Cadangan Mesyuarat Agong PERPETA Tahun 2014 yang akan diadakan pada 6-8 April 2014 akan ditunda pada awal Mei 2014. Mesyuarat ini dijangka akan diadakan sempena Wachana Pertanian Untuk Pegawai-pegawai Pertanian Jabatan Pertanian. Menurut sumber daripada Bahagian PSM Putrajaya, kemungkinan tempat mesyuarat agong tersebut akan diadakan di Kompleks Tabung Haji (TH Hotel) Alor Setar, Kedah. Mesyuarat kali ini akan membuat pemilihan Jawatankuasa Baru untuk dua tahun iaitu 2014/ 2016 dengan melibatkan ramai golongan muda untuk menjadi AJK tersebut. Semua ahli-ahli PERPETA yang ingin menjadi AJK boleh membuat kira-kira strategi bagaimana untuk dipilih (jika ada yang berminat) untuk memikul tanggungjawab demi kebajikan skim pegawai pertanian. Semuga semua ahli PERPETA memberikan sokongan padu didalam mesyuarat agong PERPETA akan datang. Sekian makluman awal dari Biro Pembangunan Modal Insan.
Oleh,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(17 Mac 2014)
Oleh,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(17 Mac 2014)
No comments:
Post a Comment