Wednesday, December 30, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Salam PERPETA!,

PERPETA mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU 2016' kepada semua warga Jabatan Pertanian khususnya ahli-ahli PERPETA disluruh negara. Pada tahun baru 2016 Presiden dan AJK PERPETA mengharapkan kejayaan yang lebih terserlah kepada Jabatan Pertanian dalam menjayakan wawasan kerajaan. Tahun 2016 merupakan tahun pertama perlaksanaan Rancangan Malaysia ke 11 dimana peruntukkan yang besar telah diberikan kepada sektor pertanian khususnya untuk pengeluaran bahan makanan. PERPETA yakin dengan kepercayaan semua ahli PERPETA untuk menymbangkan khidmat bakti dalam melaksanakan amanah kerajaan ini. Pada tahun 2016 juga akan dijalankan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan PERPETA dimana akan berlaku pemilihan AJK Baru yang akan memimpin seterusnya perjuangan sedia ada. 



Pada tahun baru 2016 akan berlaku ramai pergerakan dikalangan Pegawai Pertanian dan Penolong Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian kerana kenaikan pangkat dan sebagainya. PERPETA mengucapkan terimakaseh kepada pengurusan tertinggi yang cuba sedaya upaya memproses kenaikan pangkat dan pengisian jawatan kosong secara berterusan. Kepada mereka yang bertuker kerana naik pangkat diharap menerimanya dengan hati terbuka dan sanggup bertugas ditempat baru. Selamat Maju Jaya dalam tahun 2016!.



SELAMAT TAHUN BARU 2016!

Oleh,
Presiden dan AJK,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya, Malaysia.
(1 Januari 2016)

Thursday, December 24, 2015

SELAMAT HARI NATAL 2015

SALAM PERPETA,

PERPETA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL DAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA AHLI PERPETA BERAGAMA KRISTIAN TAHUN INI IAITU PADA 25 DISEMBER 2015. SEMUGA TERUS BERJAYA DAN MENYUMBANGKAN KOMITMENT YANG TINGGI KEPADA KERJAYA DI JABATAN PERTANIAN. SEMPENA CUTI PANJANG INI DIHARAP SEMUA AHLI PERPETA JUGA BERCUTI DAN BALIK KAMPONG ATAU MELANCONG. BERHATI-HATI DIJALANRAYA DAN SELAMAT BERGEMBIRA!.

SELAMAT HARI NATAL!

DARIPADA,
PERPETA
JABATAN PERTANIAN
PUTRAJAYA
(25 DISEMBER 2015)

Wednesday, December 23, 2015

SAMBUTAN MAULIDUl RASUL 1437 HIJRAH

SALAM PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan selamat menyambut Maulidul Rasul 1437 Hijran yang bersamaan dengan 24 Disember 2015. Tema sambutan Maulidul Rasul 2015 adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Ramai ahli-ahli PERPETA yang berpakaian serba biru turut hadir dalam perarakan dan sambutan diseluruh negara dan negeri. Diperingkat Persekutuan sambutan diadakan di Dewan A, MAEPS, Serdang, Selangor yang telah dirasmikan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri. Seramai 10 orang penerima anugerah disampaikan kepada penerima Tokoh MaulidulRasul dari seluruh negara.


Perbarisan kontijen Jabatan Pertanian bermula jam 8.30 pagi daripada pintu utama dengan liputan daripada TV1 dan TV3. Pengarah BPTIF En Halimi Mahmud telah ditemuramah pihak TV secara langsung dan ini menjadi kebangaan kepada semua ahli PERPETA. Ramai ahli PERPETA bersama kakitangan yang lain dengan bersemangat telah membanggakan Jabatan Pertanian. Semuga perpaduan dikalangan umah akan menjadi nadi kepada transformasi kepada Jabatan Pertanian khasnya dan Negara amnya. Wasallam!.



Oleh,
Presiden dan AJK,
PERPETA Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(12 RabiulAwal 1437H)

Friday, December 18, 2015

MESYURAT MBJ BIL 4/2015

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Jabatan Pertanian (MBJ) Bil 4/2015 telah diadakan pada 16 Disember 2015 di Bilik Bunga Raya, Aras 16, Jabatan Pertanian, Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato Ketua Pengarah Pertanian ini memenuhi keperluan kuota mesyuarat tahunan sebanyak 4 kali setahun seperti keperluan pekeliling MBJ. PERPETA diwakili oleh En Adli Salihin kerana Presiden dan SU Kehormat berada diluar Putrajaya dan Timbalan Presiden di luar negara. PERPETA tidak memberikan usul kali ini dalam mesyuarat kerana ahli tetap tidak hadir (Sebenarnya ada 5 usul dicadangkan dari Mesyuarat AJK PERPETA di Johor Bahru). Mesyuarat ini dihadiri sama oleh beberapa Pengarah Bahagian dan perwakilan daripada NGO lain. KPP dalam ucapan aluan menyatakan bakal Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Mesyuarat membincangkan usul daripada Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian dan juga beberapa perkara berkaitan MBJ. Mesyuarat di sambung oleh pemangku Timbalan Ketua Pengarah TKPP(O)  sehingga selesai.

By,
Presiden
PERPETA Jabatan Pertanian
Putrajaya
(17 Dec 2015)  

Thursday, December 10, 2015

KSU KEMENTERIAN PERTANIAN BARU

PUTRAJAYA, 9 Dis (Bernama) - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini mengumumkan pelantikan dan pertukaran empat pegawai perkhidmatan awam dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi menjawat jawatan kanan berkuatkuasa Rabu depan.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Dato' Dr Ismail Bakar (Foto diatas) dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggantikan Datuk Mohd Arif Ab Rahman yang sebelum ini dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. PERPETA mengucapkan selamat datang kepada KSU baru. Dr Ismail, 55, yang menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Pengangkutan mulai 18 November 2014 merupakan lulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ekonomi dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi serta perolehan menerusi peranannya sebagai Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan dan Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington mula memasuki perkhidmatan awam pada Januari 1986 sebagai PTD.



Berikut adalah Latar Belakang KSU yang baru:-

Maklumat Asas
Tarikh Lahir : 19 Januari 1960
Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor, Malaysia
Jawatan : Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Jawatan Sebelum : Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan


Pendidikan
Ijazah Kedoktoran Ekonomi, University of Hull, United Kingdom (2004)
Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan, University of Hull, United Kingdom (1995)
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya (1983)

Pengalaman
Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (16 Disember 2015)
Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia (18 November 2014)
Menerima surat pelantikan sebagai KSU Kementerian Pengangkutan oleh YBhg. Tan Sri KSN (14 November 2014)
Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan (20 Januari 2014)
Pengarah, Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan (1 Ogos 2013)
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan (Februari 2011)
Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington (2008)
Ketua Seksyen Teknologi MAklumat & Elektronik, Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan (2006)
Ketua Perancangan, Penyelidikan dan Dasar, Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan (2004)
Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Analisa Ekonomi & Antarabangsa, Kementerian Kewangan (1995)
Penolong Setiausaha, Bahagian Analisa Ekonomi & Antarabangsa, Kementerian Kewangan (1990)
Penelong Pengarah, Pasukan Petugas Anti Dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (1986)
Lantikan ke perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik (13 Januari 1989


PERPETA mengucapkan Selamat Datang kepada KSU kita. Selamat Maju Jaya!.

Oleh,
Presiden dan AJK
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(10 Disember 2015)