Sunday, May 5, 2013

HARI LAHIR MEI


SALAM PERPETA,

Selamat menyambut Hari Lahir (Happy Birthday) kepada semua ahli-ahli PERPETA Jabatan Pertanian pada bulan Mei ini. Terdapat seramai 80 orang Pegawai Pertanian yang akan menyambut Hari Lahir kali ini yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan lokasi. Antaranya adalah Pengarah Hortikultur, PPN Pahang dan nama paling akhir adalah Faranaz  Azuan Yaakob (Hortikultur Putrajaya). Semuga mereka semua akan terus berjaya didalam karier sebagai seorang Pegawai Pertanian.


                   NAMA PEGAWAI                      TEMPAT BERTUGAS
1
Misrudin b. Hadis 
Shah Alam
2
Abbas b. Mohd Salleh
Kuala Lumpur
3
Norma bt. Othman  
Putrajaya
4
Mohamad Ramdzan b. Maulan
Putrajaya
5
Low Wei Han 
Kuantan
6
Robert William a/l Wilfred
Kuala Lumpur
7
Hashim b. Hassan
Putrajaya
8
Dato' Kamariah bt. Ismail
Kuantan
9
Wan Mohamad b. Wan Hassan
Kuala Lumpur
10
Siti Saudah bt. Hj. Hassim
Putrajaya
11
Nasir b. Meor Ahmad
Putrajaya
12
Karim @ Mohd Khari Yusof
IP Kuala Lipis
13
Almi b. Muda
Besut
14
Che Hashim b. Che Nik
Besut
15
Ismail b. Said
Kuala Terengganu
16
Mustapa b. Umar
Putrajaya
17
Hishamuddin b. Ahmad
Serdang
18
Mohd. Rossli b. Yusoff
Lundang
19
Daud bin Abu Hassan
Pulau Gadong
20
Zulkaply b. Mohamed  
Pusat Pert. Moden
21
Alek @ Abd. Malek b. Awg Konolon
Sabah
22
Zarina binti Ramli
Telok Chengai
23
Junita binti Mior Shahid
Putrajaya
24
Mohamad Zamani b. Safie
Ayer Hitam
25
Shahbani bin Ismail
Putrajaya
26
Khazana bt. Ibrahim 
Putrajaya
27
Mohd Desa b. Hj. Hasim 
Serdang
28
Nur Azarina bt. Abu Bakar
Kuala Lumpur
29
Nani Dzulkarnain b. Mohd Yunan
Chembong
30
Sharifah binti Ishak
Kubang Pasu
31
Airul Asmiza bt. Khaeruddin 
Putrajaya
32
Mohamad Hatta bin Haron
Telok Chengai
33
Mohamad Nizam b. Malik
Putrajaya
34
Juliana bt. Megat    
Putrajaya
35
Azean bt. Ahmad
Putrajaya
36
Mohd Sanusi bin Mohd Kasim
Kuala Lumpur
37
Haslihana bt. Yaacob
Kuala Lumpur
38
Mohd Rosmaini bin Mat Nawi
Besut
39
Nuraidah bt. Emran 
Kuala Lumpur
40
Chandra Kumar a/l Thangaveloo
Pemb. Taman
41
Hafizrahimi b. Othman
Serdang
42
Mohamad Zulhisham b. Jusoh
Kuala Lumpur
43
Jamnah bt. Abdul Rahman
Bukit Temiang
44
Mohamed Mazhar bin Md Anuar
Serdang (PEQ)
45
Hida'a binti Agil
Putrajaya
46
Mohd Muhaimin b. Ibrahim 
PLPP TChengai
47
Ahmad Fairuz bin Che Omar
Temerloh
48
Azeman bin Sameun
Kota Bharu
49
Mohammed Rizal bin Abd. Halid
Sungai Burong
50
Norfaine bt. Sameun
Kuantan
51
Norazlina bt. Ismail
Bentong
52
Wan Mohd Rusydan bin Wan Ibrahim
Shah Alam
53
Lalitha a/p Jaya George
Kuala Lumpur
54
Nurul Hayana binti Ahmad
Ayer Hitam
55
Yogersery a/p Rajunan
Shah Alam
56
Azmir Firdaus bin Zamzuri
Kuala Selangor
57
Mohd Fadzli bin Mohamad Yaacob
Shah Alam
58
Lem Ming Siang
Ayer Hitam
59
Nur Liyana binti Mohammed Napiah
Putrajaya
60
Hasreena binti Abd. Hamid
Bumbong Lima
61
Mohd Hasmady b. Ghazali 
Bumbong Lima
62
Khairul Muna bt. Kamaruddin
Putrajaya
63
Rahana binti Awang
Besut
64
Hazlina binti Razali
Melaka
65
Padmadevi a/p Chellapa
Pulau Gadong
66
Mohd Reduan bin Ahmad
Kulim
67
Nor Faiezah bt. Mohd Arifin
Ayer Hitam
68
Yeong Pei Fen
Kuala Lumpur
69
Hasnul Abdul Hakim bin Hasnulhadi
SPK Janglau
70
Norman bin Mahmun
Kuantan
71
Nur Hasnidar binti Mohd Kamal
Besut
72
Khairul Amri bin Ahmad Kamal Hasni
Putrajaya
73
Mohd Zailie bin Ramli
Putrajaya
74
Noorulwahida binti Mohd Ridwan
Ayer Hitam
75
Sharifah Nor Nabilah Syed Othman
Kuantan
76
Yusmawati binti Yusof
Kelantan
77
Afifah binti Abdullah
Putrajaya
78
Roziah binti Rosli
Putrajaya
79
Dayang Aszuanty biti Yusof
Putrajaya
80
Faranaz Azuan binti Yaakob
Putrajaya


