Sunday, September 30, 2012

MUSIM HAJI 1433H

Asalamualaikum wbt.

PERPETA mengucapkan selamat menunaikan Fardu Haji kepada semua ahli PERPETA yang terpilih untuk pergi menunaikan ibadat haji tahun ini. Ibadat Haji merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam kepada mereka yang mempunyai kemampuan dan telah berdaftar dengan Tabung Haji. Diantara mereka yang Biro Modal Insan dapat tahu adalah Pengarah Hortikultur (Hajah Normah Othman) dan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Kedah (Encik Nasir Hassan) dan beberapa ahli lain yang saya tidak dapat maklumat. Semuga mereka akan mendapat kemudahan semasa menunaikan ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah!

Kepada ahli-ahli PERPETA yang telah mempunyai kemampuan dan simpanan wang mencukupi adalah di galakkan untuk mendaftar dengan Tabung Haji bagi menunaikan haji. Hanya perlu ada simpanan RM 1,500 sahaja didalam simpanan tabung haji atau bayar tunai semasa mengisi Borang Permohonan Daftar pergi haji. Bulan lepas saya dapati yang mendaftar hanya akan mendapat kelayakan pada tahun 2047... lama tu. Oleh itu mendaftarlah segera agar kita dapat menunaikan haji pada umur yang masih muda.

By,
Ketua Biro
Modal Pembangunan Insan
PERPETA
Putrajaya.
(10 Zulkaedah 433H)

Wednesday, September 12, 2012

GERAI RAYA PERPETA

PERPETA telah menyertai Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pertanian Malaysia yang di adakan di Dewan Siantan, Putrajaya pada 3 September 2012 bersamaan dengan 16 Syawal 1433 Hijrah. Majlis yang dihadiri oleh ramai ahli-ahli PERPETA dan warga Jabatan Pertanian ini (termasuk bekas-bekas Ahli PERPETA yang telah bersara) amat meriah sekali dalam suasana Hari Raya berkonsepkan 'Alaf Baru'. PERPETA telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan hiasan dan persembahan gerai walau pun menggunakan kos persiapan yang agak rendah. Tahniah diucapkan.  Presiden PERPETA dan AJK telah membuat perbincangan khas untu gerai PERPETA pada 27 Ogos 2012 bagi melaksanakan aktiviti ini dengan penglibatan AJK PERPETA sendiri yang bertugas dan melayan tetamu. 



Apa yang paling menarik mengenai Gerai PERPETA adalah komitment AJK yang bertungkus lumus melayan para tetamu yang hadir terdiri dari kalangan Ahli PERPETA, Pesara Jabatan, VVIP, VIP dan semua kategori pegawai. Hidangan Tapai Pulut dan Ice-Cream merupakan juadah yang disajikan oleh PERPETA tahun 2012. Paling menarik apabila gerai PERPETA sentiasa menerima barisan tetamu yang saya perhatikan 'Sentiasa Paling Panjang' dihadapan kaunter 'icecream cone' yang sangat enak dan lazat. Mereka semua sanggup berbaris panjang sehingga 15 minit semata-mata untuk mendapatkan pencuci mulut tapai dan juga 'ice-cream cone'. Sesunggunhya keujudan Gerai PERPETA amat dirasai dikalangan pengunjung Sambutan Hari Raya Jabatan Peranian tahun ini apabila ramai pengunjung menyatakan Aiskrim PERPETA memang dinanti-nantikan untuk tahun hadapan.
SELAMAT HARI RAYA!


By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya 

Sunday, September 9, 2012

PERJUMPAAN DENGAN KPP

PERPETA telah membuat perjumpaan Khas dengan Ketua Pengarah Pertanian Malaysia pada 30 Ogos 2012 bersamaan dengan 12 Syawal 1433 Hijrah bertempat di Restoran Nasi Beriyani Gam, Taman Equine, Serdang, Selangor sempena Hari Raya Aidil Fitri. Seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa PERPETA telah bersama-sama hadir untuk perjumpaan kali pertama ini yang dibuat secara 'santai' mulai jam 5.00 petang sehingga lewat 7.15 malam. Presiden PERPETA mengetuai perjumpaan ini dan kami membincangkan beberapa perkara penting mengenai aktiviti PERPETA kepada Ketua Pengarah Pertanian dalam suasana yang harmoni dan penoh keceriaan. KPP menyokong penoh agar PERPETA meneruskan aktiviti  yang dirancang dan bersedia untuk membantu dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut. Komitment KPP amat ketara dalam memberikan sokongan padu kepada AJK PERPETA yang dilantik untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah.

Setiausaha PERPETA dan Ketua Biro Pembangunan Modal Insan PERPETA telah membentangkan beberapa perkara yang diutarakan oleh ahli-ahli PERPETA seperti perkara berkaitan perjawatan, proses kenaikan pengkat, pegawai pertanian kearah profesionalisma, aktiviti kelab sukan dan kebajikan ahli, Cadangan untuk KUP dan sebagainya secara harmoni dan saling bertukar-tukar pendapat. PERPETA juga menyokong penoh dan mengucapkan tahniah diatas perlantikan Ketua Pengarah Pertanian selaku peneraju Jabatan Pertanian dan juga menaung persatuan ini. Semuaga perjumpaan seperti ini akan sentiasa dapat dijalankan pada waktu-waktu yang lain secara santai dan dengan keadaan yang sungguh harmoni. Wasallam!

