Sunday, July 13, 2014

KUTIPAN DERMA GAZA

Salam PERPETA,

PERPETA telah melancarkan  kutipan sumbangan derma untuk Tabung Gaza Palestine dengan surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kehormat kepada Ex-Officio di Bahagian-bahagian dan Negeri-negeri pada 30 Jun 2014. Sehingga Majlis IFTAR Ramadan pada  petang 4 Julai 2014, sebanyak RM 1,450 telah dikumpulkan dan diserahkan kepada perwakilan Palestine iaitu Hj Azmi oleh Penasihat PERPATA iaitu Dato' Ahmad Zakaria Sideh diiringi oleh presiden PERPETA. Jumlah ini hanya daripada 6 bahagian sahaja yang sempat menyerahkan kepada Bendahari dan Penolong Bendahari PERPETA. Kutipan yang seterusnya akan di hantar terus kepada akaun Tabung Gaza apabila kutipan selesai kelak. PERPETA mengucapkan terimakasih kepada semua AJK, Ex-Officio apalagi kepada penderma yang budiman dengan usaha yang dilakukan ini. Selamat menderma untuk Tabung Kemanusiaan Gaza!

PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.

Friday, July 11, 2014

PUASA RAMADAN 1435 HIJRAH

Asalamualaikum WBT,

Presiden dan AJK PERPETA Sessi 2014-2016 mengucapkan 'Selamat Berpuasa Ramadan' kepada semua ali-ahli muslimin dan muslimat tahun ini dan semuga beroleh keberkatan sepanjang berpuasa. Sama-sama lah kita menjalankan ibadat berpuasa ini dengan penoh keinsafan, keimanan dan menjalankan aktiviti yang mengukuhkan keimanan kita. Semuga amalan kita akan diterima oleh Allah jua. Wasallam.

Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
putrajaya,

Malaysia.
(1 Ramadan 1435 Hijrah) 

Thursday, July 10, 2014

PENGARAH-PENGARAH BARU 2014

Salam PERPETA,

PERPETA mengucapkan tahniah kepada 5 orang Ahli PERPETA yang telah di lantik menjadi Pengarah Bahagian dan Pengarah Pertanian Negeri. Mereka yang dilantik menjadi Pengarah Pertanian Negeri adalah Encik Idrus bin Hamid (Pengarah Pertanian Negeri Selangor - Gred G54), Tn Hj Mohd Nasir bin Warris (Pengarah Pertanian Negeri Terengganu - Gred G54) dan En Zabidi bin Dun (Pengarah Pertanian Negeri Perak - Gred G54). Perlantikan PPN baru ini akan menentukan peranan Jabatan Pertanian di negeri-negeri tersebut akan lebih berkesan dan cemerlang dengan program-program pembangunan pertanian semasa dinegeri tersebut. Pengalaman dan kredibiliti mereka akan memberikan impak baik kepada PERPETA jua akhirnya. 


PERPETA juga mengucapkan tahniah kepada Puan Faridah Aini Mohamad (Gred Jusa C) yang telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Kuala Lumpur dan juga Encik Jamal Harizan Yang Razali yang telah dilantik menjadi Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (Gred G54), Putrajaya. Semuga perlantikkan ini akan menjadikan Jabatan Pertanian lebih cemerlang dan berjaya. Wasallam!. 

PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(1 Julai 2014)

Wednesday, July 9, 2014

Majlis IFTAR Ramadan 2014

Salam PERPETA,

Satu majlis Iftar Ramadan Jabatan Pertanian telah diadakan pada 6 Ramadan 1435 Hijrah bersamaan 4 Julai 2014 di Dewan Besar, Institut Pertanian Serdang, Selangor. Seramai hampir 500 peserta hadir dalam majlis ini terdiri daripada ahli-ahli PERPETA, Pengarah-pengarah Bahagian, Pelajar-pelajar IPS, NGO Palestine, Para penduduk di kuarters Kompleks Pertanian Serdang dan para jemputan khas. Majlis dimulakan jam 6.00 petang dimulakan dengan ceramah mengenai Intifada Palestine dan kutipan derma Tabung Palestine. Pameran mengenai Palestine juga di buat diluar bangunan dewan. Majlis sembahyang maghrib dan Isya serta terawikh diimamkan oleh wakil dari Palestine.

Majlis ini juga menyaksikan penglibatan PERPETA dalam memberikan sumbangan kepada pihak berkaitan. Yg Bhg Dato' Ahmad Zakaria Sidek selaku Ketua Pengarah Pertanian baru telah menyampaikan sumbangan PERPETA duit tunai sebanyak RM1,450 kepada Hj Azmi selaku wakil tabung Palestine diiringi oleh Presiden PERPETA iaitu Tn Hj Mohd Anim Hosnan. Sumbangan seterusnya yang belum lagi diterima daripada bahagian dan negeri akan dimasukan terus kedalam Akaun Tabung Palestine kelak. Seterusnya adalah sumbangan daripada PERPETA sebanyak RM1,000 tunai kepada wakil Jawatankuasa Masjid Baru Kompleks Pertanian Serdang yang hampir siap pembinaannya. Turut membuat sumbangan kepada tabung masjid adalah wakil Koperasi Jabatan Pertanian iaitu Encik Idris. Majlis yang dianjurkan bersama oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan PERPETA ini seterusnya adalah berbuka puasa bersama semua pihak di perkarangan dewan besar sehingga waktu sembahyang Isyak dan Terawikh. Sekian. Wasallam!.

PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(4 Julai 2014)

Tuesday, July 8, 2014

AJK PERPETA 2014-2016

Salam PERPETA,

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERPETA Bil 3/2014 telah diadakan pada 27 Mei 2014 di Bilik Melati, Aras 13, Bagagian PSM, Jabatan Pertanian Putrajaya. Mesyuarat ini merupakan kali pertama jawatankuasa baru PERPETA bersidang selepas lantikan AJK Baru bagi Sessi 2014-2016 dalam mesyuarat Agong Tahunan yang diadakan di The Summit, Subang Jaya, Selangor pada 19 Mei 2014. Presiden PERPETA mengucapkan tahniah kepada semua perwakilan yang dilantik dan juga merakamkan jutaan terimakasih kepada AJK yang lama. Kebanyakan AJK baru adalah muka-muka baru dan yang muda meliputi semua bahagian dan lokasi. Pengerusi seterusnya menerangkan Udang-undang dan Peraturan Persatuan untuk difahami oleh AJK PERPETA yang baru. Penyerahan tugas antara AJK lama dengan AJK baru dilakukan dengan di hadiri oleh bekas SU Kehormat lama iaitu Encik Hashim Hassan kepada En Johari Abdullah semasa mesyuarat berlangsung. Beberapa perkara penting dibincangkan bagi mesyuarat kali ini dan membuat perlantikan AJK seperti dibawah:

Presiden                       - Hj Mohd Anim b. Hosnan
Timbalan Presiden     - Dr Mohd Desa b. Hashim
SU Kehormat               - Johari bin Abdullah
Timb SU 1                    - Noor Hashida bt Said (Lantikan Presiden)
Bendahari                    - Khazana bt Ibrahim
Timb Bendahari         - Adibah Abdul Raof (Lantikan Presiden)

Perlantikan Ketua Biro-biro:
Biro Modal Insan           - Abdul bin Daud
Biro Ekonomi                 - Nazeri bin Abu Seman (Ketua) dan
                                             Mohd Adli salihin Samduddin
Biro Sukan                       - Azizi bin Hashim
Biro Kebajikan                 - Dee Noo Aiza Hayati bt Md Noh
Biro Publisiti /publisiti  - Muhd Rizal b Baharom
                                             Mohd Hafiz b Ramly (Meletak Jawatan pada 6/6/14)
Juruaudit Dalam 1         - Hj Mohammad Zin Supaat
Juruaudit Dalam 2         - Ahmad Fairuz b Che Omar



Perlantikan Ex-Officio Bahagian dan Negeri
1. BPICT                        - Ismail Mohamad
2. BPSM                        - Dee Noo Aiza Hayati bt Md Noh
3. BPTIF                        - Tn Hj Mohamad Zin b Supaat
4. B Hortikultur            - Khazana Ibrahim
5. B Sains Tanah        - Asnita bt Abu Harirah
6. BPPIAT                     - Hashim b Hassan
7. BKKT                        - Sudarti bt Asri
8. B Kejenteraan        - Noor Hashida bt Said
9. Biosekurti KL         - Mokhtaruddin Husain
10. BKRP KL               - Mohd Nazrul Fahmi b A RAhim
11. B Pert. Bandar     - Bevelien C. Daiman
12. Pegawai Kader   - Johari b Jemain (INTAN)
13. Ex- Officio Negeri akan dilantik oleh PPN masing-masing melalui surat.




PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(28 Jun 2014)

Monday, July 7, 2014

KSU MOA

Salam PERPETA,

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Mohd Hashim Abdullah telah bersara pada 7 Julai 2014 dan digantikan dengan Dato Mohd Ariff Abdul Rahman pada satu Majlis Serah Tugas di Aras 7, di Kementerian Pertanian Malaysia, Putrajaya. Majlis tersebut telah di hadiri sama oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang menyempurnakan majlis. Ramai ahli PERPETA hadir sama dalam majlis tersebut dan bersalaman semasa acara 'punch out' di perkarangan lobi kementerian. PERPETA mengucapkan selamat bersara kepada Dato Mohd Hashim dan mengucapkan tahniah kepada KSU yang baru Dato Mohd Arif semuga akan lebih cemerlang MOA pada masa akan datang. Selamat Maju Jaya!.


Dato Mohd Ariff - KSU baru MOA


Sekitar Majlis Punch-Out Terakhir & Serah Tugas YBhg Datuk Seri Mohd Hashim Bin Abdullah selaku KSU Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani sebentar td di Wisma Tani,Putrajaya..
Selamat Bersara YBhg Datuk Seri..Jasamu Sentiasa Dikenang.

Daripada,
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia. 

KPP BARU 2014

Salam PERPETA,

PERPETA mengucapkan tahniah kepada Datok Ahmad Zakaria Sidek diatas perlantikkan beliau sebagai Ketua Pengarah Pertanian baru Jabatan Pertanian Malaysia mulai 9 Jun 2014. Perlantikkan ini membolehkan Jabatan Pertanian mempunyai ketua pengarah bau menggantikan mantan Dato Mustafa Kamal Baharuddin yang bersara pada April 2014 yang lepas. Anak kelahiran Pulau Pinang ini berpengalaman luas dalam bidang pertanian dan pernah menjadi Pengarah Pertanian Pulau Pinang dan Pengarah Pertanian Selangor.  PERPETA akan menyokong penoh perlantikan beliau sebagai ketua pengarah baru dan akan terus bekerjasama sebagai sebuah NGO yang membawa hasrat perjuangan pegawai pertanian dalam Jabatan.
Selamat Maju Jaya!.

Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.