Sunday, December 28, 2014

GERAKAN BANTUAN BANJIR 2014

SALAM PERPETA,

PERPETA dengan Jabatan Pertanian telah menggerakkan aktiviti bantuan mangsa bencana banjir 2014 diketuai oleh Ketua Biro Kebajikan (Pn Dee Noo) mulai 25 Disember 2014. Aktiviti mengumpul barang-barang bantuan terdiri daripada makanan, pakaian, aur minuman dan sebagainya telah mula dikumpulkan di semua negari terlibat dengan Pusat Kejenteraan Pertanian Serdang dijadikan sebagai Pusat Operasi disekitar Putrajaya dan Selangor serta Kuala Lumpur. Mereka boleh berhubung dengan AJK PERPETA atau Perwakilan Negeri atau terus ke Pusat Peengumpulan di Serdang mengikut kemampuan. Surat dan WhatApp serte Telegram PERPETA telah aktif mengenai bantuan ini dengan sasaran utama adalah memberikan bantuan kepada ahli-ahli PERPETA terlibat, semua kakitangan Jabatan Pertanian da juga orang awam terilibat. Sumbangan wang tunai juga perlu diberikan kepada AJK dan Perwakilan dilantik untuk diserahkan kepada Bendahari sebelum disalurkan kepada pihak berkaitan kelak. Penaung PERPETA yang juga Ketua Pengarah Pertanian membuat perbincangan bagaimana hendak melaksanakan misi bantuan banjir ini pada 29 Disember 2014 di Aras 17, Jabatan Pertanian Putrajaya. Bantuan pemulihan selepas banjir akan disusun atur sekepas iua surut bagaimana kita boleh membantu mangsa banjir terutama dikalangan ahli Perpeta dan warga Jabatan Pertanian. Bersama-sama kit amenyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir 2014. Melihat foto dibawah, takkan kita kitak mahu membantu. Terimakaseh.



By,
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(29 Disember 2014)

Thursday, December 25, 2014

BENCANA BANJIR 2014

SALAM PERPETA,


AJK PERPETA menasihatkan kepada ahli-ahlinya yang terjejas kerana bencana banjir bermula 22 Disember 2014 agar sentiasa bersedia dalam mengharungi bencana ini. Pastikan anda semua dalam keadaan siap sedia bila diarahkan berpindah kepusat pemidahan yang disediakan kerajaan. Banjir besar tahun ini merupakan fenomena biasa yang berlaku setiap 9-10 tahun sekali. Ahli Perpeta dan Jabatan Pertanian memang sangat responsif dan terlibat terus dengan bencana banjir dimana AO DAerah adalah salah satu AJK Banjir di peringjkat Negeri dan Daerah malahan anggota kita sering terlibat dalam operasi untuk menyelamat dan memberikan bantuan seperti pengangkutan dan kemudahan lain. PERPTA minta agar anggota Jabatan Pertanian memberikan khidmat dengan ikhlas dan sentiasa pentingkan keselamatan. Selapas banjir pula kita akan membuat penilaian kerosakkan tanaman yang memang jadi tugas hakiki setiap kali musim banjir berlaku. Gunakan kepakaran Jabatan Pertanian dengan sebaiknya dalam membuat nilai kerosakan untuk bantuan yang akan diuruskan oleh Majlis Keselamat Negara.


PERPETA akan cuba membuat kutipan derma berupa wang ringgit, makanan, pakaian dan sebagainya yang akan digerakan oleh Ketua Biro Kebajikan PERPETA dengan seberapa segera. Ahli-ahli dan AJK PERPETA boleh mengutip sumbangan apabila surat dikeluarkan kelak atau apa jua cara sekali pun. Semuga bencana banjir ini memberi iktibar kepada kita semua. Bagaimana pun dalam pertanian kita juga bersyukur kerana apabila banjir akan meyuburkan tanah atau merosakkan kesuburan tanag dilokasi tertentu. Kalau pada 2006 berlaku outbreak 'Moko disease' dan 'Papaya Dieback', agaknya apa pula kesan penyakit tanaman selapas banjir besar kali ini. Begitu juga adalah 'Rimput Miang Mexic0' akan mebiak dengan lebih banyak selepas banjir. Sama-sama ahli PERPETA fikirkan.



By,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.

Wednesday, December 24, 2014

SELAMAT HARI KRISMAS 2014

SALAM PERPETA,

Kami AJK PERPETA 2014-2016 Jabatan Pertanian mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS 2014" kepada ahli-ahli yang menyambut perayaan tersebut yang disambut pada 25 Disember 2014. Sempena perayaan ini diharap mereka akan bergembira bersama ahli keluarga dan rakan-rakan walau pun dalam keadaan hujan dan bencana banjir. Kepada ahli PERPETA dari Sabah dan Sarawak yang pulang kekampong diharap selamat pergi dan bertugas semula. Semuga ia akan mengeratkan lagi persahabatan dikalangan warga jabatan dan ahli PERPETA.
MERRY CHRISTMAS! 

Dari,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian
Wisma Tani
Putrajaya
(25 Disember 2014)

Wednesday, December 3, 2014

KEJAYAAN MAHA 2014

Salam PERPETA,

PERPETA menucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli PERPETA dan Kakitangan Jabatan Pertanian yang bertungkuslulus menjayakan MAHA 2014 yang baru selesai 30 November 2014 lepas. Komitment dan Profesionalism Pegawai Pertanian terserlah dengan pengiktirafan semua golongan pengunjung daripada Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri, Ketua-ketua Jabatan dan semua yang mengunjungi MAHA kali ini terutama di kawasan Jabatan Pertanian iaitu Taman Florikultur. Disini kita nampak kesungguhan semua pihak yang mennjayakan keunggulan Jabatan Pertanian dan perananan ahli PERPETA sendiri. Mari kita lihat rakaman sebagai bukti....












Oleh,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian
WismaTani, Putrajaya,
Malaysia.
(2 Disember 2014) 

Tuesday, December 2, 2014

MAHA 2014

SALAM PERPETA,

MAHA 2014 akan diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor pada 20-30 November 2014. Pada tahun ini konsep MAHA telah banyak diubah daripada konsep-konsep dahulu semenjak MAHA diujudkan dengan banyak menampilkan beberapa aspek baru. Ramai dikalangan warga Jabatan Pertanian dan ahli-ahli PERPETA yang bertungkus lumus membuat persediaan pada MAHA 2014 kali yang kebetulan musim hujan lebat setiap petang. Jabatan Pertanian dalam dua aktiviti utama pada MAHA kali ini iaitu dalam aktiviti Pertandingan Hasil-hasil Segar Produk Pertanian dan Laman Florikultur dibahagian atas bukit. Pavillion negeri juga melibatkan Jabatan Pertanian untuk penyediaan dan juga pengisiannya. eramai 3.5 juta pengunjung dijangka akan datang pada pameran MAHA kali ini yang memang baru dan banyak perubahan. Ayou semua ahli-ahli PERPETA sama-sama datang untuk mendapatkan info terkini mengenai sektor pembangunan pertanian!.  
Disertakan maps untuk ke MAHA di MAEPS.



Oleh,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(18 Nov 2014)