Salam PERPETA,
Mesyuarat Agong Tahunan PERPETA 2016 yang diadakan pada 31 Mei 2016 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya melibatkan Ucapan Dasar Presiden. Berikut adalah antara kandungan ucapan presiden untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan kepada semua AJK dan Ahli-ahli PERPETA. Presiden PERPETA Sessi 2014-2016 adalah Hj Mohd Anim Hj Hosnan yang kini bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Semuga pemilihan AJK PERPETA Sessi 2016-2018 akan berjalan dengan baik dan lancar.
UCAPAN DASAR
PRESIDEN
MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN PERPETA 2016
Aslamualaikum
wbt dan Salam Sejahtera
Terimakasih
Pengerusi Majlis
Y Bhg
Dato Ahmad Zakaria Ahmad Sidek (Penaung PERPETA)
Y Bhg
TKPP(P), TKPP(O), Pengarah2 Bahagian,
Pengarah2
Pertanian Negeri
Yang
Dihormati semua Ahli Jawatankuasa PERPETA dan
Yang
Dimuliakan ahli-ahli PERPETA sekalian,
Dengan
penuh takzim, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana
dengan limpah kurnianya pagi ini kita sama-sama dapat kita berkumpul bagi melaksanakan
kewajipan dalam aktiviti berpersatuan.Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Y. Bhg.
Dato’-Dato’/Tuan/Puan sekelian kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan
PERPETA kali ke-14 pada tahun 2016
hari ini di adakan di Dewan Serbaguna, MOA kali ini.
Sebelum
saya meneruskan ucapan, tidak dilupakan kepada ahli-ahli yang sudah tidak
berkhidmat lagi sebagai pegawai pertanian sama ada bersara ataupun telah
meninggal dunia namun jasa mereka sangatlah besar kepada PERPETA. Dalam tempoh
2014 – 2015, PERPETA telah kehilangan beberapa orang ahlinya iaitu yang telah
kembali kerahmatullah atau pun bersara wajib/pilihan. Dengan itu, sama-samalah
kita bersedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh-roh mereka dicucuri rahmat
dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Al Fatihah…
Dari
Januari 2014 sehingga Mei 2016, seramai lebih daripada 21 ahli PERPETA telah bersara antaranya Dato’ Sulaiman bin Md Zain,
Ketua Pengarah Pertanian, Dato Sabtu Slamat, Pn. Hjh Norma Othman, Tn Hj Yunos,
Tn Hj Adnan Kasim, Ismail (PPN Kedah), Tn Hj Yusoff (PPN Terengganu) dan ramai
lagi kalau saya nak sebutkan di sini. Pada saya apa yang penting setiap dari
mereka memberi sumbangan yang besar kepada Jabatan Pertanian. Jadi, Saya ingin mengalu-alukan ahli-ahli
yang telah bersara ini untuk mendaftar sebagai ahli bersekutu PERPETA atau pun
Alumni Jabatan Pertanian agar kompetensi dan ilmu pengetahuan yang mereka
miliki akan dapat terus bersinar serta dimanfaatkan bersama.
|
PERPETA mwnghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. |
Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,
Sepanjang
tempoh 2 tahun ini saya percaya anda masih ingat dimana padal 24 Disember 2014
adalah merupakan satu tarikh yang terpahat dalam fikiran semua kita, dimana rakyat
Malaysia juga dunia yang tidak mungkin dapat dilupakan. Apa tidaknya masa ini
berlaku satu benncana banjir terburuk dalam sejarah negara telah melanda negara
kita. Banjir tersebut telah menyukarkan orang ramai dibeberapa negeri iaitu Kelantan,
Terengganu, Pahang dan Perak sekaligus menyebabkan banyak kehilangan harta
benda. Semangat keperihatinan seluruh rakyat Malaysia pelbagai lapisan tanpa
mengira fahaman agama, politik sama-sama membantu mangsa banjir disalurkan.
Tidak terkecuali AJK dan ahli-ahli PERPETA serta NGO lain yang bersatu dan
bekerja keras siang dan malam menggerakkan aktiviti-aktiviti yang patut
dilaksanakan. PERPETA terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir dalam bentuk
bantuan makanan, pakaian dan keperluan asas yang lain serta bergotong royong membersih
kediamanan mangsa banjir. Presiden sendiri ke Pahang untuk terlibat sama dalam
aktiviti membersihkan Masjid di Bera. Ahli AKRAB di kalangan ahli PERPETA juga
terlibat sama dalam pemulihan dan motivasi mangsa-mangsa banjir. Sepanjang misi
bantuan tersebut PERPETA telah Berjaya mengumpul banyak kutipan derma dan
menyalurkan bantuan sebanyak 24 buah lori kepada mangsa di seluruh negeri yang
terlibat. Semua sumbangan ini presiden ucapkan jutaan terimakaseh.
