SALAM PERPETA,
Kursus Kempimpinan Pengurusan Organisasi Jabatan Pertanian Malaysia telah diadakan daripada 20 -22 November 2015 di Hotel New York, Johor Bahru, Johor. Kursus ini yang dikelolakan oleh Bahagian PSM dengann memilih semua AJK Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian (PERPETA) dan Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian (KPPPJP) yang melibatkan seramai 38 orang peserta. Turut hadir adalah Presiden PERPETA, Timbalan Presiden, SU Kehormat, Penolong SU, Ketua-ketua Biro PERPETA dan Perwakilan daripada semua negeri-negeri. Penceramah didatangkan khas daripada Bahagian Kaunseing Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Kaunselor Berlesen 0042 Encik Sadli yang amat berpengalaman. Beliau memberikan pendedahan kepada peserta mengenai Ciri-ciri Pemimpin, Personaliti, Cara Komunikasi, Watak Pemimpin, LDK dan banyak lagi. Kursus ini memberi banyak faedah kepada semua peserta kurus dengan cara latihan yang signifikan.

Setiap peserta diberikan informasi berguna mengenai bagaimana untuk mengendalikan pengurusan dan cara kepimpinan dalam berorganisasi (NGO) seperti PERPETA dan KPPPJP yang merupakan dua tunggak utama NGO dibawah Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Pertanian. Pendedahan kursus ini kepada semua AJK yang memegang jawatan ini amat relevan dan signifikan. PERPETA ucapkan ribuan terimakaseh kepada KPP, TKPP(P) dan Pengarah PSM yang telah mengaturkan kursus yang amat baik ini bertujuan untuk mengukuhkan peranan masing-masing dalam berorganisasi. Semuga kursus seperti ini akan diadakan dimasa akan datang. Wasallam!.
Oleh,
Presiden
PERPETA Jabatan Pertanian,
Hotel New York, Johor Bahru,
Johor.
(22 Nov 2015)
SALAM PERPETA,
Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Encik Zabidi Dun yang telah dliantik menjadi Pengarah Bahagian Pengurusan Tanah, Jabatan Pertanian Putrajaya mulai 2 November 2015. Beliau kini menyandang jawatan Gred Jusa C merupkan kelulusan Universiti Pertanian tahun pada 1981. Pernah bertugas dibanyak bahagian dan lama menjadi Pengarah Pertanian Negeri Sembilan amat luas pengalaman dalam bidang pertanian. Jawatan terakhir sebelum lantikan ini adalah sebagai Pengarah Pertanian Negeri Perak (Gred G54). Anak kelahiran Perak ini dilahirkan pada 21 Jun 1957 akan menerajui bahagian ini agar terus cemerlang dimasa akan datang. Tahniah!.
By,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(3 November 2015)
Salam PERPETA,
Presiden dan AJK serta Ahli PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Encik Zanil Abidin Yusof yang telah dilantik menjadi Pengarah Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian Malaysia mulai 2 November 2015. Beliau yang kini dilantik kepada jawatan Gred Jusa C pernah bertugas di Bahagian Pembangunan Komoditi, Pengarah Pertanian Perlis, Pengarah Perancangan Jabatan Pertanian dan Cuti Tanpa Gaji amat berpengalaman dalam bidang Hortikultur. Anak kelahiran Johor ini dilahirkan pada 31 Julai 1956 ini mempunyai kelulusan Diploma Pertanian (1978) dan B. Sc. Resource Economic UPM (1980). Diharap bahagian hortikultur akan lebih ceria dan terus maju dibawah kepimpinan beliau. Tahniah!...
By,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia.