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPTA
Jabatan Pertanian

Putrajaya 

Sunday, September 2, 2012

HARI LAHIR SEPTEMBER

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA 52 ORANG AHLI-AHLI PERPETA PADA BULAN SEPTEMBER INI. MEREKA YANG TERLIBAT SEPERTI TERSENARAI DI BAWAH - BOLEH HANTAR SMA/EMAIL 'HAPPY BIRTHDAY' KEPADA MEREKA. ANTARA YANG AKAN MENYAMBUT HARI LAHIR PADA BULAN SEPTEMBER ADALAH PRESIDEN PERPETA SENDIRI DAN BEBERAPA PEGAWAI KANAN SERTA PEGAWAI PERTANIAN YANG BARU DILANTIK AWAL TAHUN INI BERTUGAS DENGAN JABATAN PERTANIAN. 

PERPETA MENGUCAPKAN SEMUGA AKAN DIPANJANGKAN UMUR, DIANUGERAHKAN KESIHATAN DAN AKAN TERUS BERUSAHA UNTUK MERMATABATKAN SEKTOR PERTANIAN NEGARA DAN MENAIKKAN IMEJ JABATAN. PERPETA JUGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR KE..?... IKUT UMUR MASING-MASING.


1
Dato' Sabtu b. Slamat   
Putrajaya
2
Pudzi b. Haron
Lundang
3
Kosong
Kuala Lumpur
4
Nik Mazlan bin Wan Abu Bakar ( M )
Kuala Lumpur
5
A.Rahman b. Abu Bakar
Kuala Terengganu
6
Ku Asma bt. Ku Sulaiman 
Ibu Pejabat
7
Mohd Nasir b. Kushairi
Kuala Selangor
8
Mohd. Fauzan b. Yunus
Kuala Lumpur
9
Noorazmi b. Yahya       
Ins. Pert. Titi Gantong
10
Ismail b. Hashim
Putrajaya
11
Abdul Nasir b. Hassan 
Putrajaya
12
Suhaimi b. Din          (M)
Padang Terap
13
Che An bt. Mohd. Joned
Kuala Lumpur
14
Alang Mat Daud bin Dawan 
Ayer Hitam
15
Zulkepli Amin b. Mat Jusoh
Besut
16
Mohd Samsi b. Sumairi     (M)
Putrajaya
17
Mohd Desa b. Yasin   ( M )
Kuantan
18
Aishah bt. Jafar   ( M )
Kuala Lumpur
19
Tedung ak Bugak 
Samarahan
20
Noranizam b. Mohd Sahil
Putrajaya
21
Ruslizam b. Mahani     (M)
Cameron Highlands
22
Shahril b. Sabri 
Serdang
23
Zakiyyah bt. Jasni   ( M )
Putrajaya
24
Nor Hasimah bt. Haron
Kuala Lumpur
25
Jeevanathan Nadison
Samarahan
26
Rokiah binti Daud
Putrajaya
27
Emilya binti Mazlan
Serdang
28
Mohamad Taufik bin Johari
Kota Kinabalu
29
Shahrul Nizam bin Ishak
Titi Gantong
30
Muhaida binti Mohammad
Kuala Lumpur
31
Fazlisyam b. Mat Isa
Putrajaya
32
Zuriana bt. Ahmad     (M)
Krian
33
Masni bt. Mohd Marzuki     (M)
Putrajaya
34
Amir Dzulfadli b. Samad
Kuantan
35
Mohd Sharifudin b. Mohd Yunos    (M)
Ipoh
36
Nur 'Aida bt. Mazlan
Pulau Gadong
37
Noor Farizan bt. Abdul Rashid   (M)
Kuala Lumpur
38
Baharuddin bin Basri
Kuala Lumpur
39
Noor Hayati binti Abdullah
Telok Chengai
40
Norhidayah binti Mohd Yusof
Serdang
41
Musliza Salwa binti Othman
Setiu
42
Rosyaliza binti Yahya
Ajil
43
Richerd Wong Sin Ten
Johor Bahru
44
Nurashikin binti Abdul Razak (kwsp)
Telok Chengai
45
Mohd Azrul b. Alias
Serdang
46
Siti Norhairose Azlin binti Ahmad
47
Norhidayah binti Arshad
Sendayan
48
Nazirah binti Zaini
Titi Gantong
49
Nurafiza binti Mohamad Nasir
Putrajaya
50
Noor Hidayah binti Muhad Shah
Kuantan
51
Saidatul Izzani binti Abdul Hamed
Sungai Manik
52
Azeri bin Azami
Kuala Terengganu

BY,
KETUA BIRO
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
PERPETA
JABATAN PERTANIAN
PUTRAJAYA
(2 SEPTEMBER 2012)