Thursday, July 16, 2015

SELAMAT HARI RAYA 2015

SELAMAT HARI RAYA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada Muslimin dan Muslimat yang menyambutnya pada tahun 2015 ini. Disepanjang tahun ini banyak isu-isu mengenai perjawatan dibangkitkan oleh ahli-ahli terutama menganai proses pengisian jawatan kosong diperingkat tertinggi, pertengahan dan lain-lain gred. PERPETA telah berusaha membincangkan dengan pihak pengurusan dalam proses pengisian jawatan ini. KSU MOA telah juga membuat perjumpaan dengan pegawai kanan Jabatan Pertanian pada 14 Julai 2015 mengenai perkara ini. Tahun ini juga berlaku proses penyediaan cadangan penstrukturan semula Jabatan Pertanian yang melibatkan semua Bahagian dan Negeri-negeri. Sama-sama kita berdoa agar apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan dan PERPETA mendapat keizinannya jua. PERPETA akan ambil bahagian dalam Jamuan Raya Jabatan Pertanian yang akan diadakan di Cheras, Selangor. Sempena bulan baik ini kami pohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, kelemahan dan kekurangan. Semuga ianya akan mengeratkan lagi silaturahim kita. Wasalam.

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN!.

Disediakan oleh,,
Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian,
PUTRAJAYA
(1 Syawal 1436H)

No comments:

Post a Comment