Thursday, October 30, 2014

TAHUN BARU HIJRAH 1436

Salam PERPETA,

AJK PERPETA mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1436' yang jatuh pada Hari Sabtu 25 Oktober 2014. Ini menunjukan kedatangan 1 Muharam 1436 menambah satu lagi umur kita muslimin dan muslimat ahli-ahli PERPETA dalam kalendar Islam. Marilah sama-sama kita berdoa agar diberikan kesihatan, kekuatan dan cetusan kesegaran minda untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang di Jabatan Pertanian. Dalam pada itu kita sewajarnya menyambut MAAL HIJRAH dengan penoh keimanan dan keinsafan agar PERPATA akan terus utuh dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua. Sekian.

Dari,
AJK PERPETA,
Jabatan Pertanian
Aras 12, Wisma Tani,
Putrajaya
(1 Muharam 1436 Hijrah)

Sunday, October 26, 2014

HARI DEEPAVALI 2014

SALAM PERPETA,

Kami AJK PERPETA Jabatan Pertanian mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI" kepada ahli khususnya kaum India yang menyambut perayaan tersebut yang disambut pada 22 Oktober 2014. Sempena perayaan ini diharap mereka akan bergembira bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Semuga ia akan mengeratkan lagi persahabatan dikalangan warga jabatan. 

Dari,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian
Wisma Tani
Putrajaya
(22 Oktober 2014)

Thursday, October 23, 2014

HARI INOVASI JABATAN PERTANIAN

Salam PERPETA,

HARI INOVASI 2014 Jabatan Pertanian diadakan pada 16 Oktober 2014 bertempat di Dewan Seberguna, MOA, Putrajaya. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia dengan dihadiri lebih daripada 450 orang pegawai dimana sebahagian daripada mereka adalah Ahli-ahli PERPETA. Beberapa acara hari Inovasi dijalankan sempena majlis tersebut termasuk penyampaian sijil dan anugerah kecemerlangan yang dicapai oleh kakitangan Jabatan Pertanian sepanjang tahun 2014. Beberapa kumpulan KMK dan Anugerah Inovasi telah diberikan sijil penghargaan setelah berjaya membuat pembentangan sebelum ini. Majlis ini diserikan dengan Anugerah Inovasi Kategori Pegawai dan Anugerah Inovasi Kategori Usahawan. Hari inovasi ini sesungguhnya memberikan pengiktirafan kepada semua warga Jabatan khususnya ahli-ahli PERPETA agar terus aktif dalam kerjaya.


Dari,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(Oktober 2014)

Sunday, October 19, 2014

MAJLIS 'JASAMU DIKENANG' 2014

Salam PERPETA,

Majlis 'Jasa Mu di Kenang' untuk meraikan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang bersara tahun 2014 telah diadakan pada 16 Oktober 2014 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya. Majlis ini telah meraikan seramai 14 orang bekas Ahli-ahli PERPETA termasuk bekas Presiden PERPETA (YH Dato' Sabtu Slamat) dan bekas Timbalan Presiden PERPETA (YH Dato' Wan Darman). Majlis yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Pertanian, Pengarah-pengarah Bahagian serta Pengarah2 Pertanian Negeri serta pegawai kanan Jabatan Pertanian merupakan satu ktiviti tahunan untuk pesara-pesara Jabatan Pertanian daripada semua peringkat pegawai. Majlis ini menyediakan jamuan makan malam, penyampaian cenderahati dan persembahan kebudayaan oleh kakitangan Jabatan Pertanian. Semuga pesara-pesara Jabatan Pertanian akan beroleh kesihatan dan kebahagiaan setelah bersara. Sekian.

Oleh,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(Oktober 2014)

Wednesday, October 15, 2014

MAJLIS MENINGKAT HASIL PADI, PERAK


Salam PERPETA,

Majlis Pegawai Pertanianbersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk program meningkatkan hasil padi di Pasir Salak, Perak telah diadakan pada 10 Oktober 2014 (Lihat foto diatas). Timbalan Menteri berpuashati dengan cara dan kaedah bagaimana pegawai pengembangan di Jabatan Pertanian bekerja dalam industri penanaman padi melalui Sistem Pengembangan SPTP yang di ketuai oleh Pegawai Pertanian Daerah. Majlis yang dihadiri oleh Hajah Norma (wakil KPP), Encik Zabidi Dun (Pengarah Pertanian Perak), Pegawai-pegawai Pertanian Daerah, Agen-agen Pengembangan dan ramai petani serta pesawah amat meriah. Tahniah kepada warga Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Putrajaya yang berpadu untuk majlis ini.




