Tuesday, August 27, 2013

JAMUAN HARI RAYA 2013

Salam PERPETA,

Jabatan Pertanian Malaysia akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri Tahun 2013 di Dewan Seri Seroja, Precint 15, Persiaran Diplomatik, Putrajaya pada 29 Ogos 2013 bersamaan dengan 22 Syawal 1434 Hijrah. Majlis ini akan menyediakan sebanyak lebih 15 gerai yang akan menyediakan pelbagai makanan tradisional dan moden yang di sediakan oleh semua bahagian di Jabatan Pertanian. Antara menu yang akan ada adalah Ketupat, Rendang, Nasi Minyak, Sate, Lontong, Pecal Jawa, Buah-buahan, Lemang, Pelbagai jenis minuman dan banyak lagi. Seramai lebih dari 500 orang jemputan akan hadir termasuk lebih dari 100 orang pesara Jabatan Pertanian daripada bekas Ketua Pengarah sehinga ke Jawatan yang rendah. Majlis akan di hadiri oleh YB Menteri Pertanian dan Timbalan Menteri Pertanian bermula jam 11 pagi.

Acara akan dimulakan dengan ketibaan para jemputan, ketibaan jemputan khas, ketibaan Timbalan Menteri Pertanian, Ketibaan Menteri Pertanian dan bacaan doa. Ketua Pengerah Pertanian akan memberikan ucapan diikuti dengan jamuan makan hari raya. Persembahan nyanyian dan tarian diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Majlis dijangka selesai jam 2.00 petang. PERPETA selaku kumpulan NGO di Jabatan Pertanian tidak diminta menyediakan gerai seperti tahun 2012 tetapi akan menyumbangkan kewangan sebanyak RM 1,000 untuk majlis ini sebagai menyokong kepada aktiviti PERPETA. Semuga majlis ini  akan meningkatkan lagi imej Jabatan Pertanian di negara kita. Wasalla,!

By,
Ketua Biro,
Biro Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.  

Sunday, August 25, 2013

PENGESAHAN DALAM JAWATAN

SALAM PERPETA,

Kali ini Biro Pembangunan Modal Insan PERPETA paparkan Pekeliling untuk proses pengesahan dalam jawatan bagi mereka yang belum disahkan dalam jawatan lagi. Semuga pekeliling ini boleh membantu menambahkan pengetahuan anda semua.


Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) adalah seperti berikut :


a. PPLD, PPPS dan PPPT

1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi;
3. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan
4. Lulus tapisan keselamatan (bagi pegawai lantikan tetap pada atau selepas 1.1.2008).

b. AKS

1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi;
3. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan;
4. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan
5. Lulus tapisan keselamatan (bagi pegawai lantikan tetap pada atau selepas 1.1.2008).
Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua Jabatan hendaklah memperakukan PDP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi pengesahan dengan mengemukakan dokumen berikut:

1. salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan teratur serta mencatatkan jenis-jenis cuti selain cuti rehat tahunan yang telah diambil semasa tempoh percubaan pegawai;
2. salinan Sijil Kursus Induksi;
3. salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKS);
4. Jadual Ketiga atau Jadual Ketiga(i), P.U.(A) 176/2005 dengan menyatakan tarikh PDP yang diperakukan; dan
5. Jadual Kelima - Borang opsyen KWSP, P.U. (A) 176/2005.


Tanggungjawab Pegawai

Pegawai sendiri boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dalam perkhidmatan dengan mengemukakan dokumen berikut sekiranya Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai yang telah layak disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan:

1. borang PDP atas permohonan pegawai;
2. senarai tugas dan sumbangan pegawai di sekolah;
3. salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini;
4. salinan sijil Kursus Induksi;
5. salinan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (jika berkaitan); dan
6. salinan keputusan tapisan keselamatan.
Suruhanjaya boleh menjalankan satu siasatan dan mengesahkan pegawai itu layak disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Peraturan/Pekeliling/Surat Pekeliling yang berkaitan
1. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U. (A) 176/2005)

2. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2010 - Tatacara Pengesahan Dalam Perkhidmatan; dan

3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2006 - Kaedah Penetapan Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan.



