Tuesday, May 31, 2016

AJK PERPETA 2016-2018

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Agong ke 14 yang berlangsung pada 31 Mei 2016 telah berjalan dengan lancar diimana ia dikendalikan oleh Tn Hj Mohd Anim selaku Pengerusi Sementara. Ia didahului dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agong Ke 13 dan diikuti dengan Ucapan Dasar Presiden. Presiden menyatakan kepimpinan legasi PERPETA perlu diteruskan melibatkan genarasi lama dan baru untuk mewakili skim pegawai pertanian dalam menerajui transformasi pertanian dalam negara. Beliau banyak menyentuh agar tahap kepakaran pegawai pertanian perlu ditingkatkan terutama untuk ahli-ahli muda agar profesionalisma pegawai pertanian terus dimartabatkan.

Proses pemilihan AJK baru berjalan dengan lancar dimana pertandingan sihat secara demokrasi dijalankan. Berikut adalah peneraju AJK PERPETA untuk sessi 2016-2018 yang telah dipilih:

Presiden       : Ismail Mohamad
Timbalan      : Dr Desa
Setiausaha   : Pn Deeno
Bendahari     : Johari
AJK               : 7 Orang
Juruaudit       : 2 orang

Semuga mereka akan terus bekerja keras untuk PERPETA dan kebajikan ahli-ahlinya. Wasallam!.
Disedia oleh:
Mantan Presiden
Jabatan Pertanian
Pahang.
(31 Mei 2016)

Sunday, May 29, 2016

UCAPAN DASAR PRESIDEN PERPETA

Salam PERPETA,

Mesyuarat Agong Tahunan PERPETA 2016 yang diadakan pada 31 Mei 2016 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya melibatkan Ucapan Dasar Presiden. Berikut adalah antara kandungan ucapan presiden untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan kepada semua AJK dan Ahli-ahli PERPETA. Presiden PERPETA Sessi 2014-2016 adalah Hj Mohd Anim Hj Hosnan yang kini bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Semuga pemilihan AJK PERPETA Sessi 2016-2018 akan berjalan dengan baik dan lancar.




UCAPAN DASAR PRESIDEN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERPETA 2016


Aslamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Terimakasih Pengerusi Majlis
Y Bhg Dato Ahmad Zakaria Ahmad Sidek (Penaung PERPETA)
Y Bhg TKPP(P), TKPP(O), Pengarah2 Bahagian,
Pengarah2 Pertanian Negeri
Yang Dihormati semua Ahli Jawatankuasa PERPETA dan
Yang Dimuliakan ahli-ahli PERPETA sekalian,

Dengan penuh takzim, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya pagi ini kita sama-sama dapat kita berkumpul bagi melaksanakan kewajipan dalam aktiviti berpersatuan.Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan sekelian kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PERPETA kali ke-14 pada tahun 2016 hari ini di adakan di Dewan Serbaguna, MOA kali ini.

Sebelum saya meneruskan ucapan, tidak dilupakan kepada ahli-ahli yang sudah tidak berkhidmat lagi sebagai pegawai pertanian sama ada bersara ataupun telah meninggal dunia namun jasa mereka sangatlah besar kepada PERPETA. Dalam tempoh 2014 – 2015, PERPETA telah kehilangan beberapa orang ahlinya iaitu yang telah kembali kerahmatullah atau pun bersara wajib/pilihan. Dengan itu, sama-samalah kita bersedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Al Fatihah…

Dari Januari 2014 sehingga Mei 2016, seramai lebih daripada 21 ahli PERPETA telah bersara antaranya Dato’ Sulaiman bin Md Zain, Ketua Pengarah Pertanian, Dato Sabtu Slamat, Pn. Hjh Norma Othman, Tn Hj Yunos, Tn Hj Adnan Kasim, Ismail (PPN Kedah), Tn Hj Yusoff (PPN Terengganu) dan ramai lagi kalau saya nak sebutkan di sini. Pada saya apa yang penting setiap dari mereka memberi sumbangan yang besar kepada Jabatan Pertanian.  Jadi, Saya ingin mengalu-alukan ahli-ahli yang telah bersara ini untuk mendaftar sebagai ahli bersekutu PERPETA atau pun Alumni Jabatan Pertanian agar kompetensi dan ilmu pengetahuan yang mereka miliki akan dapat terus bersinar serta dimanfaatkan bersama.

PERPETA mwnghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.


 Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,

Sepanjang tempoh 2 tahun ini saya percaya anda masih ingat dimana padal 24 Disember 2014 adalah merupakan satu tarikh yang terpahat dalam fikiran semua kita, dimana rakyat Malaysia juga dunia yang tidak mungkin dapat dilupakan. Apa tidaknya masa ini berlaku satu benncana banjir terburuk dalam sejarah negara telah melanda negara kita. Banjir tersebut telah menyukarkan orang ramai dibeberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sekaligus menyebabkan banyak kehilangan harta benda. Semangat keperihatinan seluruh rakyat Malaysia pelbagai lapisan tanpa mengira fahaman agama, politik sama-sama membantu mangsa banjir disalurkan. Tidak terkecuali AJK dan ahli-ahli PERPETA serta NGO lain yang bersatu dan bekerja keras siang dan malam menggerakkan aktiviti-aktiviti yang patut dilaksanakan. PERPETA terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir dalam bentuk bantuan makanan, pakaian dan keperluan asas yang lain serta bergotong royong membersih kediamanan mangsa banjir. Presiden sendiri ke Pahang untuk terlibat sama dalam aktiviti membersihkan Masjid di Bera. Ahli AKRAB di kalangan ahli PERPETA juga terlibat sama dalam pemulihan dan motivasi mangsa-mangsa banjir. Sepanjang misi bantuan tersebut PERPETA telah Berjaya mengumpul banyak kutipan derma dan menyalurkan bantuan sebanyak 24 buah lori kepada mangsa di seluruh negeri yang terlibat. Semua sumbangan ini presiden ucapkan jutaan terimakaseh.



Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,

Pada tahun 2016 ini, sekali lagi PERPETA diberikan peluang untuk mewarnakan program jabatan dengan bersama-sama dalam program anjurannya.Pada hari ini, kita diberikan peluang menyertai Majlis Taklimat Halatuju Pertanian - Jabatan Pertanian dan Tranformasi Pertanian Negara. Sebelum ini PERPETA diberi peluang untuk turut serta dalam Taklimat Tranformasi Kerajaan dan Projek-Projek dalam Rolling Plan I & II di ILPP, Serdang anjuran Jabatan Pertanian. Oleh itu, saya mewakili PERPETA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian, terutamanya pegawai-pegawai Ketua Pengarah Pertanian yang telah menganjurkan program pada kali ini dan seterusnya memberi peluang kepada PERPETA mengadakan Mesyuarat Agung. Mesyuarat agong kali ini adalah penting diadakan untuk membuat pemilihan AJK baru untuk dua tahun akan datang 2016-2018.

Presiden PERPETA menerima sijil penghargaan dari Menteri di MAEPS.



Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,

PERPETA yang bergerak seiringan dan menyokong setiap program Jabatan mempunyai ahli yang mampu bukan sahaja memberi sumbangan signifikan kepada organisasi, malahan kepada pembangunan sektor pertanian negara.  Peranan Pegawai Pertanian sebagai perancang, pencipta visi, penggubal dasar, penentu sumber strategik, serta terlibat secara aktif dalam membangunkan sektor di lapangan, menjadikan kita semua sebagai satu  tonggak kumpulan yang sangat ampuh serta menjadi jentera pemacu pembangunan sektor pertanian negara. Pegawai pertanian adalah kumpulan pegawai professional yang pakar dalam banyak disiplin. Oleh itu, PERPETA amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli yang telah menerima pelbagai kurniaan darjah kebesaran pada tahun 2014 – 2016 dengan pelbagai Darjah Gelaran.  Semoga dengan pencapaian dikecapi ini dapat memberi inspirasi kepada ahli-ahli lain untuk memartabatkan kemampuan masing-masing di satu puncak yang ulung.


Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,

Sebagai imbasan terutama kepada pegawai-pegawai lantikan baru, PERPETA telah melangkah setapak lagi ke hadapan dimana setelah 24 tahun, PERPETA asalnya bertapak sebagai sebuah persatuan yang dianggotai oleh Pegawai Pertanian di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Pertanian yang bertugas, ditempatkan atau dipinjamkan oleh Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. PERPETA yang dulu dikenali sebagai  Persatuan Pegawai Pertanian Kuala Lumpur telah ditransformasikan kepada Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian Malaysia (PERPETA) dan bercerminkan Logo serta Slogan yang mantap iaitu "Profesionalisme Teras Kecemerlangan". Sekaligus menyaksikan peranan PERPETA telah berkembang dari akan memenuhi keperluan dan kepentingan ahli sahaja, malahan  turut mempertingkatkan lagi tahap professionalisme ahli serta menyumbang khidmat bakti sosial selaras dengan tuntutan semasa negara dan antarabangsa. Status terkini sehingga 31 Mei 2016, mencatatkan dari 640 jumlah keseluruhan Pegawai Pertanian, 624 orang telah mendaftar sebagai ahli, satu pencapaian yang baik jika dibandingkan dengan tahun 2013 iaitu 610 orang mendaftar sebagai ahli. PERPETA akan terus menjejaki Pegawai-Pegawai Pertanian yang masih belum menjadi ahli untuk menarik dan menyatukan mereka dibawah satu payung iaitu PERPETA.

