Tuesday, January 8, 2013

AMANAT MENTERI PERTANIAN 2013

Satu Majlis Penyampaian Amanat YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada warga kerja MOA telah diadakan di MAEPS, Serdang , Selangor pada 8 Januari 2013. Lebih dari 2,000 orang wargakerja MOA telah hadir dalam majlis tersebut melibatkan pelbagai Jabatan dan Agensi dibawah MOA dari seluruh negara. Majlis di mulakan dengan acara bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Lagu 1 Malaysia dan bacaan ikrar perkhidmatan awam. Seterusnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberikan amanat selama hampir dua jam. Ramai ahli-ahli PERPETA yang hadir didalam majlis ini untuk mendengar amanat tersebut.

Kehadiran Amanat Menteri memang ramai.

Diantara amanat yang disampaikan adalah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Kementerian , Jabatan dan Agensi sepanjang tahun 2012. Kejayaan MAHA International 2012 merupakan satu kejayaan dimana menarik seramai 3.5 juta pengunjung. Pameran ini mempamerkan pelbagai inovasi dan kreativiti dalam teknologi pertanian. Peranan kementerian dan Jabatan didalam melaksanakan Program NKEA Pertanian juga disebut termasuk perlaksanaan 17 EPP dan EPP7 yang mana dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Projek TKPM , Rumpai Laut, Burung Walit dan Herba diantara projek-projek yang akan diberi perhatian serius oleh kerajaan dimana ini yang akan memberikan impak signifikan kepada ekonomi negara. Amanat tahun baru juga meminta agar semua wargakerja MOA menjalankan kerja sebagai satu pasukan dikalangan Jabatan dan Agensi. Wasallam.     

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(8 Januari 2013)

No comments:

Post a Comment