Satu Workshop Penubuhan Akta Agrologis telah diadakan pada hari ini 10 Januari 2013 di Dewan Auuditorium, ILPP, Serdang, Selangor. Seramai hampir 120 peserta hadir dalam workshop ini yang di rasmikan oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia. Dalam ucapan perasmian tersebut, KPP menyatakan pentingnya sektor pertanian di negara kita bagi menjamin bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan. Peranan mereka dalam sektor pertanian amat signifikan didalam ekonomi negara dan perlu di iktiraf tahap profesionalisma melalui perundangan seperti Akta Agrologis. Dua pembentang kertas adalah Sr John Loh (Profesional Surveyor) iaitu Presiden Balai Iktisas Malaysia (BIM) dan Prof. Khanif Mohd Yusof (Presiden AIM) mengenai cadangan penubuhan Akta Agrologis. Ramai AJK dan Ahli-ahli PERPETA yang hadir dan sangat aktif didalam perbincangan peringkat workshop.
Mereka yang hadir merangkumi pegawai-pegawai kerajaan, NGO, Kementerian, Pegawai Undang-undang, Pihak Swasta, Penyelidik, Persatuan dan banyak lagi memberikan idea yang bernas atas cadangan penubuhan profesional dalam bidang pertanian. AIM satu-satunya ahli gabungan dalam BIM yang menjadi pengasas BIM tetapi sehingga kini belum ada akta yang mendokong profesional pertanian. PERPETA cadangan ini akan menjadi satu realiti pada masa akan datang bagi meningkatkan martabat profesional pertanian pada masa akan datang. Kelak bila ada gelaran Agrologis atau 'Agr', kita tidak lagi malu atau rasa inferior bila berbincang atau duduk sebaris dengan 'Ir', 'Ar', 'Dr' dan sebagainya. Proses ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama sehingga akta diluluskan diparlimen dan ianya menjadi kenyataan. Bersama-sama kita doakan akan keujudan 'Agrologis'.
InsyaAllah!
By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(10 Januari 2013)

No comments:
Post a Comment