SALAM PERPETA,
Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015' kepada semua ahli yang merayakan perayaan tersebut tahun ini. Tahun baru yang jatuh pada 20 Febuari ini adalah bersamaan dengan Tahun Kambing (Goats) yang membawa harapan baik kepada pergerakan persatuan perkhidmatan pegawai pertanian Jabatan Pertanian Malaysia. Seramai 622 orang ahli persatuan ini ramai juga yang menyambut perayaan ini dengan sanak saudara dan rakan taulan. Sempena cuti panjang ini dijangka ahli-ahli PERPETA yang lain juga akan balik kampong atau makan angin kedestinasi masing-masing. Laporan akhbar pada hari ke dua menyatakan jumlah kemalangan jalanraya sebanyak 11,326 (Akhbar Harian Metro) dan Negeri Johor merupakan paling tinggi kes kemalangan maut.
Tahun baru ini PERPETA berharap akan terus aktif dalam usaha memartabatkan Pegawai-pegawai Pertanian sebagai satu kumpulan profesional yang membantu ahli-ahlinya didalam berpersatuan dan mampu mewakili skim pegawai pertanian di jabatan. Semua AJK dan Ahli mempunyai peranan masing-masing dalam persatuan ini yang telah berumur lebih 20 tahun semenjak ditubuhkan.
'SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015"
Dari,
Prediden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
Febuari 2015
No comments:
Post a Comment