Berita mengenai aktiviti yang baik ini telah dilaporkan dalam beberapa akhbar arus perdana (Sila lihat foto diatas) dan juga melalui akaun Facebook dan WhatApp. Semua ini adalah satu pengiktirafan kepada warga PERPETA dan warga DOA yang terus mempastikan industri pertanian negara akan terus kukuh dimasa akan datang dan Jabatan Pertanian akan terus relevan. Kita sama-sama tunggu program bersama menteri di Taiping, Perak untuk program pembangunan buah-buahan terpilih dalam masa terdekai ini. Selamat Maju Jaya!


Oleh,

Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya

Tuesday, October 14, 2014

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2014

Salam PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada semua Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Malaysia yang menerima "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" atau APC yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 14 Oktober 2014. Majlis yang di adakan di Dewan MAEP, Serdang, Selangor ini merupakan aktiviti gabungan beberapa Jabatan dan Agensi dibawah kementerian yang berjaya menerima APC untuk tahun 2014. Ramai dikalangan ahli-ahli PERPETA bekerja kuat dan ii dibuktikan dengan anugerah APC yang merupakan pengiktirafan oleh pihak kerajaan. Kegembiraan mereka yang menerima anugerah ini terpancar dengan sessi bergambar bersama penerima anugreah APC dan juga bergambar bersama Menteri serta Ketua Setiausaha Kementerian (KSU). 





Pengikritafan ini meemberikan semangat dan dorongan untuk semua pegawai di Jabatan Pertanian untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan komited. Terimakaseh juga diucapkan kepada ketua-ketua iaitu Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua yang memberikan markah tinggi dan kepada Jawatankuasa APC Jabatan Pertanian. Kepada ahli PERPETA lain yang belum menerima APC diharap akan teruskan usaha bekerja dengan cemerlang!.


 Dari,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(14 Oktober 2014)


Monday, October 6, 2014

PENGISIAN JAWATAN TINGGI

Salam PERPETA,

Pada masa artikel ini ditulis, terdapat beberapa jawatan kanan yang masih kosong untuk proses pengisian. Pada masa ini Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Pembangunan (TKPPP) dan Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKPPO) masih belum diisikan dan ditangunggg kerja  oleh Tn Hj Jabar (Pengarah PTIF) dan juga Hjh Norma (Pengarah Hortikultur). Selain itu Pengarah BPIAT (Dato' Wan Darman) telah mula bercuti untuk bersara dimana kerja di bahagian tersebut dijalankan oleh Encik Abdul Daut. Di Selatan Tanah Air, Pengarah Pertanian Negeri Johor sedang dijalankan kerja oleh En Mohd Kamil sehingga jawatan tersebut diisikan. Proses pengisian sedang dilakukan pada masa ini mengikut proses biasa. Semuga mereka yang diberi tanggungjawap menjalankan kerja-kerja jawatan tinggi dan penting ini akan mampu melaksanakan dengan baik dan cemerlang.

By,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(27 September 1435H)

Saturday, October 4, 2014

RAYA HAJI 2014

Salam PERPETA,

Barisan AJK PERPETA mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Haji" atau "Hari Raya Korban' tahun 1435Hijrah bersamaan dengan 5 Oktober 2014. Sempena hari raya ini ramai dikalangan ahli PERPETA yang sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah semuga mereka akan mendapat haji yang mabrur dan sihat sejahtera. Kita di Malaysia juga ramai yang mengadakan korban dengan menyembelih lembu dan mungkin unta dilokasi masing-masing. Bertugas dengan penoh dedikasi dan cemerlang dalam jabatan juga merupakan pengorbanan dalam kita mencapai wasasan kemajuan negara. Ketika banyak daging korban yang mungkin diterima, beringat-ingatlah selalu agar jangan makan terlalu banyak daging segar yang boleh menjejaskan kesihatan. Sentiasa berhati-hati memanadu kereta dijalanraya kepada ahli PERPETA yang berjalan jauh balik kampong atau berjalan makan angin. Sekian.

"SELAMAT HARI RAYA HAJI"

Oleh,
Presdien PERPETA
Jabatan Pertaanian
Putrajaya
Malaysia
(5 Oktober 2014)