Tuesday, September 30, 2014

MESYUARAT MBJ BIL 3/2014

SALAM PERPETA,

MESYUARTA MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL 3./2014 TELAH DIADAKAN PADA 30 SEPTEMBER 2014 DI ARAS 16, JABATAN PERTANIAN PUTRAJAYA. MESYUARAT INI TELAH DIPENGERUSIKAN OLEH DATO KETUA PENGARAH PERTANIAN DAN DIHADIRI SAMA OLEH NAIB PENGERUSI MESYUARAT (PRESIDEN PERPETA) PENGARAH BAHAGIAN SERTA WAKIL DARI SEMUA WAKIL PEKERJA. PENGERUSI DALAM UCAPAN ALUAN MENERANGKAN GARISPANDUAN PERJALANAN MESYUARAT YANG PERLU DIPATUHI MENGIKUT PEKELILING KERAJAAN. BEBERAPA ARAHAN PENTADBIRAN JUGA DISAMPAIKAN UNTUK MAKLUUMAN DAN AHLI MESYUARAT BERKAITAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN. NAIB PENGERUSI PULA DALAM UCAPAN BALAS BERTERIMALASIH KEPADA JABATAN KERANA DAPAT MENGADAKAN MESYUARAT MBJ MENGIKUT JADUAL DIRANCANG. BELIAU JUGA MEMOHON AGAR PENSTRUKTURAN YANG DIRANCANG UNTUK JABATAN PERTANIAN DAPAT DITERUSKAN. INI TERMASUK STRUKTUR ORGANISASI DI JABATAN PERTANIAN NEGERI DAN DAERAH SERTA PUSAT PERTANIAN TEKNIKAL YANG MANA JUMLAH PEGAWAI TERUS BERKURANGAN.


BEBERAPA USUL DAN CADANGAN BERKAITAN SKIM DAN PERJAWATAN TELAH DIBINCANGKAN OLEH SETIAP WAKIL PEKERJA DENGAN BAIK. PERPETA MENGUTARAKAN USUL-USUL YANG TELAH DICADANGKAN SEMASA MESYUARAT AGONG PERPETA PADA MEI 2014 DAN USUL PENAMBAHBAIKAN SEMASA WACANA INTELEKTUAL PERTANIAN DI THE SUMMIT, SUBANG JAYA UNTUK DIBINCANGKAN OLEH PIHAK ATASAN. MESYUARAT MBJ MERUPAKAN FORUM TERBAIK ANTARA MAJIKAN DAN PEKERJA UNTUK BERKOMUNIKASI DALAM FORUM YANG BETUL. KPP MINTA SUPAYA SEMUA PERSATUAN DAN KESATUAN DAPAT BERBINCANG DENGAN SIHAT DENGAN BELIAU SELAIN DARIPADA MESYUARAT MBJ UNTUK MENYAMPAIKAN ISU-ISU SECARA SANTAI. WASALLAM!

Oleh,
AJK PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya 
(30 September 2014)

Sunday, September 28, 2014

PENGAMBILAN AO BARU 2014

Salam PERPETA,

Seramai 25 orang Pegawai Pertanian Baru telah menghadiri Kursus Orientasi dari 22 - 26 September 2014 di Institut Latihan Pengembangan Pertanian (ILPP) Serdang, Selangor. Mereka adalah sebahagian proses pengambilan biasa bagi mengisi kekogongan jawatan Pegawai Pertanian Gred G41 di Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.  Kursus seminggu ini mendedahkan mereka kepada semua aspek mengenai organisasi, tugas dan tanggung jawab sebagai seorang pegawai pertanian. Dari segi jantina, 14 orang AO baru ini adalah perempuan dan 11 orang adalah lelaki. Mereka menerima surat penempatan pada hari akhir iaitu 27 September dan akan menjalani latihan 'attachment' dibeberapa bahagian dan negeri selama 3 minggu. 


Malam terakhir kursus telah diadakan Majlis Perjumpaan peserta kursus dengan Ketua Pengarah Pertanian dan semua Pengarah-pengarah Bahagian. Dalam ucapan KPP, beliau minta supaya semua pegawaii pertanian baru ini patut bersyukur kerana daripada 2,000 orang yang memohon, hanya 700 orang sahaja yang dipanggil temuduga dan 25 orang sahaja yang berjaya. Ini bermakna ia merupakan calon pegawai pertanian terpilih yang dijangka mampu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara. KPP juga memberikan pesanan agar mereka komited dengan kerja, menjadi profesional, mengikut peraturan dan bekerja kuat untuk pembangunan pertanian di Malaysia. 


Pada hari akhir 26 September 2014, Presiden PERPETA telah diberi peluang memberikan penerangan mengenai persatuan yang melibatkan semua pegawai Pertanian. Ceramah selama 45 minit memberikan PERPETA, Peranan, Keahlian, Organisasi, Aktiviti dan seterusnga minta mereka mendaftar sebagai ahli. Bendahari Kehormat hadir sama dalam takliimat ini dan seterusnya menerima borang pendaftaran dan beberapa bayaran yuran masuk. Dengan kemasukan mereka sebagai ahli PERPETA maka genaplah seramai hapir 798 orang pegawai pertanian bergabung dalam PERPETA. Semua PERPETA akan terus kukuh dalam memperjuangkan skim pegawai pertanian. Kani warga Jabatan Pertanian mengucapkan selamat bertugas dengan Jabatan Pertanian kepada 25 Pegawai Pertanian Baru ini . Semuga sukses selalu!



