Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan perjumpaan bulanan pada 25 Febuari 2014 bertempat di Dewan Serbaguna MOA, Putrajaya. Perjumpaan ini telah dihadiri dan melibatkan semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian diperingkat Ibupejabat, Negeri-negeri dan termasuk juga juga semua Pegawai Pertanian Daerah. Majlis dimulakan dengan Doa, Nyanyian Negaraku dan ikrar penjawat awam. Menteri dalam amanatnya menyatakan kementerian pada masa ini mendapat perhatian penting oleh PM terutama mengenai isu kenaikan kos barang makanan yang perlu ditangani. Menteri nyatakan banyak perkara yang telah di umumkan ada yang lambat atau tidak sampai kepada pegawai peringkat pelaksana terutama di perngkat daerah. Perjumpaan kali ini memang menteri mahu berjumpa dengan kumpulan pegawai pelaksana agar dapat menyampaikan hasrat yang ada. Pelaksana perlu pro-aktif dalam menyambut apa juga yang diumumkan menteri dan elakkan daripada sebarang isu setempat dikeluarkan dalam media TV atau suratkhabar lebih cepat daripada tindakan diperingkat bawah. Tindakan pro-aktif dilakukan dengan konsep 'lautan biru' dikalangan pegawai jabatan dan agensi diperingat pelaksana untuk menyelesaikan sebarang isu dan masalah tempatan. Bila media datang setidak-tidaknya telah ada rancangan tindakan boleh dijawab. Menteri seterusnya meminta agar ia dapat dilaksanakan dan akan dipantau dalam 2 - 3 bulan akan datang. Akhirnya menteri minta agar pegawai-pegawai akan pro-aktif dan responsif dalam menjalankan tugas dan arahan. selamat berugas ahli PERPETA semua dengan seruan oleh menteri kita.
Oleh:
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia.
(26 Febuari 2014)
Oleh:
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia.
(26 Febuari 2014)
No comments:
Post a Comment