Kami AJK PERPETA mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA" kepada semua muslimin dan muslimat ahli-ahli PERPETA dimana jua anda akan berhari raya. Daripada tinjauan rakan-rakan PERPETA di Putraijaya, mereka rata-rata bercuti selama 8-10 hari dan ada yang sampai 2 minggu untu berhariraya bersama kaum keluarga dan sahabat handai. PERPETA mengucapkan selamat bercuti dan menasihatkan anda semua berhati-hati semasa memandu dijalanraya. Pathi peraturan jalan raya yang penoh dengan kesesakan lalulintas dan kesabaran adalah amat penting. Kepada mereka yang ingin meninggalkan rumah dalam waktu yang lama, pastika rumah berkunci dan jaga keselamatan harta yang ditinggalkan. Pastika membawa wang saku mencukupi sepanjang Hari Raya nanti maklumlah gaji pun dan hampir 2 minggu dan sebahagian telah dibelanjakan untuk persiapan sambutan AidilFitri.
PERPETA mungkin akan mengadakan Jamuan Hari Raya kelak seperti tahun-tahun sebelum ini dan akan berkerjasama dengan pihak pengurusan jabatan Pertanian untuk tujuan tersebut. Kepada mereka yang masih bujang bolehlah enjoy puas-puas sebelum diikat dengan suami atau isteri serta mertua anda kelak. Semuga hari raya tahun ini akan menjadi kegembiraan kepada rakan-rakan PERPETA semua dan diharap akan kembali bertugas dengan bertenaga kelak selepas hari raya.
Kami AJK PERPETA memgucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah.
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN AMPUN DAN MAAF DIATAS SEGALA KESALAHAN DAN HALALKAN SEGALA MAKAN MINUM SERTA BERGEMBIRALAH KITA SEMUA".
HARI RAYA AIDILFITRI.. KINI DAN TIBA...
PERPETA UCAPKAN...UNTUK SEMUA...
SALAM DISAMBUT... MAAF DIPINTA...
KTA SEMUA BERAYA... HATI GEMBIRA...
By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Putrajaya,
Malaysia
(25 Ramadan 1434H)