Disediakan oleh:
Ketua Biro 
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(1 Mei 2013)

Friday, May 3, 2013

ANDA AGEN PENGEMBANGAN


Pastinya salah jika kita merasakan agen pengembangan hanyalah terdiri daripada Agen Pengembangan Kawasan (APK) iaitu Pembantu Pertanian yang memberi khidmat kepada golongan sasar di peringkat akar umbi. Sebenarnya kita semua adalah agen pengembangan dan APK adalah sebahagian daripada kita yang berada di barisan hadapan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada Jabatan Pertanian. Yang pasti, tugas kita sahaja yang berbeza disebabkan kedudukan dalam hiraki organisasi, namun matlamat tetap jelas di mana kita diberi amanah untuk menyampaikan teknologi yang bersesuaian kepada pelanggan. Ia adalah satu amanah yang dituntut untuk dilunas dengan cara yang terbaik. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kita berdosa seandainya gagal melunaskannya dengan sempurna. Justeru itu, tidak dapat tidak kita harus melakukan dengan cara yang terbaik.


Berdasarkan kedudukan dalam hiraki organisasi, mungkin anda terlibat dalam perancangan, pemantauan atau pun sebagai pelaksana. Yang pasti, APK ada peranannya dan begitu juga Penolong Pegawai Pertanian dan Pegawai Pertanian. Kita semua adalah agen pengembangan. Kita harus bergabung tenaga sebagai satu unit untuk menongkah arus. Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalam pengembangan, agen pengembangan harus bijak. Kita perlu menggunakan pelbagai kaedah komunikasi, samada komunikasi interpersonal, media masa termasuk ICT. Kita tidak seharusnya menyisihkan diri daripada golongan sasar dengan menyendiri di pejabat atau hanya mewakilkan sahaja kepada subordinat kita. Bak kata pepatah, ”gunung sama didaki, lautan sama direnangi”. Yang pasti kita perlu bersama dan terus berhubung, berinteraksi dan berkolobrasi. Kita juga perlu kerap turun padang untuk memerhati, mengukur, menilai dan merektifikasi ke atas apa jua yang terdapat di lapangan. Agen pengembangan harus memberi panduan atau menyokong golongan sasar dalam konteks memahami situasi dan membantu menyedarkan mereka terhadap sebarang perubahan yang berlaku serta mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan.


