Thursday, June 6, 2013

PENSTRUKTURAN BARU JABATAN PERTANIAN

SALAM PERPETA,

Beberapa AJK PERPETA telah dilibatkan didalam perbincangan cadangan penyusunan semula Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Cadangan tersebut sempena arahan oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengemaskini dan mengukuhkan  organisasi sedia ada disemua Jabatan dan Agensi dibawah MOA termasuk Jabatan Pertanian yang mana perjawatan sedia ada telah diluluskan pada tahun 2005. Pada masa ini terdapat 11 bahagian di Jabatan Pertanian dan akan disesuaikan dengan beberapa perubahan pada bahagian-bahagian tertentu. Tujuannya adalah untuk memantapkan fungsi disemua Jabatan  serta agensi di bawah MOA selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimana Program dibawah Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Projek NKEA dan sebagainya akan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Antara asas yang akan diambilkira adalah dengan mengubahsuai struktur perjawatan sedia ada yang telah diluluskan pada 2005/2006 dan menyusun agar bahagian serta fungsi baru dapat di ujudkan dan diperluaskan skopnya, serta memenuhi hasrat dan harapan pelanggan yang terus meningkat terhadap permintaan daripada Jabatan Pertanian. Cadangan ini diharap mampu meningkatkan kerjaya semua Pegawai Pertanian didalam jabatan dimasa akan datang. Diharap cadangan baru penstrukturan ini akan mendapat pertimbangan dari pihak atasan untuk diluluskan. 
Wasallam.

By,
Ketua Biro
Perkhidmatan dan Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(7 Jun 2013)  

No comments:

Post a Comment