AJK dan Ahli PERPETA melawat KOSMO.

                                                                                                                  
Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,

Dari tahun 2014 sehingga kini, sebanyak 10 kali Mesyuarat AJK telah diadakan bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan perkhidmatan, kebajikan dan sosial ahli. Mesyuarat ini diadakan di Putrajaya, Johor Bahru dan beberapa lokasi  lain. Sepertimana yang Y. Bhg. Dato’/tuan/puan maklum, platform rasmi untuk menyampaikan suara PERPETA ialah melalui Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di mana PERPETA merupakan salah satu daripada ahlinya yang diwakili oleh Presiden dan Setiausaha Kehormat PERPETA. Malahan wakil PERPETA merupakan naib pengerusi MBJ Jabatan Pertanian. Mesyuarat MBJ telah diadakan sebanyak 4 kali dalam setahun. Dalam mesyuarat tersebut banyak usul dan usaha menjaga kepentingan ahli diperjuangkan PERPETA dengan mengutarakan beberapa isu penting seperti desakan untuk mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan, kenaikan pangkat, permohonan jawatan KUP serta isu-isu lain. Dengan itu PERPETA merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan tertinggi, Bahagian Pengurusan, Bahagian PSM serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha tersebut. PERPETA antara NGO yang paling banyak mengutarakan usul dalam mesyuarat MBJ selama ini untuk kepentingan bersama.


Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,

Selain daripada isu-isu yang membabitkan Perkhidmatan Pegawai Pertanian, PERPETA juga memperjuangkan kebajikan serta sosial ahli dan masyarakat. Ini terbukti dengan adanya program kutipan derma sumbangan kepada waris ahli yang meninggal dunia, sakit dan sebagainya. Malahan sumbangan turut diberikan kepada Yayasan-yayasan kebajikan yang memerlukan. Antara sumbangan uag terbesar daripada PERPETA adalah kutipan derma Tabung Palestin/Gaza yeng melibatkan lebih daripada RM10,000 dan diserahkan kepada mereka. Saya sangat berterima kasih dan menyanjung tinggi setiap sumbangan yang telah dihulurkan oleh Y. Bhg. Dato’-Dato’ dan tuan/puan.  Semoga sikap prihatin yang ditunjukkan oleh ahli- ahli selama ini terus diserlahkan lagi di masa-masa yang akan datang.  Semoga ALLAH s.w.t sahajalah membalas jasa dan budi baik tuan/puan.Di samping itu juga, PERPETA turut memberikan sumbangan kepada ahli-ahli yang melangsungkan perkahwinan buat kali pertama.Rangkuman semua aktiviti akan dibentang dalam laporan mesy agung sebentar lagi. Sementara itu dalam aspek sukan dan rekreasi, ahli-ahli PERPETA terlibat dalam menaruji penganjuran sukan jabatan juga mewakili jabatan di sukan luar jabatan seperti tenis, badminton, bola sepak, Bowling dan sebagainya. Aktiviti seumpama ini telah mengeratkan hubungan sesama ahli dan mewujudkan semangat kesukanan. PERPETA juga bersama warba jabatan terlibat dalam perbarisan sempena Hari Kemerdekaa, Majlis Maulidulrasul, Perjumpaan dengan JPA dan sebagainya.




Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,

Pada tahun ini merupakan tahun pemilihan tampok pimpinan baru PERPETA.  Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan adalah penentu gerak kemajuan dan kejayaan PERPETA di masa akan datang. Di samping itu juga, di atas peluang dan kesempatan yang ada hari ini saya berharap semua ahli dapat melahirkan pandangan dan buah fikiran masing-masing supaya berlaku penambahbaikan terus berlaku demi memastikan PERPETA terus bergiat aktif selaras dengan tujuan penubuhannya. Usul-usul daripada semua ahli akan diangkat ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERPETA untuk diambil tindakan sewajarnya dimana ia menjadi tanggungjawab yang digalas oleh Ahli Jawatankuasa PERPETA amatlah besar.
Usaha tersebut perlulah seiring dengan kemantapan ilmu pengetahuan, kompetensi teknikal, ketahanan mental dan emosi senada dengan arus permodenan bidang pertanian yang semakin hari semakin jauh ke hadapan, kita perlu pantas, efisien, tepat dan sanggup pengorbankan masa peribadi. Saya menyeru agar lebih ramai ahli PERPETA yang mempunyai kepakaran lebih tinggii dengan pengiktirafan sebahai Jurulatih Bidang Khas (JBK) dan Pengitirafan daripada Jabatan Tenaga Rakyat (PIND). Saya yakin kehadiran barisan kepimpinan baru PERPETA akan mampu melakar dan seterusnya menjadikan PERPETA sebuah bintang berkilauan yang senantiasa berhajat menghulur bakti, demi ahli, agama, bangsa dan tanahair.



Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian kerana telah memberi peluang kepada PERPETA untuk bermesyuarat Agung ke 14 pada kali ini.
  

Tidak dilupakan kepada semua ahli-ahli yang hadir pada hari ini yang turut menyuntik semangat supaya PERPETA terus bangun dan maju. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua Ahli Jawatankuasa PERPETA Sessi 2014/2016 yang telah menyumbang bakti dan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh saya menjawat jawatan Presiden PERPETA dan akhir sekali kepada semua petugas-petugas PERPETA yang telah sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini. Akhir kata dengan ucapan ‘BISMILLAHIRAHMANIRAHIM’ saya dengan ini mengugurkan semua Barisan AJK PERPETA Sessi 2014-2016.

Sekian.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.
"SELAMAT BERMESYUARAT AGUNG”

  

HJ MOHD ANIM BIN HJ HOSNAN
PRESIDEN
PERSATUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PERTANIAN (PERPETA)
JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
(MEI 2016)
Majlis berbuka AJK PERPETA dengan KPP.

Oleh,
PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(30 Mei 2016)

Friday, May 27, 2016

PERHIMPUNAN BULANAN 2/2016

SALAM PERPETA,

PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PERTANIAN BILANGAN 2/2016 TELAH DIADAKAN PADA 28 APRIL 2016 DI ARAS 15, JABATAN PERTANIAN, PUTRAJAYA. PERHIMPUNAN INI DIHADIRI SEMUA PENGARAH BAHAGIAN, PENGARAH PERTANIAN NEGERI, PENERIMA WATIKAH KENAIKAN PANGKAT G48 SERTA KAKITANGAN DI PUTRAJAYA. KPP DALAM UCAPANNYA MENYETAKAN BAHAWA KESAN EL-NINO MESTI DILAPORKAN SEGERA TERUTAMA TERHADAP KESAN KEROSAKKAN TANAMAN. JABATAN PERTANIAN MESTI BERTINDAK CEPAT SEBELUM IANYA DILAPORKAN DALAM AKHBAR OLEH PEMBERITA. SETERUSNYA BELIAU MINTA AGAR SEMUA PEGAWAI PERTANIAN DAPAT MENINGKATKAN TAHAP KEPAKARAN TEKNIKAL. BELIAU SYORKAN AGAR PEGAWAI DIJABATAN PERTANIAN BERHUBUNG DENGAN PAKAR-PAKAR DIUNIVERSITI, PUSAT-PUSAT PENYELDIKAN DAN USAHAWAN UNTUK TINGKATKAN KEPAKARAN MEREKA.MAJLIS PERHIMPUNAN INI DITERUSKAN DENGAN PENYERAHAN 39 WATIKAH KENAIKAN PANGKAT KEPADA AHLI PERPETA.


Nyanyian Negaraku dan Wawasan Jabatan Pertanian

Ikrar Penjawat Awam oleh semua pegawai.

SEMUGA PERJUMPAAN INI MEMBERIKAN KERJASAMA ERAT ANTARA PENGURUSAN ATASAN DENGAN PEGAWAL LAIN. 

OLEH,
PREIDEN PERPETA
JABATAN PERTANIAN
PUTRAJAYA
(MAY 2016)


Thursday, May 26, 2016

PERJUMPAAN KPP DENGAN PERPETA P. PINANG



SALAM PERPETA,
Ketua Pengarah Pertanian telah mengadakan perjumpaan dengan PERPETA Pulau Pinang pada 26 Mei 2016. Perjumpaan ini diadakan sempena lawatan kerja KPP selaku penaung PERPETA ke Pulau Pinang. Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Pengarah Pertanian Negeri, Pengara IADA Pulau Pinang dan Pegawai-pegawai Pertanian.

Majlis yang dibuat secara santai ini mengeratkan hubungan diantara KPP dengan pegawai pertanian dan menjadi satu jambatan diantara kedua belah pihak. Wasallam!.  



Oleh,
Presiden dan AJK,
PERPETA, 
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(26 Mei 2016) 

MESYUARAT AGONG PERPETA 2016

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Agong PERPETA akan diadakan pada 31 Mei 2016 bertempat di Bilik Serbaguna, Kementerian dan Industri Asas Tani, Putrajaya. Mesyuarat Agong kali ke 14 ini akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia. Semua ahli-ahli PERPETA dijemput hadir dalam mesyuarat agong kali ini. Pemilihan AJK PERPETA untuk Sessi 2016-2018 akan diadakan dan cabutan bertuah juga diadakan dengan hadiah-hadiah adalah sumbangan daripada PERPETA, Bahagian-bahgaian dan negeri-negeri. 