Y. Bhg.
Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,
Pada
tahun 2016 ini, sekali lagi PERPETA diberikan peluang untuk mewarnakan program
jabatan dengan bersama-sama dalam program anjurannya.Pada hari ini, kita
diberikan peluang menyertai Majlis Taklimat Halatuju Pertanian - Jabatan
Pertanian dan Tranformasi Pertanian Negara. Sebelum ini PERPETA diberi peluang
untuk turut serta dalam Taklimat Tranformasi Kerajaan dan Projek-Projek dalam
Rolling Plan I & II di ILPP, Serdang anjuran Jabatan Pertanian. Oleh itu,
saya mewakili PERPETA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada pihak Jabatan Pertanian, terutamanya pegawai-pegawai Ketua
Pengarah Pertanian yang telah menganjurkan program pada kali ini dan seterusnya
memberi peluang kepada PERPETA mengadakan Mesyuarat Agung. Mesyuarat agong kali
ini adalah penting diadakan untuk membuat pemilihan AJK baru untuk dua tahun
akan datang 2016-2018.
|
Presiden PERPETA menerima sijil penghargaan dari Menteri di MAEPS. |
Y. Bhg.
Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,
PERPETA yang bergerak seiringan dan
menyokong setiap program Jabatan mempunyai ahli yang
mampu bukan sahaja memberi sumbangan signifikan kepada organisasi, malahan
kepada pembangunan sektor pertanian negara.
Peranan Pegawai Pertanian sebagai perancang, pencipta visi, penggubal
dasar, penentu sumber strategik, serta terlibat secara aktif dalam membangunkan
sektor di lapangan, menjadikan kita semua sebagai satu tonggak kumpulan yang sangat ampuh serta
menjadi jentera pemacu pembangunan sektor pertanian negara. Pegawai pertanian
adalah kumpulan pegawai professional yang pakar dalam banyak disiplin. Oleh
itu, PERPETA amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli
yang telah menerima pelbagai kurniaan darjah kebesaran pada tahun 2014 – 2016
dengan pelbagai Darjah Gelaran. Semoga
dengan pencapaian dikecapi ini dapat memberi inspirasi kepada ahli-ahli lain
untuk memartabatkan kemampuan masing-masing di satu puncak yang ulung.
Y. Bhg.
Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,
Sebagai
imbasan terutama kepada pegawai-pegawai lantikan baru, PERPETA telah melangkah
setapak lagi ke hadapan dimana setelah 24 tahun, PERPETA asalnya bertapak
sebagai sebuah persatuan yang dianggotai oleh Pegawai Pertanian di bawah Skim
Perkhidmatan Pegawai Pertanian yang bertugas, ditempatkan atau dipinjamkan oleh
Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. PERPETA yang dulu dikenali sebagai Persatuan Pegawai Pertanian Kuala Lumpur
telah ditransformasikan kepada Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian
Malaysia (PERPETA) dan bercerminkan Logo serta Slogan yang mantap iaitu "Profesionalisme
Teras Kecemerlangan". Sekaligus
menyaksikan peranan PERPETA telah berkembang dari akan memenuhi keperluan dan
kepentingan ahli sahaja, malahan turut
mempertingkatkan lagi tahap professionalisme ahli serta menyumbang khidmat
bakti sosial selaras dengan tuntutan semasa negara dan antarabangsa. Status
terkini sehingga 31 Mei 2016, mencatatkan dari 640 jumlah keseluruhan Pegawai Pertanian, 624 orang telah mendaftar sebagai ahli, satu pencapaian yang baik
jika dibandingkan dengan tahun 2013 iaitu 610
orang mendaftar sebagai ahli. PERPETA akan terus menjejaki Pegawai-Pegawai
Pertanian yang masih belum menjadi ahli untuk menarik dan menyatukan mereka
dibawah satu payung iaitu PERPETA.
|
AJK dan Ahli PERPETA melawat KOSMO. |
Y. Bhg.
Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,
Dari
tahun 2014 sehingga kini, sebanyak 10 kali Mesyuarat AJK telah diadakan bagi
membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan perkhidmatan, kebajikan dan sosial
ahli. Mesyuarat ini diadakan di Putrajaya, Johor Bahru dan beberapa lokasi lain. Sepertimana yang Y. Bhg.
Dato’/tuan/puan maklum, platform rasmi untuk menyampaikan suara PERPETA ialah
melalui Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
di mana PERPETA merupakan salah satu daripada ahlinya yang diwakili oleh
Presiden dan Setiausaha Kehormat PERPETA. Malahan wakil PERPETA merupakan naib
pengerusi MBJ Jabatan Pertanian. Mesyuarat MBJ telah diadakan sebanyak 4 kali
dalam setahun. Dalam mesyuarat tersebut banyak usul dan usaha menjaga
kepentingan ahli diperjuangkan PERPETA dengan mengutarakan beberapa isu penting
seperti desakan untuk mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan, kenaikan
pangkat, permohonan jawatan KUP serta isu-isu lain. Dengan itu PERPETA
merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan tertinggi,
Bahagian Pengurusan, Bahagian PSM serta semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan usaha tersebut. PERPETA antara NGO yang paling banyak mengutarakan
usul dalam mesyuarat MBJ selama ini untuk kepentingan bersama.