By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya

Malaysua
(15 Ogos 2013)

Thursday, August 22, 2013

UCAPAN TAKZIAH

SALAM PERPETA,

PERPETA MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA SEORANG AJK PERPETA IAITU TUAN HAJI JABAR BIN SHAIK MOHIDEEN (PENGARAH BAHAGIAN PADI, TANAMAN INDUSTRI DAN FLORIKULTUR , JABATAN PERTANIAN)  KERANA IBU MERTUANYA TELAH MENINGGAL DUNIA PADA 22 OGOS 2013. SEMUGA BELIAU BERSABAR DIATAS PEMERGIAN MEREKA YANG DIKASIHI INI. SAMA-SAMALAH KITA AJK PERPETA DAN AHLI PERPETA SEDEKAHKAN SURAH AL-FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAMAH. AL FATIHAH.
(Nota: Berita ini disampaikan oleh Ketua Biro Kebajiak PERPTA, Tn Haji Md Zin Supaat pada pagi 23 Ogos 20113)

Oleh,
Ketua Biro

Pembangunan Modal Insan
PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putraaya
(23 Ogos 2013)

Sunday, August 18, 2013

BAHAGIAN PERTANIAN BANDAR

SALAM PERPETA,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu bahagian baru di Bahagian Jabatan Pertanian Bandar telah diujudkan dalam Jabatan Pertanian melalui satu waran perjawatan yang telah diluluskan. Bahagian Pertanian Bandar akan mempunyai 21 Jawatan terdiri daripada Pengarah Bahagian (Gred G54) dan di bantu oleh Timbalan Pengarah (Gred G52) serta 2 orang Penolong Ketua Pengarag (Gred G48). Selain itu bahagian ini mempunyai 2 Pegawai orang Pertanian Gred G44 dan 7 orang Pegawai Pertanian Gred G41. Seramai 6 Penolong Pegawai Pertanian Gred G27/32 dan 1 orang Pembantu Pertanian Gred G17/22 akan terilbat dalam bahagian baru ini. Waran perjawatan ini diluluskan setelah dimansuhkan beberapa Jawatan daripada Bahagia Hortikultur, Bahagian Perancangan dan juga bahagian PSM.  


Bahagian ini merupakan bahagian ke 12 dalam Jabatan Pertanian yang telah diluluskan oleh kerajaan diatas saranan YAB Perdana Menteri Malaysia. Beberapa bandar besar dalam Malaysia seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Banru, Shah Alam, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Melaka, Seremban dan Lembah Kelang akan menjadi tumpuan dalam perlakanaan aktiviti Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia. Diantara aktiviti yang mungkinaa akan dilaksanakan seperti Projek Laman Dapur (LAMDA), Projek Mini Fertigasi, Projek Pisciponic, Projrk Aquaponic, Projek Herba Moden, Projek IAT, projek Landskap, Projek Nurseri, Projek Bumi Hijau dan Infrastruktur Pertanian dalam Bandar. Bahagian ini akan memainkan peranan penting didalam mempromosikan aktiviti pertanian moden seperti 'Vertical Farming, 'NFT Technology application', Roof-Top Farming dan juga teknologi berkaitan penanaman tumbuhan didalam bangunan. Semuga bahagian baru ini akan meningkatkan lagi martabat pertanian terutama dikawasan bandar di Malaysia untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara yang berkualiti, murah dan selamat dimakan.
Wasallam.

Oleh,
Ketua Biro 
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(19 Ogos 2013)

Wednesday, August 14, 2013

PERSARAAN PILIHAN SENDIRI

Gambar Hiasan: Tidak ramai pegawai pertanian bersara awal.
SALAM PERPETA,

Saya paparkan pekeliling daripada JPA mengenai persaraan awal untuk ahli-ahli PERPETA membaca dan memahaminya. Mana tahu selepas membaca pekeliling ini akan ada mereka yang bercadang untuk bersara awal.

top.gif (4398 bytes)

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 1991

PERSARAAN PILIHAN SENDIRI



1. TUJUAN

1.1 Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan serta peraturan yang telah ditetapkan berhubung dengan persaraan pilihan sendiri bagi pegawai/pekerja perkhidmatan awam pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan apabila mencapai umur 40 tahun.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Kerajaan telah bersetuju membenarkan semua pegawai dan kakitangan lelaki dan perempuan di dalam perkhidmatan awam dan badan-badan berkanun serta kuasa-kuasa tempatan untuk memilih dan memohon bersara apabila mencapai umur 40 tahun.

