengarah Bahagian Pengembangan dan Industri Asas Tani dengan Gred Jawatan Jusa C mulai 2 November 2015. Perlantikkan ini akan membolehkan bahagian tersebut mempunyai seorang pengarah baru yang berpengalaman dimana beliau pernah bertugas di Melaka dan Pahang. Jawatan terakhir sebelum menyandang Pengarah Bahagian adalah Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Anak Pahang ini yang dilahirkan pada 8 Mei 1957 merupakan lulusan UPM Serdang pada tahun 1980. Semuga perlantikkan ini akan meningkatkan lagi prestasi kejayaan Bahagian PPIAT ini seterusnya Jabatan Pertanian Malaysia.
Selamat Maju Jaya!

Oleh,
Presiden dan AJK,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya
(3 Nov 2015) 

Wednesday, November 4, 2015

PENGARAH BAH PTIF BARU

SALAM PERPETA,

Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian Putrajaya telah diisikan oleh Encik Halimi Mahmud mulai 2 November 2015. Jawatan ini telah dikosongkan oleh Tn Hj Jabar ketika itu pada Febuari 2015. Encik Halimi adalah anak kelahiran Pahang yang dilahirkan pada 6 Januari 1957 yang lama berkhidmat dalam Bahagian Kawalan Racun Kuala Lumpur. Pernah bertugas sebagai Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Pengarah bahagian Kawalan Racun Perosak sebelum ini dengan Gred G54. Diharap bahagian PTIF akan lebih cemerlang dengan kehadiran pengarah bahagian yang baru ini. Tahniah!.

Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(3 November 2015)

Tuesday, November 3, 2015

KEKOSONGAN PENGARAH BAHAGIAN

SALAM PERPETA,

Kekosongan beberapa empat (4) Pengarah Bahagian dan dua (2) Pengarah Pertanian Negeri Jabatan Pertanian telah dan akan berlaku pada Bulan November dan Disember 2015. Antara kekosongan tersebut adalah :

1) Pengarah Pertanian Negeri Pahang 
    (Gred G54) - Mulai 2 November 2015

2) Pengarah Pertanian Negeri Perak 
    (Gred G54) - Mulai 2 November 2015

3) Pengarah Bahagian Perancangan dan ICT 
    (Gred G54) - Mulai 2 November 2015

4) Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak 
    (Gred G54) - Mulai 2 November 2015

5) Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
    (Gred G54) - Mulai 7 Disember 2015

6) Pengarah Bahagian Pertanian Bandar
    (Gred G54) - Mulai 21 Disember 2015 

Beberapa pegawai kanan dijangka akan mengisikan jawatan tersebut secepat mungkin. PERPETA berharap kekosongan ini dapat diisikan dengan ahli-ahli PERPETA yang berwibawa dan mampu memajukan lagi legasi Jabatan Petanian. PERPETA menyokong penoh diatas perlantikkan bakal-bakal pengarah yang menerajui organisasi masing-masing. 
Wasallam!.

By,
Presiden dan AJK,
PERPETA Jabatan Pertanian,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(4 November 2015)

Monday, November 2, 2015

PENGARAH BAHAGIAN BARU

SALAM PERPETA,

Presiden, AJK serta semua Ahli PERPETA dan warga Jabatan Pertanian mengucapkan TAHNIAH kepada empat (4) orang Ahli PERPETA yang dinaikan pangkat kepada Gred Jusa C bermula 2 November 2015. Mereka yang dilantik oleh JPA untuk menjawat Pengarah Bahagian adalah:

(1) Dato' Kamarian bt Ismail
      Pengarah Bhg Pengembangan dan Industri Asas Tani

(2) En Halimi Mahmod
      Pengarah Bhg Padi, Tanaman Industri dan Florikultur

(3) En Zanil Abidin bin Yusof
     Pengarah Bhg Hortikultur

(4) En Zabidi Dun
     Pengarah Bhg Pengurusan Tanah

Perlantikan ini akan membolehkan Jabatan Pertanian mempunyai pengarah bahagian yang mampu membantu Ketua Pengarah Pertanian dan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian untuk meneruskan kecemerlangan legasi Jabatan Pertanian. Tahniah, Tahniah, TAHNIAH!.

Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
MALAYSIA
(2 November 2015)  

Thursday, October 22, 2015

KENAIKAN PANGKAT G54

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan tahniah kepada 12 orang pegawai yang telah dinaikan pangkat kepada Gred G54. Mereka telah menerima surat perlantikan kenaikan pangkat pada awal Oktober 2015. Kenaikan pangkat ini merupakan satu lagi kejayaan kepada rakan-rakan kita yang menerima sama ada secara HAKIKI atau KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP), Nama mereka yang naik pangkat adalah seperti berikut:

Lantikan Hakiki:
1. Mokhtar Sulai (Pengembangan Putrajaya)
2. Mohd Kamil Yunis (PPN Johor)
3. Mohd Bokhari Abd Rahman (PPN Kedah)

Lantikan Khas Untuk Penyandang (KUP)
1. Ismail Mohamad (BPICT, Putrajaya)
2. Mokhtaruddin (Biosekuriti, KL)
3. Hj Mustapa Muda (IP, Serdang)
4. Hj Abd Nasir Hassan (IP, Bumbung Lima)
5. Aziz @ Awang (Kejenteraan, Serdang)
6. Noridah Ahmad (Pengembangan, Putrajaya)
7. Mohd Redza Baba (PTIF, Putrajaya)
8. Ho Haw Leng 
9. Sulaiman Hashim (Kawalan Kualiti, Putrajaya) 

Semuga dengan lantikan naik pangkat ini akan membolehkan mereka dapat menyumbangkan sesuatu yang signifikan kepada Jabatan Pertanian dan motivasi kepada mereka dan rakan-rakan lain. Tahniah sekali lagi.

Oleh,
Presiden,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya
(Oktober 2015)

Wednesday, October 21, 2015

SAMBUTAN MAULIDUL-RASUL 2015



SALAM PERPETA,

Jabatan Pertanian telah bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain dalam Majlis Sambutan dan Perarakan Sempena Maulidulrasul 2015 (1437 Hijrah) di Kuala Lumpur. Ramai dikalangan AJK dan ahli-ahli PERPETA yang hadir dalam perbarisan dengan pakaian berwarna biru dengan samping dan songkok yang segak. Pegawai Perempuan juga cantik dengan pakaian warna biru dan tudung pink. Pengkibatan Jabatan Pertanian dalam acara ini setiap tahun amat membanggakan PERPETA dan Jabatan Pertanian sendiri sebagai satu sumbangan kita kepada negara.  




Disediakan oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya, Malaysia.
(14 Oktober 2015)

Monday, October 19, 2015

SAMBUTAN JABATAN PERTANIAN 110 TAHUN


SALAM PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapan "SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 110 KEPADA JABATAN PERTANIAN". Kemuncak sambutan ini diadakan di DEWAN A, MAEPS, Serdang, Selangor pada 16 Oktober 2015 (Jumaat) yang dirasikan oleh Y Bhg Dato Ariff iaitu Ketua Setiausaha Kementerian mewakili Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Pertanian, TKPP(P) dan VVIP yang lain. Majlis kemuncak ini diadakan setelah kebanyakan negeri-negeri telah mengadakan sambutan ke 110 jabatan  ini oleh Ketua Menteri dan Menteri Besar masing-masing sebelum ini. Majlis ini turut dihadiri oleh ramai VVIP dan Pegawai-pegawai pertanian dari seluruh negara serta oleh golongan sasar. Jabatan Pertanian adalah antara jabatan kerajaan yang paling lama ditubuhkan semenjak zaman penjajahan dahulu. Majlis Penyampaian Sijil Organik kepada penerima yang berjaya mendapatkan sijil-sijil MyOrganik ini juga dilaksanakan kepada para penerima. Aktiviti pelbagai jenis pemeran mengenai fungsi dan teknologi pertanian dipamerkan oleh 12 Bahagian serta pihak swata dan oleh Jabatan Pertanian Negeri terpilih. Sambutan ini dianggap satu kejayaan kepada Jabatan Pertanian yang telah ditubuhkan semenja 110 tahun dahulu dan masih relevan sehingga sekarang. Sama-sama kita berdoa agar pegawai pertanian yang bertugas dibawah payong DOA akan terus berjaya dimasa akan datang. Wasallam!!!