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

TAKLIMAT RMK KE 11

8.45 - 9.25        Pendaftaran Peserta
9.30 - 11.000   Taklimat Rancangan Melaysia ke 11
11.00 - 1.00      Mesyuarat Agong PERPETA
1.00 - 2.00       Makan Tengahari

MAJLIS BERSAMA KETUA PENGARAH PERTANIAN

2.15-2.30         Pendaftaran
2.30                  -  Ketibaan KPP
                          - Nyanyian Negaraku
                          - Lagu wawasan jabatan Pertanian
                          - Lagu PERPETA
                          - bacaan Doa
                          - Ucapan Presiden PERPETA
                          - Ucapan Ketua Pengarah Pertanian
4.30 ptg           Minum petang dan Bersurai

AJK PERPETA menjemput semua ahli PERPETA dan para jemputan hadir sama. Wasallam!.


Oleh,
Presiden dan AJK
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(25 Mei 2016)

Thursday, May 5, 2016

SELAMAT HARI PEKERJA 2016

Salam PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan "Selamat Hari Pekerja' Kepada semua ahli-ahli PERPETA dan warga kerja Jabatan Pertanian Malaysia. Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei setiap merupakan Hari Kelepasan atau Cuti Umum (1/5/16 - Hari Sabtu) dimana hari tersebut boleh digunakan oleh ramai orang untuk pelbagai aktiviti bersama ahli keluarga, sahabat karib dan rakan-rakan. PERPETA berharap semua ahli PERPETA akan terus berkerja dengan lebih kuat, penuh dedikasi dan memberikan khidmat terbaik kepada Jabatan, Negara dan Agama. 
SELAMAT HARI PEKERJA!

Dari,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(1 Mei 2016)

Monday, May 2, 2016

NAIK PANGKAT G48 2016

Salam PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA Jabatan Pertanian mengucapkan TAHNIAH kepada 39 orang ahli-ahli PERPETA yang dinaikan pangkat daripada G44 kepada G48. Mereka telah menerima watikah perlantikan dan penempatan pada 28 April 2016 daripada Ketua Pengarah Pertanian sempena Majlis Perhimpunan Bulanan bertempat di Aras 16, Wisma Tani, Jabatan Pertanian, Putrajaya. KPP dalam ucapannya minta agar meraka yang baru dilantik ini dapat meningkatkan tahap kepakaran teknikal dalam bidang masing-masing. Ini kerana pegawai-pegawai senior yang telah menjadi pakar akan meninggalkan Jabatan Pertanian secara berperingkat beberapa tahun lagi (3 - 4 tahun ramai pegawai senior akan bersara). Mereka perlu mendapatkan kepakaran dengan banyak berhubung dengan 'orang luar' seperti di universiti, pusat-pusat penyelidikkan dan sebagainya. Semuga dengan perlantikkan ini akan membolehkan Jabatan Pertanian akan lebih uat menjalankan tugas. PERPETA mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan Jabatan Pertanian yang memproses kenaikan pangkat ini. TAHNIAH SEMUA!.



Dari,
Presiden dan AJK PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(28 April 2016).

Friday, April 15, 2016

AMANAT MENTERI PERTANIAN 2016

SALAM PERPETA,

Majlis Amanat Tahunan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2016 telah diadakan pada 11 Januari 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Tani Putrajaya. Majlis yang di mulakan dari jam 8.30 ini melibatkan semua warga MOA diperingkat Ibupejabat dan Negeri-negeri. Ramai SUB, Ketua-ketua Pengarah, Pengarah2 Bahagian, Pengarah2 Negeri dan ahli-ahli PERPETA hadir. Setibanya Menteri dengan diiringi oleh KSU Baru dan TKSU, Lagu Negaraku memulakan acara. 


Menteri dalam amanatnya meminta semua pegawai dalam MOA bekerja kuat dalam tahun 2016 yang juga merupakan tahun pertama perlaksanaan RMK ke 11.   

OLEH:
PRESIDEN DAN AJK
PERPETA
JABATAN PERTANIAN
PUTRAJAYA
(11 Januari 2016)

Sunday, April 10, 2016

PPN PULAU PINANG

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Encik Azahar Dato Ibrahim yang telah dilantik sebagai Pengarah Pertanian Pulau Pinang pada Febuari 2016. Lantikkan beliau menggantikan Tn Hj Munir yang telah dinaikkan pangkat kegred G52 dan ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Kedah. Encik Azahar telah bertugas sebagai Penolong Pengarah Bagahian Kejuruteraan Pertanian Negeri Kedah sebelum dilantik kepada PPN. Berpengalaman dalam sektor swasta terutama di kilang-kilang kelapa sawit beberapa syarikat swasta, beliau merupakan seorang yang berkelayakan dalan kejuruteraan. PERPETA mengucapkan TAHNIAH dan Selamat Bertugas kepada Encik Azahar sebagai PPN Pulau Pinang yang baru.