3. TATACARA

3.1 Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa setiap permohonan persaraan pilihan sendiri dikemukakan ke Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, enam (6) bulan sebelum tarikh persaraan yang dipohon. Permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen-dokumen berikut:


(a)  surat permohonan asal daripada pegawai berkenaan menyatakan sebab beliau ingin bersara dan tarikh persaraan yang dipohon;


(b) surat daripada Ketua Jabatan pegawai berkenaan menyatakan sebab-sebab beliau menyokong atau tidak menyokong permohonan berkenaan;

(c) surat pengesahan daripada Ketua Jabatan pegawai berkenaan sama ada pegawai berkenaan terlibat atau bebas daripada apa-apa tindakan tatatertib dan atau tindakan mahkamah;

(d) satu (1) salinan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Berkenaan ke atas laporan harta (termasuk harta tambahan/ pelupusan, jika ada) yang dibuat oleh pegawai yang berkenaan;


(e) satu (1) salinan kenyataan perkhidmatan dan cuti pegawai berkenaan yang kemaskini dari tarikh perlantikannya yang pertama sehingga tarikh beliau memohon bersara pilihan sendiri;


(f) satu (1) salinan kad pengenalan awam pegawai berkenaan atau kad kuasa polis bagi anggota Polis DiRaja Malaysia (depan dan belakang) yang diperakui sah; dan

(g)  Tiga (3) salinan Borang PEN. 15 dan PEN. 16, termasuk Borang Pengakuan Ahli, mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1983.
Jika anda ingin mendapat maklumat selanjutnya, sila layari pada alamat URL seperti berikut:


By,
M Anem
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(15 Ogos 1434H)






Tuesday, August 13, 2013

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA



SALAM PERPETA,
Apakah dia Program Transformasi Minda?


KERAJAAN MALAYSIA

________________________________________________ 
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2012 
_________________________________________________ 
PROGRAM TRANSFORMASI MINDATUJUAN PEKELILING


1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM) sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. 

LATAR BELAKANG

2. Modal insan yang berdaya tahan dan kompetitif adalah pra-syarat penting bagi menggerakkan agenda transformasi Kerajaan dengan berkesan untuk mencapai agenda pembangunan negara. Justeru, modal insan sektor awam perlu dibangunkan di peringkat awal pelantikan (dalam tempoh percubaan) secara optimum agar dapat melahirkan pegawai awam yang mempunyai sikap dan pemikiran progresif yang inginkan kecemerlangan serta memiliki etika dan nilai yang sejajar dengan budaya negara.2

3. Cabaran utama membangunkan modal insan ialah menyediakan latihan yang mampu mentransformasikan minda pegawai awam untuk menjajarkan perlakuan mereka dengan matlamat sebenar perkhidmatan awam dan ekspektasi rakyat agar selari dengan hala tuju negara dan perubahan persekitaran. Perubahan minda yang ingin diterapkan sewajarnya menggalakkan pemikiran yang selari dengan aspirasi negara bagi menghasilkan nilai tambah dalam tugasan dan berkeupayaan menyediakan pegawai awam yang membudayakan nilai-nilai murni perkhidmatan awam.

4. Proses transformasi minda perlu bagi membangunkan modal insan secara holistik, merangkumi keupayaan sahsiah dan intelektual yang mesti dimiliki oleh pegawai awam bagi memandu pemikiran dan perlakuan dalam rutin harian. PTM diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam.

OBJEKTIF

5. Objektif PTM adalah untuk:

(a) memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam;

(b) memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;

(c) menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan

(d) menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.

Seterusnya rakan PERPETA boleh melayari pekeliling berikut untuk keterangan lannjut:


Persidangan Wachana Intelectual dan Mesyaurat Agong PERPETA 2013
di Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang
By,
M Anem
Ketua Biro Pembangunan Modal Insan
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia.
14 Ogos 2013.

Sunday, August 4, 2013

SELAMAT HARI LAHIR - OGOS

SALAM PERPETA,

AJK PERPETA mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada 62 orang Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian yang akan menyambutnya pada bulan Ogos ini diseluruh negara dan seluruh dunia (termasuk pegawai Atache diluar negara dan  mereka yang belajar diluar negara) dan beberapa orang baru bersara atau baru bertukar. Kumpulan ini merupakan kulpulan paling bertuah kerana mera akan menyambut bersempena dengan Hari raya Aidilfitri dan juga Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Diantara mereka adalah seperti Daud Otheman, Rasnani, Abdul Daud, Jamal Harizan, Azmi Daud, Mokhtaruddin, Kamil Yunos, Nasir Waris dan ramai lagi yang ada dalam senarai dibawah.