Y. Bhg.
Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,
Selain
daripada isu-isu yang membabitkan Perkhidmatan Pegawai Pertanian, PERPETA juga
memperjuangkan kebajikan serta sosial ahli dan masyarakat. Ini terbukti dengan
adanya program kutipan derma sumbangan kepada waris ahli yang meninggal dunia,
sakit dan sebagainya. Malahan sumbangan turut diberikan kepada Yayasan-yayasan
kebajikan yang memerlukan. Antara sumbangan uag terbesar daripada PERPETA adalah
kutipan derma Tabung Palestin/Gaza yeng melibatkan lebih daripada RM10,000 dan
diserahkan kepada mereka. Saya sangat berterima kasih dan menyanjung tinggi
setiap sumbangan yang telah dihulurkan oleh Y. Bhg. Dato’-Dato’ dan
tuan/puan. Semoga sikap prihatin yang
ditunjukkan oleh ahli- ahli selama ini terus diserlahkan lagi di masa-masa yang
akan datang. Semoga ALLAH s.w.t
sahajalah membalas jasa dan budi baik tuan/puan.Di samping itu juga, PERPETA
turut memberikan sumbangan kepada ahli-ahli yang melangsungkan perkahwinan buat
kali pertama.Rangkuman semua aktiviti akan dibentang dalam laporan mesy agung
sebentar lagi. Sementara itu dalam aspek sukan dan rekreasi, ahli-ahli PERPETA terlibat
dalam menaruji penganjuran sukan jabatan juga mewakili jabatan di sukan luar
jabatan seperti tenis, badminton, bola sepak, Bowling dan sebagainya. Aktiviti
seumpama ini telah mengeratkan hubungan sesama ahli dan mewujudkan semangat
kesukanan. PERPETA juga bersama warba jabatan terlibat dalam perbarisan sempena
Hari Kemerdekaa, Majlis Maulidulrasul, Perjumpaan dengan JPA dan sebagainya.
Y. Bhg.
Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,
Pada
tahun ini merupakan tahun pemilihan tampok pimpinan baru PERPETA. Y. Bhg. Dato’-Dato’/Tuan/Puan adalah penentu
gerak kemajuan dan kejayaan PERPETA di masa akan datang. Di samping itu juga,
di atas peluang dan kesempatan yang ada hari ini saya berharap semua ahli dapat
melahirkan pandangan dan buah fikiran masing-masing supaya berlaku penambahbaikan
terus berlaku demi memastikan PERPETA terus bergiat aktif selaras dengan tujuan
penubuhannya. Usul-usul daripada semua ahli akan diangkat ke Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa PERPETA untuk diambil tindakan sewajarnya dimana ia menjadi
tanggungjawab yang digalas oleh Ahli Jawatankuasa PERPETA amatlah besar.
Usaha
tersebut perlulah seiring dengan kemantapan ilmu pengetahuan, kompetensi
teknikal, ketahanan mental dan emosi senada dengan arus permodenan bidang
pertanian yang semakin hari semakin jauh ke hadapan, kita perlu pantas,
efisien, tepat dan sanggup pengorbankan masa peribadi. Saya menyeru agar lebih
ramai ahli PERPETA yang mempunyai kepakaran lebih tinggii dengan pengiktirafan
sebahai Jurulatih Bidang Khas (JBK) dan Pengitirafan daripada Jabatan Tenaga
Rakyat (PIND). Saya yakin kehadiran barisan kepimpinan baru PERPETA akan mampu
melakar dan seterusnya menjadikan PERPETA sebuah bintang berkilauan yang
senantiasa berhajat menghulur bakti, demi ahli, agama, bangsa dan tanahair.
Y. Bhg.
Dato’-Dato’/Tuan/Puan Sekelian,
Sebelum
saya mengakhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Jabatan Pertanian kerana telah memberi peluang kepada
PERPETA untuk bermesyuarat Agung ke 14 pada kali ini.
Tidak
dilupakan kepada semua ahli-ahli yang hadir pada hari ini yang turut menyuntik
semangat supaya PERPETA terus bangun dan maju. Ucapan terima kasih yang tidak
terhingga ditujukan kepada semua Ahli Jawatankuasa PERPETA Sessi 2014/2016 yang
telah menyumbang bakti dan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh
saya menjawat jawatan Presiden PERPETA dan akhir sekali kepada semua
petugas-petugas PERPETA yang telah sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung pada
kali ini. Akhir kata dengan ucapan ‘BISMILLAHIRAHMANIRAHIM’ saya dengan ini
mengugurkan semua Barisan AJK PERPETA Sessi 2014-2016.
Sekian.
Wabillahitaufik
walhidayah wassalamualaikum w.b.t.
"SELAMAT
BERMESYUARAT AGUNG”
HJ MOHD
ANIM BIN HJ HOSNAN
PRESIDEN
PERSATUAN
PERKHIDMATAN PEGAWAI PERTANIAN (PERPETA)
JABATAN
PERTANIAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
(MEI
2016)
|
Majlis berbuka AJK PERPETA dengan KPP. |
Oleh,
PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(30 Mei 2016)