Thursday, December 25, 2014

BENCANA BANJIR 2014

SALAM PERPETA,


AJK PERPETA menasihatkan kepada ahli-ahlinya yang terjejas kerana bencana banjir bermula 22 Disember 2014 agar sentiasa bersedia dalam mengharungi bencana ini. Pastikan anda semua dalam keadaan siap sedia bila diarahkan berpindah kepusat pemidahan yang disediakan kerajaan. Banjir besar tahun ini merupakan fenomena biasa yang berlaku setiap 9-10 tahun sekali. Ahli Perpeta dan Jabatan Pertanian memang sangat responsif dan terlibat terus dengan bencana banjir dimana AO DAerah adalah salah satu AJK Banjir di peringjkat Negeri dan Daerah malahan anggota kita sering terlibat dalam operasi untuk menyelamat dan memberikan bantuan seperti pengangkutan dan kemudahan lain. PERPTA minta agar anggota Jabatan Pertanian memberikan khidmat dengan ikhlas dan sentiasa pentingkan keselamatan. Selapas banjir pula kita akan membuat penilaian kerosakkan tanaman yang memang jadi tugas hakiki setiap kali musim banjir berlaku. Gunakan kepakaran Jabatan Pertanian dengan sebaiknya dalam membuat nilai kerosakan untuk bantuan yang akan diuruskan oleh Majlis Keselamat Negara.


PERPETA akan cuba membuat kutipan derma berupa wang ringgit, makanan, pakaian dan sebagainya yang akan digerakan oleh Ketua Biro Kebajikan PERPETA dengan seberapa segera. Ahli-ahli dan AJK PERPETA boleh mengutip sumbangan apabila surat dikeluarkan kelak atau apa jua cara sekali pun. Semuga bencana banjir ini memberi iktibar kepada kita semua. Bagaimana pun dalam pertanian kita juga bersyukur kerana apabila banjir akan meyuburkan tanah atau merosakkan kesuburan tanag dilokasi tertentu. Kalau pada 2006 berlaku outbreak 'Moko disease' dan 'Papaya Dieback', agaknya apa pula kesan penyakit tanaman selapas banjir besar kali ini. Begitu juga adalah 'Rimput Miang Mexic0' akan mebiak dengan lebih banyak selepas banjir. Sama-sama ahli PERPETA fikirkan.



By,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.

No comments:

Post a Comment