BULAT AIR KERANA PEMBENTONG
BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT
SEMUA AO MESTI BERGABONG
AGAR BERJAYA NAIK PANGKAT

By,
Presiden PERPETA
ILPP, Serdang,
Selangor,
Malaysia.
(26 September 2014)

Friday, September 26, 2014

SELAMATBERSARA - DATO SABTU

Salam PERPETA,

Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Pembangunan (TKPPP) YH Dato' Sabtu Slamat telah bersara wajib mulai 26 September 2014 melalui satu majlis ringkas yang diadakan di Aras 17, Jabatan Pertanian, Putrajaya. Beliau yang juga merupakan bekas Presiden PERPETA paling lama iaitu selama 6 penggal (2008 -2014) telah 'Punch Out' kad perakam waktu jam 5.15 petang disaksikan oleh Ketua Pengarah Pertanian, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri, Presiden dan AJK PERPETA serta ramai warga Jabatan. Beliau yang diiringi oleh isterinya berjalan keluar ke tingkat lobby dimana ramai pegawai Jabatan Pertanian berbaris mengucapkan selamat bersara wajib kepada beliau.

Dalam ucapan awal oleh Ketua Pengarah Pertanian menyatakan, Jabatan Pertanian berbangga dengan khidmat cemerlang yang diberikan oleh Dato Sabtu selama bertugas lebih daripada 36 tahun dengan Jabatan Pertanian Malaysia. KPP juga mohon agar beliau akan terus sihat dan ceria setelah bersara dan jabatan akan sentiasa mengingati jasa beliau. Dato Sabtu pula dalam ucapan balas mengucapkan terimakasih kepada Jabatan Pertanian yang mana beliau berkhidmat lebih separuh dari hayatnya. Antara pesanan beliau adalah agar pegawai pertanian terus jurjur dan komited dalam menjalankan tugas dan terima apa juga masaalah yang dihadapi dengan sabar. Beliau menceritakan pengalaman semasa mula bekerja di jabatan sehingga mencapai tahap tinggi dalam jabatan. Antara perkara yang beliau ingatkan adalah agar ramai pegawai suka bersukan untuk menjaga kesihatan, sentiasa membawa duit poket (incase kena bayar tol menteri dan belanja makan lain2 rombongan), jangan suka marah orang, suka berkawan dan sebagainya.

Kek Hari Jadi ke 60 yang disediakan oleh penganjur dipotong dengan iringan doa dari semua hadirin semuga persaraan beliau diingati. KPP juga menyampaikan surat penghargaan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga cenderamata daripada Jabatan Pertanian. PERPETA telah memberikan cenderamata sebagai ingatan kepada bekas presiden ini dalam satu majlis lain sebelum ini bersama AJK PERPETA. Kami warga Jabatan Pertanian dan Ahli PERPETA mengucapkan selamat bersara kepada YH Dato Sabtu. Sayonara!...

DATO' SABTU...ORANGNYA CERIA...
LAMA..JADI PRESIDEN PERPETA...
MASUK A19...PENCEN DAPAT JUSA...
MEMANG HEBAT...AMAT BERJASA...

By,
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(26 September 2014)

Sunday, September 14, 2014

KEMPEN DERMA DARAH

Salam PERPETA,

Kempen derma darah sempena Seminar Kecergasan Jabatan Pertanian di UUM, Sintok, Kedah telah berjaya mengumpulkan ramai pegawai Jabatan Pertanian termasuk ahli-ahli PERPETA untuk menderma darah. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis telah berterimakaseh dengan memberikan SIJIL PENGHARGAAN kepada Ketua Pengarah Pertanian Malaysia selaku penaung PERPETA kerana sumbangan derma darah tersebut. Sijil Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Pertanian Negeri Kedah (En Ismail) kepada Ketua Pengarah Pertanian pada 12 September 2014 di Bilik Bunga Raya, Aras 16, Jabatan Pertanian, Putrajaya (Gambar diatas) disaksikan oleh Presiden, Setiausaha Kehormat, Bendahari dengan semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Pertanian Negeri. Derma darah merupakan satu aktiviti  yang mulia dan PERPETA amat berbangga dengan semua ahli-ahlinya yang memberikan darah sempena kempen tersebut. Wasllam.

Oleh,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian,
Putrajaya
Malaysia
(12 September 2014)

Thursday, September 11, 2014

CEK DERMA TABUNG GAZA 2014

SALAM PERPETA,

Majlis penyampaian cek DERMA TABUNG KEMANUSIAAN GAZA telah diadakan pada 12 September 2014 bertempat di Bilik Bunga Raya, Jabatan Pertanian, Wisma Tani, Putrajaya. Cek bernilai RM7,000 telah disampaikan oleh Pengarah Pertanian Negeri Kedah kepada Presiden PERPETA dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri serta Ubit Intergriti Putrajaya dan Ketua Unit Intergriti Jabatan Pertanian Malaysia sempena Taklimat penubuhan Unit JITU Jabatan Pertanian. Sumbangan tersebut merupakan sumbangan terbesar yang dikutip AJK PERPETA Negeri Kedah sempena Seminar Kecergasan Jabatan Pertanian Malaysia yang diadakan di UUM , Sintok Kedah.

PERPETA akan menyerahkan semua sembangan tersebut kepada Tabung Gaza sebagai tambahan sumbangan pertama yang disampaikan sempena Iftar Ramadan pada bulan Julai 2014 sebanyak RM 3,500.00 sebelum ini. Beberapa sumbangan yang baru diterima daripada perwakilan dan AJK Bahagian dan Negeri PERPETA juga sedang dikumpulkan untuk penyerahan. PERPETA mengucapkan jutaan terimakasih kepada SEMUA warga Jabatan Pertanian yang memberikan sumbangan tersebut yang dikelolakan oleh PERPETA. Sesungguhnya sumbangan anda sangat bermakna dan amat dihargai!.

Sekian. Terimakaseh.
Salam dari Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.