Salam PERPETA,
Jabatan Pertanian Malaysia akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri Tahun 2013 di Dewan Seri Seroja, Precint 15, Persiaran Diplomatik, Putrajaya pada 29 Ogos 2013 bersamaan dengan 22 Syawal 1434 Hijrah. Majlis ini akan menyediakan sebanyak lebih 15 gerai yang akan menyediakan pelbagai makanan tradisional dan moden yang di sediakan oleh semua bahagian di Jabatan Pertanian. Antara menu yang akan ada adalah Ketupat, Rendang, Nasi Minyak, Sate, Lontong, Pecal Jawa, Buah-buahan, Lemang, Pelbagai jenis minuman dan banyak lagi. Seramai lebih dari 500 orang jemputan akan hadir termasuk lebih dari 100 orang pesara Jabatan Pertanian daripada bekas Ketua Pengarah sehinga ke Jawatan yang rendah. Majlis akan di hadiri oleh YB Menteri Pertanian dan Timbalan Menteri Pertanian bermula jam 11 pagi.
Acara akan dimulakan dengan ketibaan para jemputan, ketibaan jemputan khas, ketibaan Timbalan Menteri Pertanian, Ketibaan Menteri Pertanian dan bacaan doa. Ketua Pengerah Pertanian akan memberikan ucapan diikuti dengan jamuan makan hari raya. Persembahan nyanyian dan tarian diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Majlis dijangka selesai jam 2.00 petang. PERPETA selaku kumpulan NGO di Jabatan Pertanian tidak diminta menyediakan gerai seperti tahun 2012 tetapi akan menyumbangkan kewangan sebanyak RM 1,000 untuk majlis ini sebagai menyokong kepada aktiviti PERPETA. Semuga majlis ini akan meningkatkan lagi imej Jabatan Pertanian di negara kita. Wasalla,!
By,
Ketua Biro,
Biro Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.