               NAMA PEGAWAI                                TEMPAT BERTUGAS

1
Sulaman b. Muhamad
Lundang
2
Rasnani bt. Ariffin
Putrajaya
3
Daud b. Otheman
NATC Kementerian
4
Md. Saat b. Kasan 
Telah Bersara
5
Ab. Rahman b. Daud
Serdang
6
Chan Yeng Wai
Kuala Lumpur
7
Abdul b. Daut 
Putrajaya
8
Azmi b. Daud
Putrajaya
9
Hapipah bt. Ismail
Kuala Lumpur
10
Mokhtarud-din b. Husain  
Kuala Lumpur
11
Ahmad Kamil b. Mohd. Yunus 
Johor Bahru
12
Jamal Harizan b. Yang Razali
Putrajaya
13
Mohd Zulkifli b. Yaacob
Taiping
14
Mohd. Nasir b. Warris  
Putrajaya
15
 Mat Said bin Hamid
Sungai Manik
16
Zulkiple b. Abas
PLPP Telok Chengai
17
Mohamad Hanif bin Nordin
Temerloh
18
Mohd Khairulnizam bin Sarif
Serdang
19
Hasreana binti Ramlee
Kuala Lipis
20
Eliawaty binti Jasmi
Serdang
21
Norhayati bt. Md. Harun
Titi Gantong
22
Maliza binti Hazin @ Ab. Rahman
Kuala Lumpur
23
Mohd Fairuz Affendy b. Md Isa
Shah Alam
24
Zulia binti Zainuddin
Serdang
25
Mohd Amiruddin bin Ramli
Putrajaya
26
Mohd Irwan Zahrul b. Mohd Yusoff
Kuala Lumpur
27
Nor Azera bt. Abu Bakar    
Telok Chengai
28
Mohd Azwa Shah b. Ahmad 
Bumbong Lima
29
Wan Muhd Zulkarnain b. Baharuddin
Serdang
30
Marylynn Anak Samson
Pedas
31
Daranaquiah binti Mokhtadin
Putrajaya
32
Ili Safuraa bt. Othman Ghani
Kuala Lumpur
33
Nor Haslina binti Nor Rizan
Seremban
34
Mohd Suhaimi b. Abd. Hamid
Kelang
35
Mazlinda binti Musa
Putrajaya
36
Tay Lin Hiong
Ibu Pejabat
37
Mohd Taufik bin Mohd Yusuff
Kluang
38
Nazirah bt. Abdul Rahman
K. Terengganu
39
Mohd Shazwan b. Shafie
Putrajaya
40
Umi Jainab bt. Mohamad Supaih
Putrajaya
41
Mohd Nazmin bin Ismail
Lundang
42
Wan Noor Azhan bin Wan Ab Rahim
Lundang
43
Nurliana binti Samsudin
Seberang Jaya
44
Shuerni binti Mohamad Razi
Kuala Lumpur
45
Azian bt. Harun
Kuala Lumpur
46
Normawati binti Lanisa
Serdang (PEQ)
47
Zubaidah binti Nasahide
Putrajaya
48
Sharifah Azzuwani bt. Syed Intan
Bkt. Temiang
49
Rul Hajar binti Muda
K. Terengganu
50
Jessica Anak Imau
Kuala Lipis
51
Muhammad Nuradib bin Mazlan
Selangor
52
Nur Akmal binti Abdullah
Serdang
53
Muhammad Zul Adha b. Bahari
Serdang
54
Nurlee binti Mohd Nasharuddin
Titi Gantong
55
Zaza Izlin binti Mohd Razif
Ayer Hitam
56
Siti Kholijah binti Mohamad Fazil
Bumbong Lima
57
M. Devaky a/p Murugiah
Titi Gantong
58
Enjeley Anjin
Kuala Lumpur
59
Nurul Akma binti Ahmad Zabidi
Maran
60
Siti Asmida binti Md Rahim
Putrajaya
61
Nurhidayah binti Ibrahim
Kuala Lumpur
62
Nurhayati binti Kamyon
Putrajaya

Semuga mereka akan sihat sejahtera, panjang umur, dimurahkan rezeki dan terus memberikan sumbangan signifikan kepada Jabatan Pertanian dan mengharumkan nama PERPETA. Bersama-samalah kita ucapkan 3 kali selamat kepada mereka. AMIN!

'SELAMAT HARI LAHIR'
'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'
'SELAMAT HARI MENYAMBUT MERDEKA'

Oleh,
Ketua Biro 
Biro Pembangunan Modal Insan
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Aras 10, Putrajaya
(3 Ogos 2013