Tuesday, April 16, 2013

WACANA INTELEKTUAN TRANSFORMASI PERTANIAN 2013

Salam PERPETA,

Jabatan Pertanian telah mengadakan satu Seminar untuk pegawai pertanian yang bertemakan 'Wacana Intelektual Transformasi Pertanian 2013, di Bukit Gambang Resort City, Kuantan , Pahang daripada 8 - 10 April 2013. Seramai lebih 400 orang telah haddir dalam seminar tersebut yang telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang diwakilkan kepada TKSU (Pembangunan). Dalam ucapan perasmian, TKSU mengharapkan wacana ini akan mendedahkan kepada semua pegawai bagaimana pentingnya pegawai pengembangan dapat melaksanakan 'transfer of technology' kepada ramai petani dengan berkesan. Hasilnya tahap pengeluaran bahan makanan dalam negara mencukupi, selamat dimakan dan juga pendapatan petani pada tahap tinggi. KSU juga menyarankan agar Pegawai Pertanian terus memainkan peranan penting didalam memajukan sektor pertanian negara dan menjadi barisan yang terus relevan. 


Ketua Pengarah Pertanian dalam Ucaptama juga telah menekankan pentingnya Jabatan Pertanian bekerja dalam 4 cara atau pendekatan iaiatu ORGANIK, TEKNOLOGI, INOVASI dan KOMUNIKASI. Beliau telah menerangkan semua konsep dan berharap agar Jabatan Pertanian yang telah berumur 108 tahun.  Ketua Pengarah juga menyentuh dalam ucapannya menyeru agar Pegawai Pertanian akan terus relevan dalam pembangunan pertanian negara khususnya dalam menentukan bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan. Beberapa kertas pembentangan dari pelbagai aspek dibentangkan dalam wachana ini termasuk kertas yang berkaitan dengan transformasi pegawai pertanian pada masa akan datang.

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
Bukit Gambang Resort City
Kuantan, Pahang,
Malaysia
(8-10 April 2013)   

No comments:

Post a Comment