Wednesday, October 15, 2014

MAJLIS MENINGKAT HASIL PADI, PERAK


Salam PERPETA,

Majlis Pegawai Pertanianbersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk program meningkatkan hasil padi di Pasir Salak, Perak telah diadakan pada 10 Oktober 2014 (Lihat foto diatas). Timbalan Menteri berpuashati dengan cara dan kaedah bagaimana pegawai pengembangan di Jabatan Pertanian bekerja dalam industri penanaman padi melalui Sistem Pengembangan SPTP yang di ketuai oleh Pegawai Pertanian Daerah. Majlis yang dihadiri oleh Hajah Norma (wakil KPP), Encik Zabidi Dun (Pengarah Pertanian Perak), Pegawai-pegawai Pertanian Daerah, Agen-agen Pengembangan dan ramai petani serta pesawah amat meriah. Tahniah kepada warga Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Putrajaya yang berpadu untuk majlis ini.




Berita mengenai aktiviti yang baik ini telah dilaporkan dalam beberapa akhbar arus perdana (Sila lihat foto diatas) dan juga melalui akaun Facebook dan WhatApp. Semua ini adalah satu pengiktirafan kepada warga PERPETA dan warga DOA yang terus mempastikan industri pertanian negara akan terus kukuh dimasa akan datang dan Jabatan Pertanian akan terus relevan. Kita sama-sama tunggu program bersama menteri di Taiping, Perak untuk program pembangunan buah-buahan terpilih dalam masa terdekai ini. Selamat Maju Jaya!


Oleh,

Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya

No comments:

Post a Comment