Disediakan oleh,
Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.
(16 Oktober 2015)

Friday, October 9, 2015

DARJAH KEPADA TKPP(P) DATUK JABAR

SALAM PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Datuk Hj Jabar Shaik Mohideen iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia yang menerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka pada 10 Oktober 2015. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahului 760 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2015, sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Beliau yang berasal dari Merlimau, Melaka pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pertanian Negeri Melaka dan telah lebih 35 tahun bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia. Aktif dalam Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian Malaysia (PERPETA) dalam pelbagai jawatan serta sebagai Naib Presiden PERPETA dan berjiwa kental serta sukses dalam kerjaya adalah antara pencapaian dimilikkinya. Beliau pernah belajar di UPM Serdang dan pernah melanjutkan pelajaran di Jepun terus membantu Ketua Pengarah Pertanian dalam membangunkan sektor pertanian di Malaysia. PERPETA berbangga dengan anugerah ini yang membawa gelaran 'Datuk' kepada beliau.
TAHNIAH, TAHNIAH...TAHNIAH!

Oleh,
Presiden dan AJK
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(10 Oktober 2015)




Tuesday, September 29, 2015

SEKTOR PERTANIAN PERLU TRANSFORMASI


Sektor Pertanian perlukan transformasi yang menjadikan negara akan mendapat bekalan makanan yang mencukupi, selamat dimakan dan berkualiti. Itu laporan sebuah akhbat tempatan mengenai sektor pertanin baru-baru ini. Terdapat banyak program Jabatan Pertanian berjaya melahirkan ramai usahawan muda. Jabatan Pertanian merupakan antara agensi utama dalam membangun dan mengembangkan industri pertanian di negara ini. Berkhidmat hampir 70 tahun lamanya menjadikan jabatan tersebut lebih matang dalam mengendalikan pelbagai perkhidmatan dan pengembangan teknologi kepada golongan sasar. Penubuhan jabatan yang dikhaskan untuk memaju dan mengembangkan sektor pertanian bukanlah sesuatu yang mudah. Di tambah pula perkembangan negara menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020 memperlihatkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh jabatan tersebut. Jelas ketua pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek dua peranan utama jabatan pertanian yang sentiasa menjadi fokus beliau adalah pengembangan dan latihan pertanian serta penguatkuasaan undang-undang. “Bagi proses pengembangan yang biasanya kita kenali sebagai pemindahan teknologi kepada pihak petani dan pengusaha. "Bagaimanapun cabaran utama dalam proses ini adalah untuk menyedarkan kepentingan teknologi baharu dalam kalangan petani tradisional. “Selain mereka lebih selesa dengan cara lama, kebanyakan petani tradisional tidak begitu fokus kepada teknoloogi kerana mereka bukanlah usahawan sepenuh masa,” katanya ketika ditemui di Putrajaya baru-baru ini. Tambah Ahmad Zakaria, sikap pasif petani tradisional terutamanya dalam sektor buah-buahan tempatan dalam penerimaan teknologi moden juga adalah kerana pertanian yang diusahakan bukan merupakan sumber utama pendapat mereka. “Mereka hanya melakukannya secara sambil-sambil sahaja dan ini amat berlainan bagi usahawan tani yang menumpukan sepenuh masa di bidang tersebut,” katanya.

Bagi usahawan tani, jabatan pertanian sentiasa menjadi tempat rujukan dalam mencari penyelesaian masalah serta mengembangkan usaha mereka menerusi maklumat dan teknologi terkini. “Ramai dalam kalangan mereka (usahawan tani) datang berjumpa dengan kita (jabatan) untuk menyelesaikan sebarang masalah. “Proses ini kita panggil sebagai proses perundingan, malah jabatan turut menyediakan pelbagai latihan dan kursus untuk mereka,” katanya. Bagi membantu ushawan dan petani yang memerlukan, jabatan turut menyediakan pelbagai pusat latihan disetiap stesen di negeri-negeri. “Pelbagai latihan disediakan bemula dari kursus seharian sehinggalah mencecah berbulan lamanya turut disediakan khas untuk memajukan sektor pertanian,” katanya. Antara contoh kursus yang disediakan adalah seperti pengendalian jentera berat yang disedaikan oleh pusat latihan kejuruteraan negeri selama tiga bulan. “Jabatan sediakan kemudahan latihan mengendalikan jentera sampai kita bagi lesen dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain itu, jabatan turut aktif dalam proses pengembangan kajian dan teknologi kepada petani dan usahawan tani di seluruh negara. Peranan kedua jabatan pula adalah menguatkuasakan akta-akta yang terlibat dengan sekotr pertanian. Antaranya, akta racun perosak, akta perlindungan dan kuarantin tumbuhan yang kini telah dijenamakan semula sebagai biosekuriti tumbuhan. Untuk tujuan tersebut, biosekuriti tumbuhan telah dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). “MAQIS merupakan badan yang lebih berupa sistem pertahanan negara terhadap perosak dan penyakit supaya agar tidak disebarkan serta memberi impak negatif kepada sektor pertanian negara. “Sebagai contoh, apabila terdapatkan produk-produk segar yang diimport seperti kacang soya, buah-buahan, sayur- sayuran, kelapa dibawa masuk produk tersebut kan membawa masuk bersama penyakit serta serangga perosak. “Untuk tujuan melindungi tanamam di negara ini, langkah awal dengan menguarantinkan produk tersebut amat perlu sehingga disahkan selamat,” katanya.

