Friday, April 15, 2016

AMANAT MENTERI PERTANIAN 2016

SALAM PERPETA,

Majlis Amanat Tahunan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2016 telah diadakan pada 11 Januari 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Tani Putrajaya. Majlis yang di mulakan dari jam 8.30 ini melibatkan semua warga MOA diperingkat Ibupejabat dan Negeri-negeri. Ramai SUB, Ketua-ketua Pengarah, Pengarah2 Bahagian, Pengarah2 Negeri dan ahli-ahli PERPETA hadir. Setibanya Menteri dengan diiringi oleh KSU Baru dan TKSU, Lagu Negaraku memulakan acara. 


Menteri dalam amanatnya meminta semua pegawai dalam MOA bekerja kuat dalam tahun 2016 yang juga merupakan tahun pertama perlaksanaan RMK ke 11.   

OLEH:
PRESIDEN DAN AJK
PERPETA
JABATAN PERTANIAN
PUTRAJAYA
(11 Januari 2016)

Sunday, April 10, 2016

PPN PULAU PINANG

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Encik Azahar Dato Ibrahim yang telah dilantik sebagai Pengarah Pertanian Pulau Pinang pada Febuari 2016. Lantikkan beliau menggantikan Tn Hj Munir yang telah dinaikkan pangkat kegred G52 dan ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Kedah. Encik Azahar telah bertugas sebagai Penolong Pengarah Bagahian Kejuruteraan Pertanian Negeri Kedah sebelum dilantik kepada PPN. Berpengalaman dalam sektor swasta terutama di kilang-kilang kelapa sawit beberapa syarikat swasta, beliau merupakan seorang yang berkelayakan dalan kejuruteraan. PERPETA mengucapkan TAHNIAH dan Selamat Bertugas kepada Encik Azahar sebagai PPN Pulau Pinang yang baru.

Oleh,
PRESIDEN
PERPETA Jabatan Pertanian
Malaysia.
(Mac 2016)

Thursday, April 7, 2016

MESYUARAT MBJ JABATAN PERTANIAN BIL 1/2016

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Pertanian Bil 1/2016 telah diadakan pada jam 3.00 petang 25 Mac 2016 di Aras 16, Jabatan PertanianPutrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pertanian ini dihadiri oleh 5 wakil majikan (Pengarah-pengarah Bahagian) dan semua wakil pekerja terdiri daripada PERPETA, Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian, Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia (Dulu Kesatuan Pembantu Pertanian), Kumpulan Gunasama dan urusetia. KPP dalam ucapan aluannya memaklumkan bahawa dalam keadaan ekonomi kurang baik ini semua kekosongan jawatan, pengisian jawatan dan Re-OG jawatan dibekukan sementara oleh JPA. Beliau juga memaklumkan beberapa pertukaran pegawai semua lapisan telah dan sedang dijalankan. 

Naib Pengerusi MBJ Jabatan Pertanian yang juga Presiden PERPETA Tn Hj Mohd Anim Hosnan menyatakan agar Jabatan Pertanian dapat memberikn forum sesuai kepada semua Persatuan dan Kesatuan pada pertengahan tahun 2016 untuk mengadakan mesyuarat agong dwi-tahunan bagi pemilihan AJK baru. Mesyuarat ini amat penting bagi mempastikan kesinambungan pergerakan NGO wakil pekera akan terus aktif dan segar di Jabatan Pertanian.

Terdapat beberapa usul dan pembentangan usul dilakukan dimana ada usul diterima, usul ditolak dan usul yang kurang jelas dibincangkan. Mesyuarat mengambil maklum bahawa pihak pengurusan juga boleh mengadakan usul dalam mesyuarat ini dimasa akan datang. Mesyuarat ditamatkan jam 6.15 petang. Wasallam!.

Oleh,
Presiden,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(25 Mac 2016)

Friday, April 1, 2016

PPN KELANTAN 2016

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Tn Hj. Che Mohd Nor bin Che Endok sebagai Pengarah Pertanian Negeri Kelantan mulai Januari 2016. Jawatan ini dikosongkan oleh En Ab'llah bin Ismail yang telah bersara. Tn Hj Che Mohd Nor bin Che Endok sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Berasal dari Kelantan dan dilahirkan pada Jun 1956, beliau akan bertugas sebagai PPN Kelantan dimasa akan datang dan keujudannya akan lebih dirasai.
SELAMAT MAJU JAYA!.

Dari,
Presiden dan AJK,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(1 Januari 2016)