Tuesday, July 15, 2014

JUALAN DURIAN DI WISMATANI

SALAM PERPETA,

AJK Biro Ekonomi PERPETA telah mengaturkan jualan Buah Durian (Durio zibethinus) pada 11 Julai 2014 dan 14 Julai 2014 di perkarangan Wisma Tani, Putrajaya sebagai satu aktiviti ekonomi. Sebanyak lebih dari 4.5 metrik tan durian pelbagai varieti termasuk durian kampong dijual dengan purata harga RM3.00 sekilogram. Beberapa AJK PERPETA memberikan masa membantu mempromosi buah durian tersebut yang datang daripada sekitar Pahang. Walau pun jualan ini dilakukan dalam bulan Ramadan, sambutan oleh warga Wisma Tani tidak mengecewakan dengan harga murah yang ditawarkan. Aktiviti ini dapat membantu petani yang menghadapi masaalah harga durian yang rendah di kampong akibat buah yang banyak dan bulan puasa ini. Aktiviti ini dapat mengangkat PERPETA dalam mempelbagaikan aktiviti 2014.
Wasallam!.
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(14 Julai 2014) 

No comments:

Post a Comment