(3 November 2015)
Salam PERPETA,
Presiden dan AJK serta perwakilan PERPETA mengucapkan "TAHNIAH" kepada YBrs Dato' Kamariah bt Ismail diatas perlantikan beliau sebagai Pengarah Bahagian Pengembangan dan Industri Asas Tani dengan Gred Jawatan Jusa C mulai 2 November 2015. Perlantikkan ini akan membolehkan bahagian tersebut mempunyai seorang pengarah baru yang berpengalaman dimana beliau pernah bertugas di Melaka dan Pahang. Jawatan terakhir sebelum menyandang Pengarah Bahagian adalah Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Anak Pahang ini yang dilahirkan pada 8 Mei 1957 merupakan lulusan UPM Serdang pada tahun 1980. Semuga perlantikkan ini akan meningkatkan lagi prestasi kejayaan Bahagian PPIAT ini seterusnya Jabatan Pertanian Malaysia.
Selamat Maju Jaya!
Oleh,
Presiden dan AJK,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya
(3 Nov 2015)
SALAM PERPETA,
Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian Putrajaya telah diisikan oleh Encik Halimi Mahmud mulai 2 November 2015. Jawatan ini telah dikosongkan oleh Tn Hj Jabar ketika itu pada Febuari 2015. Encik Halimi adalah anak kelahiran Pahang yang dilahirkan pada 6 Januari 1957 yang lama berkhidmat dalam Bahagian Kawalan Racun Kuala Lumpur. Pernah bertugas sebagai Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Pengarah bahagian Kawalan Racun Perosak sebelum ini dengan Gred G54. Diharap bahagian PTIF akan lebih cemerlang dengan kehadiran pengarah bahagian yang baru ini. Tahniah!.
Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(3 November 2015)
SALAM PERPETA,
Kekosongan beberapa empat (4) Pengarah Bahagian dan dua (2) Pengarah Pertanian Negeri Jabatan Pertanian telah dan akan berlaku pada Bulan November dan Disember 2015. Antara kekosongan tersebut adalah :
1) Pengarah Pertanian Negeri Pahang
(Gred G54) - Mulai 2 November 2015
2) Pengarah Pertanian Negeri Perak
(Gred G54) - Mulai 2 November 2015
3) Pengarah Bahagian Perancangan dan ICT
(Gred G54) - Mulai 2 November 2015
4) Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak
(Gred G54) - Mulai 2 November 2015
5) Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
(Gred G54) - Mulai 7 Disember 2015
6) Pengarah Bahagian Pertanian Bandar
(Gred G54) - Mulai 21 Disember 2015
Beberapa pegawai kanan dijangka akan mengisikan jawatan tersebut secepat mungkin. PERPETA berharap kekosongan ini dapat diisikan dengan ahli-ahli PERPETA yang berwibawa dan mampu memajukan lagi legasi Jabatan Petanian. PERPETA menyokong penoh diatas perlantikkan bakal-bakal pengarah yang menerajui organisasi masing-masing.
Wasallam!.
By,
Presiden dan AJK,
PERPETA Jabatan Pertanian,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(4 November 2015)
SALAM PERPETA,
Presiden, AJK serta semua Ahli PERPETA dan warga Jabatan Pertanian mengucapkan TAHNIAH kepada empat (4) orang Ahli PERPETA yang dinaikan pangkat kepada Gred Jusa C bermula 2 November 2015. Mereka yang dilantik oleh JPA untuk menjawat Pengarah Bahagian adalah:
(1) Dato' Kamarian bt Ismail
Pengarah Bhg Pengembangan dan Industri Asas Tani
(2) En Halimi Mahmod
Pengarah Bhg Padi, Tanaman Industri dan Florikultur
(3) En Zanil Abidin bin Yusof
Pengarah Bhg Hortikultur
(4) En Zabidi Dun
Pengarah Bhg Pengurusan Tanah
Perlantikan ini akan membolehkan Jabatan Pertanian mempunyai pengarah bahagian yang mampu membantu Ketua Pengarah Pertanian dan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian untuk meneruskan kecemerlangan legasi Jabatan Pertanian. Tahniah, Tahniah, TAHNIAH!.
Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
MALAYSIA
(2 November 2015)