Oleh,
PRESIDEN
PERPETA Jabatan Pertanian
Malaysia.
(Mac 2016)

Thursday, April 7, 2016

MESYUARAT MBJ JABATAN PERTANIAN BIL 1/2016

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Pertanian Bil 1/2016 telah diadakan pada jam 3.00 petang 25 Mac 2016 di Aras 16, Jabatan PertanianPutrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pertanian ini dihadiri oleh 5 wakil majikan (Pengarah-pengarah Bahagian) dan semua wakil pekerja terdiri daripada PERPETA, Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian, Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia (Dulu Kesatuan Pembantu Pertanian), Kumpulan Gunasama dan urusetia. KPP dalam ucapan aluannya memaklumkan bahawa dalam keadaan ekonomi kurang baik ini semua kekosongan jawatan, pengisian jawatan dan Re-OG jawatan dibekukan sementara oleh JPA. Beliau juga memaklumkan beberapa pertukaran pegawai semua lapisan telah dan sedang dijalankan. 

Naib Pengerusi MBJ Jabatan Pertanian yang juga Presiden PERPETA Tn Hj Mohd Anim Hosnan menyatakan agar Jabatan Pertanian dapat memberikn forum sesuai kepada semua Persatuan dan Kesatuan pada pertengahan tahun 2016 untuk mengadakan mesyuarat agong dwi-tahunan bagi pemilihan AJK baru. Mesyuarat ini amat penting bagi mempastikan kesinambungan pergerakan NGO wakil pekera akan terus aktif dan segar di Jabatan Pertanian.

Terdapat beberapa usul dan pembentangan usul dilakukan dimana ada usul diterima, usul ditolak dan usul yang kurang jelas dibincangkan. Mesyuarat mengambil maklum bahawa pihak pengurusan juga boleh mengadakan usul dalam mesyuarat ini dimasa akan datang. Mesyuarat ditamatkan jam 6.15 petang. Wasallam!.

Oleh,
Presiden,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(25 Mac 2016)

Friday, April 1, 2016

PPN KELANTAN 2016

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Tn Hj. Che Mohd Nor bin Che Endok sebagai Pengarah Pertanian Negeri Kelantan mulai Januari 2016. Jawatan ini dikosongkan oleh En Ab'llah bin Ismail yang telah bersara. Tn Hj Che Mohd Nor bin Che Endok sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Berasal dari Kelantan dan dilahirkan pada Jun 1956, beliau akan bertugas sebagai PPN Kelantan dimasa akan datang dan keujudannya akan lebih dirasai.
SELAMAT MAJU JAYA!.

Dari,
Presiden dan AJK,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(1 Januari 2016)

Thursday, March 31, 2016

KETUA PENGARAH MAQIS BARU


SALAM PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan Tahniah kepada Encik Mokhtarud-din bin Husain Gred G54 yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah MAQIS yang baru mulai 16 Mac 2016. Beliau telah menggantikan En Mazlan Saadon yang telah bersara wajib mulai awal Mac 2016. Encik Mokhtarud-din merupakan Timbalan Pengarah Seksyen Pengurusan Perosak Tanaman di Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jalan Galagher, Kuala Lumpur dan sangat berpengalaman luas dalam bidang serangga dan perlindungan tanaman. Beliau yang berasal daripada Perak merupakan graduan Bacelor Sains Pertanian daripada Universiti Pertanian Malaysia batch 1982. Aktif dalam PERPETA semenjak ditubuhkan beliau juga antara individu penting dalam penyusunan semula Jabatan Tahun 2005.


Berpengalaman luas dalam bidang serangga, kawalan penyakit tumbuhan dan pakar dalam bidang tersebut diperingkat domestik dan antarabangsa, lantikkan beliau sebagai Pengarah MAQIS difikirkan amat sesuai dengan pengetahuan, pengalaman dan keupayaan yang beliau milikki. PERPETA mengucapkan selamat bertugas kepada En Mokhtaruddin di MOA!.

Disediakan oleh,
Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Malaysia.
(19 Mac 2016) 

Sunday, January 17, 2016

PPN PAHANG 2016

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Tn Hj Mohd Anim Bin Hj Hosnan sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang mulai 18 Januari 2016. Jawatan ini dikosongkan oleh YH Dato' Kamarian bt Othman yang telah bertukar naik pangkat Jusa C sebagai Pengarah Bahagian Pengembangan dan Industri Asas Tani. Majlis ringkas penyampaian surat perlantikan itu diadakan di Aras 17, Jabatan Pertanian Putrajaya pada 30 Disember 2015. Ketua Pengarah Pertanian dengan diiringi oleh Pemangku TKPP(O) dan Pengarah Pengurusan turut hadir dalam Majlis tersebut. 


