MESYUARAT JAWATANKUASA PENOH PERPETA BIL 4/2014 TELAH DIADAKAN PADA 23 JULAI 2014 DI BILIK BUNGA RAYA, ARAS 16, JABATAN PERTANIAN PUTRAJAYA. MESYUARAT INI DIHADIRI OLEH SEMUA AJK PERPETA TERMASUK PERWAKILAN DARIPADA SEMUA NEGERI DAN PEGAWAI KADER. MESYUARAT DIPENGERUSIKAN PRESIDEN PERPETA YANG MENGHARAPKAN AJK BARU 2014-2016 INI AKAN DAPAT BEKERJA LEBIH KUAT DALAM MENINGKATKAN TAHAP PROFESIONALISMA PEGAWAI PERTANIAN SEBAGAI PENERAJU UTAMA DALAM JABATAN PERTANIAN. BELIAU MENERANGKAN BAHAWA PROSES PENDAFTARAN DENGAN ROS TELAH SELESAI SEPENOHNYA MENGIKUT PERATURAN. KOMUNIKASI ANTARA AJK DAN SEMUA PERWAKILAN AKAN DIKUKUHKAN DENGAN TEKNOLOGI WHATSAPP DAN SEBAGAINYA. PERANAN SEMUA KETUA BIRO DAN PERWAKILAN SERTA KOMITMENT SEMUA AHLI PERPETA AKAN MENGUKUHKAN KEKUATAN PERSATUAN.
PENGARAH PSM TURUT HADIR DALAM MESYUARAT INI DIATAS JEMPUTAN PRESIDEN BAGI MEMBERIKAN BEBERAPA CETUSAN IDEA KEPADA PERPETA. BAHAGIAN PSM AKAN BEKERJASAMA DENGAN PERPETA DALAM BEBERAPA PERKARA MENGENAI MENINGKATKAN KOPENTENSI DAN KEPAKARAN PEGAWAI PERTANIAN MELALUI PELBAGAI KAEDAH. MENURUTNYA DALAM MASA 4-5 TAHUN LAGI JABATAN PERTANIAN AKAN KEHILANGAN RAMAI PEGAWAI PEKAR SEPERTI DALAM BIDANG ENTOMOLOGI, SAINS TANAH, AGRONOMI, EKONOMI PERTANIAN, PENGEMBANGAN PERTANIAN, KEJENTERAAN PERTANIAN, PENGELUARAN BENIH, PAKAR PADI, PAKAR SAYURAN, PAKAR BUAH-BUAHAN DAN BANYAK LAGI. OLEH ITU PERPETA PERLU BERSAMA DENGAN PENGURUSAN JABATAN PERTANIAN UNTUK MENYEDIAKAN 'SUCCESSION PLAN' YANG KUKUH UNTUK KESINAMBUNGAN JABATAN PERTANIAN. ADALAH PERLU DIUJUDKAN SATU LALUAN KHAS ATAU 'FAST TRACK' BAGI MENENTUKAN KEPIMPINAN YANG KUKUH DI JABATAN PERTANIAN DIMANA PERANAN PERPETA DIALU-ALUKAN UNTUK TUJUAN INI.
MESYUARAT SETERUSNYA MEMBINCANGKAN KEDUDUKAN KEWANGAN DAN KEAHLIAN PERPETA. MESYUARAT MEMUTUSKAN AGAR SEMUA PEGAWI PERTANIAN DIMESTIKAN MENJADI AHLI PERPETA. SEMUA AJK DAN PERWAKILAN NEGERI AKAN MEMBUAT SEMAKAN STATUS MEREKA YANG TIDAK MENJADI AHLI. KETUA-KETUA BIRO MEMBENTANGKAN CADANGAN AKTIVITI YANG HENDAK DIJALANKAN DAN STATUS AKTIVITI SEMASA. LAPORAN KEWANGAN DIBENTANGKAN OLEH BENDAHARI KEHORMAT DAN DITERIMA OLEH MESYUARAT. SESSI FOTOGRAFI SEMUA AJK DAN PERWAKILAN DIADAKAN SEMASA MESYUARAT. SEMUGA PERPETA AKAN TERUS MAJU DEMI KEHEBATAN SKIM PEGAWAI PERTANIAN.
OLEH,
PERPETA
JABATAN PERTANIAN
PUTRAJAYA
MALAYSIA
(23 JULAI 2014)
No comments:
Post a Comment