Ujar Ahmad Zakaria lagi, proses kuarantin tersebut adalah sebagai pengawal kepada perosak dan musuh yang mampu memberi impak negatif kepada sektor pertanian negara. Akta biosekuriti baharu itu akan diserahkan kepada MAQIS dan lebih tertumpu kepada keselamatan domestik. Dalam pada itu, jabatan turut menguatkuasakan Akta Kawalan Kualiti Tanaman yang lebih memfokus menjaga dan mengawal hak kepada pembaik baka. “Seperti mana yang kita ketahui kebanyakan produk makanan akan dipatenkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). “Paten bagi varieti tumbuh-tumbuhan pula akan dikawal selia oleh jabatan pertanian menerusi penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Tanaman, termasuk klon, hibrid dan pelbagai varieti yang baharu ditemui,” katanya. Selain berperanan menguatkuasakan undang-undang, jabatan turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti penyiasatan tanah, kesuburan tanah serta segala aktiviti yang berkaitan penyediaan kawasan ladang. Jabatan dalam masa yang sama turut berperanan mengawal industri pertanian negara menerusi dua komponen utama tersebut. Biarpun begitu, jabatan sentiasa berdepan dengan cabaran demi cabaran kerana petani yang ada kini ramai dalam kalangan mereka yang mengamalkan kaedah tradisional tergantung kepada jenis tanamanan seperti padi dan buah-buahan. 


Bagaimanapun ujar Ahmad Zakaria, bagi industri padi telah wujud gaya baharu iaitu pengusaha sepenuh masa sudah mula menunjukkan minat dan mengambil industri tersebut secara penuh. “Mereka ini mula berani melabur dengan menyewa tanah-tanah sawah secara luas bagi memulakan projek berskala besar. “Bahkan ada sesetengahnya mula menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti kemudahan membajak petak sawa, menuai hasil, meracun dan juga menanam anak benih padi,” katanya.

Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(Oktober 2015)

Saturday, September 26, 2015

PRESIDEN DAN MANTAN PRESIDEN

Salam PERPETA,

Presiden dan Mantan Presiden PERPETA telah bertemu di Maljlis Perkahwinan Anak beliau yang diadakan pada 26 September di Jalan Pisang Tanduk, Taman Harmoni, Kluang, Johor. Tuurut hadir ramai AJK PERPETA Pusat dan Negeri diantaranya Bendahari, Penolong Setiausaha, AJK Beberapa Biro dan perwakilan negeri. Mantan Timbalan Presiden iaitu Dato' Wan Darman juga hadir dalam maljis yang gemilang ini. Selain itu ramai dikalangan bekas ahli PERPETA yang telah bersara dan masih bertugas turut hadir dalam mejlis perkahwingan anak sulong Dato' Sabtu Slamat pada Hari Raya Aidil Adha ke 3 ini. Majlis ini amat baik dalam mengeratkan silaturahim diantara kita semua. Tahniah Dato Sabtu kerana mendapat menantu dan didoakan akan cepat menimang cucu.... Baru nanti dapat title 'Atuk' Sebenar.....

Oleh,
Presiden PERPETA
Jalan Pisang Tanduk
Kluang, Johor.
(26 Sept 2015)