Tn Hj Mohd Anim Hosnan sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Seksyen Tanaman Industri PTIF dan Timbalan Pengarah Seksyen Benih di Hortikultur Putrajaya.Beliau pernah bertugas di MIADP, DOA Sarawak, Pegawai Pertanian Daerah (Mersing, Segamat, Muar), Penolong Pengarah JPNJ sebelum ke Putrajaya. Hj Mohd Anim juga adalah Presiden Persatuan Perkhidmatan Pergawai Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia (PERPETA) sessi 2014-2016. Banyak membentangkan kertas kerja dan ceramah teknikal, beliau juga merupakan penulis blog yang berkait dengan teknologi pertanian. Berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan pada Oktober 1959, beliau akan bertugas sebagai PPN Pahang agar sektor pertanian akan lebih maju, ceria dimasa akan datang dan keujudannya akan lebih dirasai.
SELAMAT MAJU JAYA!.

Dari,
Presiden dan AJK,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(18 Januari 2016)

Monday, January 11, 2016

KENAIKAN PANGKAT G52 TAHUN 2016

SALAM PERPETA,

PRESIDEN DAN AJK PERPETA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA 26 PEGAWAI PERTANIAN YANG DINAIKKAN PANGKAT KEPADA GRED G52 MULAI JANUARI 2016. SEMUA MEREKA MENDAPAT WATIKAH LANTIKKAN INI PADA 12 JANUARI 2016 DARIPADA KETUA PENGARAH PERTANIAN (KPP) DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2016 DIBILIK BUNGARAYA, JABATAN PERTANIAN, PUTRAJAYA. TURUT HADIR DALAM MAJLIS INI ADALAH TKPP(P), PEMANGKU TKPP(O), PENGARAH PENGURUSAN DAN PENGARAH2 BAHAGIAN. 

MEREKA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA AHLI PERPETA YANG LAMA MENUNGGU KENAIKAN PANGKAT INI. MEREKA YANG DINAIKKAN PANGKAT MENGIKUT PENEMPATAN MASING-MASING SEPERTI BERIKUT:

1. Mohd Ieshak Ngatinee - BPICT
2. Normaizah Ismail - BPICT
3. Johari Abdullah - PPIAT
4. Ngizailah Zakaria - PTIF
5. Nasir Meor Ahmad  - PTIF
6. Wong Wan Cheng - PTIF
7. Norsham Alwi - HORT
8. Manogaran     - HORT
9.Hishamudin Ahmad - SOIL
10. Md Jusoh Abd Latif - SOIL
11. Ismail Hashim      - SOIL
12. Anuar Bujang       - SOIL
13. Mohd Yusof (IADA) - TIMB PAHANG
14. Datin Jatil Aliah Tumin - BIOSEKURITI
15. Mohd Ridzuan Ismail - BIOSEKURITI
16. Sawiah Alias   - BHG RACUN
17. Fatimah Anuar - PSM
18. Che Ann Joned  - PSM
19. Kalaivaran          - IP PERAK
20. Munir Yusuf       - JPN Kedah
21. Aulkifli Ahmad   - Timb JOHOR
22. Zulkifli Yaakob  - Timb Perak
23. Elias Saad        - IADA BLS
24. Zahimi Hassan - IADA Krian 
25. Soffian Juni      - IADA Kalaka Saribas
26. Medan Insol     - IADA Samarahan

Lantikkan ini diharap dapat menjadikan Jabatan Pertanian sebagai penyumbang utama dalam sektor pengeluaran makanan negara. Semuga semua dapat menjadi pegawai yang cemerlang ditempat masing-masing. 
Tahniah dari PERPETA!.

Oleh,
Presiden
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(12 Januari 2016) 

Wednesday, January 6, 2016

PPN PERAK 2016


SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Tn Hj NorAzmi bin Yahya sebagai Pengarah Pertanian Negeri PERAK mulai Januari 2016. Jawatan ini dikosongkan oleh En Zabidi Dun yang telah naik pangkat ke Bahagian Pengurusan Tanah Putrajaya. Beliau sebelum ini adalah Pengetua Instiut Pertanian Titi Gantung, Perak. Berasal dari Perak dan dilahirkan pada September 1958, beliau akan bertugas sebagai PPN Perak dimasa akan datang dan keujudannya akan lebih dirasai.
SELAMAT MAJU JAYA!.

Dari,
Presiden dan AJK,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(1 Januari 2016)

Tuesday, January 5, 2016

PENGARAH BKKT 2016

SALAM PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan tahniah kepada Puan Siti Saodah bt Hj. Hassim Gred G54 yang telah dilantik menjadi Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia berkuatkuasa mulai 4 Januari 2016. Surat perlantikan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pertanian disaksikan oleh Pemangku TKPP(O) dan Pengarah Pengurusan pada 30 Disember 2014 di Aras 17, Wisma Tani, Putrajaya. Pengarah BKKT telah dikosongkan pada Disember 2015 oleh Datin Nursiah yang telah bersara wajib. 