Terdapat beberapa situasi di mana khidmat kita diperlukan. Seringkali golongan sasar tidak memahami sepenuhnya teknik pengurusan dan kemahiran pengurusan ladang yang betul. Kehadiran agen pengembangan sewajarnya dapat memandu petani untuk mendapatkan kaedah baru atau pengetahuan terkini bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam situasi lain pula, golongan sasar sangat memahami masalah yang dihadapi, namun ia tidak dapat mengatasinya disebabkan faktor penghalang yang lain seperti kekurangan modal atau susah mendapatkan bekalan sumber atau perkhidmatan yang diperlukan. Di sini, perkhidmatan tetap diperlu untuk membantu mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih tindakan alternatif yang difikirkan paling sesuai. Dalam situasi lain, bagi golongan sasar yang lebih inovatif seringkali mereka melakukan pengubahsuaian teknologi atas inisiatif sendiri, namun kehadiran kita tetap diperlukan di mana kita boleh membantu dalam memberi analisis kuantitatif dan sokongan penilaian berdasarkan kepada pengetahuan saintifik terhadap inisiatif yang lakukan untuk memacu perubahan yang lebih berimpak tinggi.

Jangan tengok-tengok sahaja kerana Nabi SAW bersabda yang bermaksud: ”Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, Aku akan menimpakan balasan berat ke atas penzalim di dunia dan akhirat. Dan Aku juga akan membalas orang yang melihat sesaorang teraniaya dan ia dapat menolongnya tetapi ia tidak menolongnya” (Riwayat al-Tabrani). Renung-renungkan dan tanyalah diri kita, apakah kita telah melakukannya yang terbaik!!!!.

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(6 Mei 2013)

Thursday, May 2, 2013

CARA MUDAH MENYEDIAKAN PELAN TINDAKAN PENGEMBANGAN


Pelan tindakan program pengembangan haruslah yang terancang dan objektif. Berasaskan kepada alat pengurusan Plan Do Check Act (PDCA), Jadual 1 menerangkan tindakan-tindakan yang wajar dibuat dengan berkesan dan dilakukan secara satu kitaran yang berterusan melibatkan empat (4) langkah iaitu: 

Langkah 1. Pengamatan Persekitaran 


Langkah 2. Perancangan Plan 


Langkah 3. Pelaksanaan Plan 


Langkah 4. Penyemakan dan Penilaian Plan 



Pelan tindakan yang berkesan wajar berteraskan kepada keperluan golongan sasar dan perkhidmatan pengembangan yang berskima. Pendekatan ini akan memudahkan proses penyampaian perkhidmatan. Isu atau masalah yang dihadapi hendaklah ditangani melalui proses konsultasi dan kolobrasi yang berterusan.

Jika dilihat dalam kitaran matriks logik pula, elemen penting dalam penyediaan pelan perlu mengaitkan rumusan analisis persekitaran bagi menentukan objektif dan aktiviti bagi menghasilkan output dan outcome yang dikehendaki (Jadual 2).


By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(2 Mei 2013)

Wednesday, May 1, 2013

YURAN AHLI

Salam PERPETA,

Merujuk kepada Undang-undang PERPETA baru yang telah diluluskan pada 15 Januari 2013 oleh Pandaftar Pertubuhan Malaysia (Seksyen 11), bayaran pendaftaran dan yuran serta bayaran lain adalah seperti berikut:-

1. Bayaran pendaftaran masuk RM10.00 seorang

2. Yuran tahunan bagi Ahli Biasa adalah RM 60.00 seorang

3. Yuran Ahli Seumur Hidup RM600.00 seorang dan hendaklah dibayar sekali gus.

4. Yuran tahunan bagi Ahli Bersekutu RM50.00 seorang.

5. Ahli yang membiarkan hutang yurannya melebihi 2 tahun dengan sendirinya terhenti dengan sendirinya daripada menjadi ahli persatuan.

6. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran pendaftaran semula bagi seiapa yang membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang yuran. 


En Zulkifli - Pemenang Utama hadiah PERPETA
sempena Mesyuarat Agong Kali ke 13.


By,
Ketua Biro Pembanguan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian Putrajaya,
Malaysia
(1 RabiulAhkir 1434H)