Hjh Siti Saodah dilahirkan pada Mei 1957 adalah berasal dari Pontian, Johor adalah kelulusan UPM Serdang, Selangor tahun 1981 dan lama berkhidmat sebagai Pegawai Pertanian Daerah di Selangor. Beliau sangat berpengalaman dalam Bahagian BKKT dimana ia juga merupakan 'orang kuat' dalam persijilan SALM dan SOM sebelum ditukar kepada MyGAP. Banyak memberikan ceramah dan taklimat persijilan dan pakarujuk penting di Jabatan.
Tahniah!

Oleh,
Presiden dan AJK,

PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(1 Januari 2016)

Monday, January 4, 2016

LAWATAN KSU KE JABATAN PERTANIAN

Salam PERPETA,

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang baru telah membuat lawatan sulong ke Jabatan Pertanian pada 4 Januari 2016 jam 2.30 petang. KSU diiringi oleh TKSU Dato Azini disambut oleh Ketua Pengarah Pertanian , TKPPP, Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengarah-pengarah Pertanian Negeri dan pegawai kanan jabatan di Bilik Bunga Raya, Aras 16, Wisma Tani, Putrajaya. Takimat mengenai Jabatan Pertanian diberikan kepada KSU baru dengan penekanan kepada RMK Ke 11. Lawatan sulong ini yang diadakan pada hari bekerja pertama 2016 menyuntik Jabatan Pertanian untuk berperanan lebih signifikan pada negara. 
SELAMAT BERTUGAS !...



Oleh:
Presiden dan AJK
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(5 Januari 2016)

Sunday, January 3, 2016

PERLANTIKAN PENGARAH BAHAGIAN DAN NEGERI 2016

SALAM PERPETA,

Jabatan Pertanian telah melantik beberapa Pengarah Bahagian, Pengarah Pertanian Negeri dan Timbalan Pengarah Bahagian pada satu Majlis yang diadakan di Bilik Ketua Pengarah Pertanian Malaysia pada 30 Disember 2015. Surat perlantikkan tersebut telah disampaikan kepada pegawai yang dilantik oleh Yg Bhg Dato' Ketua Pengarah Pertanian diiringi oleh Pengarah Pengurusan dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Operasi. PERPETA mengucapkan tahniah kepada pengarah-pengarah baru. Semuga pengisian jawatan ini akan melancarkan perlaksanaan Program dan Projek dalam RMK Ke 11 yang akan bermula pada Januari 2016 sehingga tahun 2020. Mereka adalah pegawai kanan yang telah mendapat Gred G54 dalam proses kenaikan pangkat yang dijalankan. 

Mereka yang dilantik adalah :

1. Hj Mokhtar Sulai                 - Pengarah PSM
2. Hj Hanawi bin Ahmad         - Pengarah Pertanian Bandar
3. Hjh Siti Saodah  Hassim      - Pengarah B. Kaw Kualiti Tanaman
4. Hj Mohd Anim Hosnan        - PPN Pahang
5. Hj NorAzmi Yahya              - PPN Perak
6. Hj Che Md Nor Enduk         - PPN Kelantan

Semuga mereka akan memberikan khidmat terbaik demi Jabatan, Perkhidmatan dan Negara.
SELAMAT MAJU JAYA!.

Daripada,
Presiden dan AJK,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(31 Disember 2015)

Saturday, January 2, 2016

PENGARAH BAH PERTANIAN BANDAR 2016


SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Tn Hj Hanawi Ahmad sebagai Pengarah Bahagian Pertanian Bandar mulai 4 Januari 2016. Jawatan ini dikosongkan oleh Tn Hj Yunus yang telah bersara wajib pada Disember 2015.  Majlis ringkas penyampaian surat perlantikan diadakan di Aras 17, Jabatan Pertanian Putrajaya pada 30 Disember 2015. Ketua Pengarah Pertanian diiringi oleh pemangku TKPP(O) dan Pengarah Pengurusan turut hadir dalam Majlis tersebut. 

Tn Hj Hanawi sebelum ini adalah Pengarah Bahagian PSM dan pernah berkhidmat di ILPP Serdang, Pegawai Pertanian Daerah Kuala Langat serta lama dalam Seksyen Komunikasi Jabatan Pertanian. Berasal dari Kelantan dan dilahirkan pada Mac 1957, beliau akan mempastikan pertanian bandar akan lebih ceria dimasa akan datang dan keujudannya akan lebih dirasai.

SELAMAT MAJU JAYA!.


Dari,
Presiden dan AJK,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(1 Januari 2016)